Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Body of 46 years old

Picture courtesy to Google
You know when you go to gym or slimming centre they measure your weight and your total fat, calories, your metabolisme rate, etc. And the result might (might not) shock you?

Yesterday I went to Glamor House; A truly integrated pampering experience, after bought RM99 voucher from Groupon for 5 slimming session. Surprisingly (looking at my body actually this is not surprising at all) after done my weight scale tu the beautician said " your age is 27 but your body age is 46 years old!. What the H? Almost the same age as my mom! Im totally freaking out.

I know the fact that I am FAT. But my body doesn't feel like I'm 46 at all. For me my body functioning quit normally. I run. Playing badminton. Flexible to bend. Sometimes I'm not even using the elevator. Of course tercungap-cungap but still I don't think that my body is that bad. Way too bad.

According to her my Calory is low (so its true that I don't eat much) but my metabolism is way too low. My BMI there goes without saying. I'm kind of obese already.

But this fact make me scare. Totally scare. Whoahh I need to exercise more.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Exercise! exercise!

Friday, May 11, 2012

Solat vs Sembahyang

Picture courtesy to Google

Solat vs sembahyang. Apa bezanya?

Aku ada terbaca somewhere tapi lupa dah kat mana. Katanya kita tak boleh sebut sembahyang sebab sembahyang bermaksud menyembah dewa dalam bahasa sanksrip. Tapi aku selalu rasa kenapa la nak pahamkan perkataan tu dalam bahasa sanskrip pulak. Dah bahasa Melayu kita paham sembahyang tu menyembah tuhan (dalam konteks muslim yakni Allah). Tapi setelah baca tu sedaya upaya try sebut solat je dah sekrang ni. Sebab kadang-kadang takut jugak walaupon pada fikiran aku tak ada salahnya sebut sembahyang kalau niat kita tu sembah Allah.

OK tapi cerita kat sini bukan aku nak bezakan solat dengan sembahyang dari segi maksudnya tu. Tapi nak cerita beberapa peristiwa pasal solat dan sembahyang ni.

Previous entry aku ada cerita pasal company aku ada main badminton setiap hari rabu kan. Time nya dari pukul 7 - 9 malam. And tau-tau je la kalau pukul 7 tu maghrib boleh dikatakan belum masuk waktu lagi. Jadinya samada aku stay kat ofis and solat maghrib dulu pastu baru pergi badminton or singgah Masjid Umar Al-Khattab dekat Bukit Damansara tu before pergi main.

Kadang-kadang ada colleague yang tumpang kereta aku. Tak pun aku tumpang kereta deme. Yang sedihnya bila singgah kat masjid ni deme boleh je pergi semata-mata nak tukar attire sukan je. Tak rasa malu or segan. Orang kalau dah alang-alang sampai masjid pergi la solat walau pon ko memang selalu tak solat. Ini sanggup je tunggu kat luar sampai aku siap solat. Apa la salahnya masuk and solat sekejap daripada tercongok tunggu depan tangga masjid. Malu la sikit kan.

Macam hari tu pergi main boling pon macam tu. Aku dengan 2 orang colleagues ni tumpang kereta colleague kitorang yang sorang lagi. Tiga-tiga orang ni Melayu (dalam konteks Malaysia ni maksudnya muslim lah). Main boling tu dari pukul 6-8 malam. Pukul 8 tu aku menggelabah lari ke surau nak Maghrib gajah. Dah lambat. Tapi 3 kawan aku ni boleh je tunggu aku kat entrance club tu sampai aku siap solat. Aku pon tak tau lah pikiran diorang macam mana. Bagi aku daripada penat menunggu baik lah masuk solat sekali kan.

Hari ni sebenarnya aku pergi meeting kat KOMTAR, Penang and lepas tu pergi site visit projek kat Kulim. Kebetulan hari tu ada terima komplen dari penduduk dekat area projek tu kata air dari projek kami ni mengalir ke area kuil. Jadinya aku and colleague singgah sekejap kat kuil tu nak cek keadaan. Betul lah kalau hujan air jatuh je area kuil sebab kawasan dia rendah. Tapi rupanya kontraktor dah settlekan dengan penjaga kuil tu pasal ni. Ok lah dah tak ada masalah.

Oh btw aku pergi visit tu skali dengan Mr. V and Mr. T. And diorang berdua ni India lah. Yang nak dijadikan cerita memandangkan dah sampai kat kuil, lepas dicuss pasal komplen tu dengan penjaga kuil diorang pon masuk kuil and "sembahyang" kejap. Tak sampai pon 5 minit. So apa yang aku nak cakap kat sini?

Nampak tak differentnya antara mereka berdua ni dengan colleague aku lagi satu ni. Setakat yang aku tau T ni memang not very religious la. Dia siap bantai sup lembu lagi hari tu masa kitorang kuar sama. Mr. V aku tak sure sangat religious ke tak. Tapi aku rasa dia lebih suka main politik dari pergi sembah menyembah ni.

Cuma bezanya aku rasa deme 2 orang ni ada rasa malu dekat penjaga kuil tu. Alang-alang dah sampai kuil apa salahnya pergi sembahyang kejap. Tapi kita ni muslim tak ada rasa malu. Boleh pergi singgah masjid nak buang air, tukar baju and parking kereta tapi tak solat. Malunya lah kan. Bukan susah pon. Bukan lama pon. Dah memang kewajipan kita solat tu.

Aku bukan lah baik sangat. Tapi bab solat ni aku tak akan tinggal melainkan tertidur tu lain cerita. Lambat solat nak dekat habis waktu pon ada. Malu dengan perangai solat aku yang kadang-kadang sambil lewa ni tapi rasanya tak sanggup lagi nak tinggal solat. Nak marah jugak dengan diri sendiri sebab pergi solat tapi tak terkeluar ajakan kat kawan-kawan aku ni ajak pergi solat sama-sama. Bukan apa, bagi aku diorang dah besar. Perlu ke diajak-ajak. Patutnya tahulah tanggungjawab masing-masing.

Setakat ni walaupon ramai collegue aku bukan muslim tapi bila pergi mana-mana aku cakap nak solat terus je diorang berhenti dekat RnR, masjid tak pun stesen minyak. Kalau aku senyap je tak cakap apa-apa diorang yang siap tanyakan aku tak nak solat ke. Sampai hari aku period pon mati-mati Mr G suruh aku gi masjid. Kebetulan tempat kitorang lunch tu sebelah masjid. Aku cakap nanti lah. Dia pulak cakap pergi lah sekarang. Aku cakap nanti lagi. Dia cakap pergi je la sekarang. Sudahnya terpaksa la jugak cakap aku period time tu. Terus dia gelak.

Sebenarnya tak susah pon nak solat. Kawan-kawan yang bukan muslim ni memahami je kalau kita cakap. Kita dah lama duduk dalam Malaysia ni. Bukan diorang tak tahu kita muslim ni solat 5 kali sehari. NAK atau TAKNAK je.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Mengharapkan solat yang khusyuk

Wednesday, May 9, 2012

Badminton

Baru balik dari main badminton.

Yup every Wednesday memang ofis aku and few people from business partners office pergi main badminton kat SK Bukit Damansara. Aku sebolehnya taknak miss main badminton ni. Sebabnya ni je la satu-satunya exercise aku dalam seminggu. Adoyai~seminggu sekali je ko exercise. Kalau gini la gayanya memang tak kurang la simpanan lemak spare kt perut tu kan. Tapi at least exercise jugak la daripada tak. Ok la tu. Main pon dalam 2 jam. So not bad sangat lah kan.

Tapi malam ni lain sikit. First time big boss join jugak. Terus senyap je court yang selalunya agak bising ngan jeritan-jeritan ala Maria Sharapova nak serve tennis tu. Aku nak main pun segan semacam je. Huhu. Sudahnya aku rasa macam Charlie Chaplin pon ada. Dah la memang tak berapa pandai main. Bila bos ada rasa macam lagi tak pandai je. Bos padahal lagi tak pandai dari kitorang (sorry bos. Nak je gelakkan bos tadi tapi takut. hehe). Terkial-kial je rasenya depan bos. Bila bos serve nak pandang muka bos pon malu. Apekehal la kan aku ni.

Some of my colleagues .
Gambar tiada kene mengena dengan badminton tapi antara yang selalu datang main: Syed, Mr Vijay, Mr Sharman, Kak Zaini and Hema (not in the picture).


We all main not that good pon. Terutama yang perempuan-perempuan ni. Macam Mr. Vijay, Mr. Myles and Mr. Sharman tak payah cakap la. Memang terror main. But at least I think times spend with colleagues tu much more precious kan. Tensen pon hilang. Boleh gelak kuat-kuat. Jerit-jerit time serve. Huargggh!.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Sakit lengan

Tuesday, May 8, 2012

Updating

Dah lama tak menulis. Dalam kepala banyak je benda nak update. Nak update pergi makan kat sini la. Nak update pergi lepak kat sana lah. Nak update aktiviti semasa la. KesoSIALan dengan member-member la. Sudahnya bila balik rumah penat, aku update tidur je la.

Sedar tak sedar 2012 dah nak masuk setengah tahun dah. Masa cepat je berlalu. Mungkin tu salah satu sebab kenapa dah lama tak update. Tak ada masa. To be precise tak cukup masa. Kalau ada masa lebih sikit pon rela tidur or siapkan assignment or maybe siapkan kerja.

Dah jadi workaholic ke? Mungkin jugak. Kalau cuti pon resah semacam je nak balik ofis. Weekend pon ade je alasan nak pergi ofis or buat-buat lalu depan ofis. Dapat tengok bumbung ofis pon jadik lah. LOL.

Tapi azam di pertengahan tahun ni adalah untuk lebih banyak update blog ni. Sayang kalau ditinggalkan lapuk. Bukan untuk orang baca tapi untuk diri sendiri semata. Bila baca post-post yang lepas-lepas tu tersengih pon ada. Teringat bila aku rage. Mengumpat. Whining. Complaining. Excited over something. That part of my life I want to keep it here. To remember and be remembered. Because I'm afraid I will forget that chapter of life journey if I don't record it here. Makin tua ni dah makin lupa.

Oh yeah. Now I'm living my life as it is. Not to the fullest but more relaxing (skip the part while working). Yeah busy but somehow I feel serene. Lonely but I feel content. This is me now. Live life as it is.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Banyak jemputan kahwin tapi tak rasa nak pergi.

Tuesday, March 6, 2012

In Denial

5th Mac 2012. Not a special day. But it's a day to remember.

He's who's going to be a uncle soon (yup we are waiting the new addition to our clan this month). Our "Acu Wan". A very clever kid. Nice talker. Manja. Suka bodek. Rajin bila disuruh. He who's everything to me. To our family.

After much denial for the past few years we decide to bring him to see the specialist. For us there's nothing wrong with him. It's just that he's a bit slow learner and maybe too manja and a bit lazy. We always said that "it's OK. Besar nanti pandai la tu". In the end, he's already in standard 4 but cant even read. Cant even spell "bin Mamat Khalid"

The doctor said he's actually a 10 year old boy with a 7 years old knowledge. With this result he's going to transfer to a special school. Takut. Memang takut. Kesian and everything. What if he don't have friends. What if its going to be worst at new school because of the "downgrade". What if he cant adapt to the new environment. What if there's people going to look at him like a handicap? What about his future.

All this came across my mind. To be frank I'm the one who's scare. Scare about what is going to happen to him. He? He's happy as always. Nothing can bother him as long as he can play with his Shasha the cat, fish and Turtle Odyssey.

Well. I hope this is the best decision for him. For us. InsyaAllah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Acu sayang Muaz

Wednesday, January 18, 2012

A Brother I never had

Dari kecik sampai sekarang aku longing for a brother. Bukanlah tak suka ada kakak tapi aku nak sangat ada abang. Aku sebenarnya sangat jeleskan orang yang ada abang ni. Sah2 kalau yang memang rapat dengan abang dia. Yes Miss Labi you are one of those person yang aku sangat jeles. Hehehe.

Semua lelaki yang lagi tua dari aku and layan aku baik-baik mesti aku suka dia macam abang. A brother that I never had. So please don't misunderstood me. I have no 'special' feelings. I just want you to be a brother figure. And I just wanna feel how does it feels to be loved by someone that I can call abang (not abang suami ye).
--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Missing some one so bad

Wednesday, December 28, 2011

The chronical of my careless driving

Yesterday I hit someone car when I reverse my car. So frustrated. Why so careless. My so called alasan is that I woke up at 2am and drove all the way back from Terengganu to KL. Arrived in KL at 9.45 am and straightaway go to the office.

After that, attending a stupid meeting at some stupid government office. Why they stupid? They called and ask me to go NOW and when I'm almost there the meeting was postponed to 2.30. The stupidest things is they dont even bother to call. Lucky that my contractor called and inform. Well that's is the stupidity that cant be accepted whatever the reason is.

And at 5.30pm in heavily raining day, I reverse but only look at my right side. When I check my left side I saw the car, tapi kaki aku tetap jugak kental pressing the accelerator eventhough my brain dah bagi arahan kat kaki to press the brake.

Am my alasan acceptable? I'm so damn tired yesterday.

This is yesterday. Lucky that the man that I hit tu kata tak payah bayar. Masing2 just bear their own cost. Alhamdulillah. Kalau tak seksa jugak aku nak membayarnye.


This is a few months back. Not my fault. A lady tak sempat potong and terus scratch my baby. She doesnt even pay the money yet because we promise to go to the workshop together. But until today still dont have time to go. I hope she's still contactable.


And the first few month when i brought my car to KL. I posted it here.

Dan yang paling nak buat aku menangis bila boss besar call and tanya "what happen to your car?" Macam mana boss tau ni. Ni Mr. G la cakap ni. Boss nak tolong bayarkan lagi. Aku MALUUUUUU......

Yang paling malu lagi sebab Mr G ada masa aku langgar keta orang tu. Dia tengah tunggu aku follow keta dia. MALUUUUUU. Malu weh boss sendiri tengok aku punya careless and menggelabah tu. Mr G siap tolong turun payungkan aku pastu cakap kat brother tu jangan bising2. Yang paling tak tahan aku punya lesen dah mati 23/12/11 hari tu. Memang terbaik la aku! Nak buat report pon tak boleh.

What a day!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Malu sebenarnya

Saturday, December 3, 2011

Scared

To be honest, I feel proud of myself when I enrolled into a master program. But now I feel so scared. Am I doing the right thing? Did I invest my money correctly? It's not cheap you know.

This semester we only required to register 2 subjects. First subject assignment is quite easy. But the second subject, I am not sure whether I can get a good mark or not. I feel so uneasy today. Today is the last day of second assignment submission. Ramai je lagi yang belum hantar. But, since aku berhempas pulas bangun pukul 4 pagi, aku decide nak hantar je. Lagi pon kalau delay maybe akan kena potong markah.

But yang paling buat aku takut, aku punya assignment tu 5 page je. Tapi ada orang lain yang buat sampai 40 page. Memang la lecturer cakap page depends. 1 page or seberapa banyak page. Suka hati. Maksudnya apa? Cukup satu page asalkan menjawab soalan or should be berkoyan-koyan pages untuk elaborate all the details? Sampai sekarang rasa tak sedap hati. Aku buat betul tak. Aku elaborate cukup tak. Memang la how many pages tu tak penting. Yang penting content adakah menjawab soalan atau tidak. Tapi still..Arghh. Tak tahu!

Ottoke? Dou suru? What should I do? Apa patut aku buat? Should I resubmit? I don't have the energy to do it again. Can I just berserah? Boleh dapat A tak dengan effort aku tu?

Arghhhhh.....................................................!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Am I doing the right thing?

Saturday, November 26, 2011

SEX

I should have been doing my assignment at this moment. But I choose to write about SEX.

Well. well. well. Kenapa nak tulis pasal sex? Sebenarnya nak menyuarakan ketakpuasaan hati terhadap sesetengah makhluk Allah yang tak berapa sensitif. Aku memang malu nak cakap pasal sex in a very non scientific way aka mencarut, melalut, mengarut etc. Tapi bila orang yang dah kahwin sesedap hati bercakap something yang ada unsur 18SX depan-depan apa perasaan anda? Aku rasa malu. And bagi aku itu boleh dianggap harassment. Tak perlu nak cerita too details. Lame joke. Sex joke. Its not funny OK.

Untuk aku, aku tak ada masalah kalau nak cakap pasal sex in a scientific way.
Contoh: source from wikipedia

" In biology, sex is a process of combining and mixing genetic traits, often resulting in the specialization of organisms into a male or female variety (each known as a sex). Sexual reproduction involves combining specialized cells (gametes) to form offspring that inherit traits from both parents. Gametes can be identical in form and function (known as isogametes), but in many cases an asymmetry has evolved such that two sex-specific types of gametes (heterogametes) exist: male gametes are small, motile, and optimized to transport their genetic information over a distance, while female gametes are large, non-motile and contain the nutrients necessary for the early development of the young organism"

So for those who so called "experience" people you wanna talk about your sex life with me? Try use all the scientific term. If not, I'm going to tell people that you are a sex maniac!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Sensitif la sikit

Monday, November 21, 2011

My 2 cent

Sekarang ni pastinya semua rakyat malaysia bersorak keriangan meraikan kemenangan skuad bola sepak Malaysia menang pingat emas sukan SEA.

But, dah nampak banyak status kat FB or Twitter asking for cuti sempena kemenangan. Sebetulnya aku memang tak nampak kat mana relevannya cuti bila menang bola. Macam dah jadi satu trend, menang bola je cuti. Cuti je sebab menang bola. Siapa yang start dulu benda ni sebenarnya?

Boleh bagi tau tujuan? Menghargai sokongan dan doa dari peminat?? Nak bagi pemain dan peminat yang berpenat lelah melepaskan penat mereka?

Aku sound agak negatif kat sini. Memang sangat tak relevan apabila sesuatu cuti itu dikaitkan dengan bola. Sejujurnya itu lah pandangan aku. My 2 cent opinion.

Apa pun Harimau Malaya sekalung TAHNIAH! Bukan tak suka kamu menang. Suka sangat-sangat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Jangan jadi kaum pemalas

Sunday, November 20, 2011

Jun 2011

Jun 2011.

New start of my life.
I start my new job. I ended my 7 years on-off relationship with my so then called "boyfriend". I applied for a master program. In another word I start afresh.

Now, November 2011.

I turned 26.

I'm very happy with my new job. I love my job. I love my boss. I love my colleagues. I think I learn a lot of new things.

I'm not finding a new love just yet. But I think ending uncertain relationship had done me good. There's no need to think why haven't he call. How is he doing. How much does he love me. Bla. Bla. I think I manage to live on my own.

The best thing is I am now a student again. Excited to go to class just like my first year in uni. My course mate they all amazing people. I learn a lot from all the senpai. The lecturer. It is true what my friend said, master program really different from degree. Different in a way lebih berani to give opinion, open discussion between lecturer and students. What more can I ask for? Erm maybe someone to help me finish my assignment??? HAhaha.

I love being busy. Outstation. Catching up with my study. I am CONTENT.

And very thankful for the blessing Allah had given me.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: 24 hours sometimes not enough

Thursday, October 13, 2011

What Happened?

What happened?
# BUSY
--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: BUSY

Wednesday, July 13, 2011

My baby

This is my baby after my careless driving!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Macam mana mahu mengadap ayahanda

Monday, June 27, 2011

hisashiburi

Still here. Still living if not to the fullest. Still breathing even nose going to explode because of the flu. Eating even got cavity and swollen gum. Sitting in front of the PC in the cold office even though got damn ass killing period pain. Cursing about the careless driver splashing air lopak that cause my baju kurung all wet. But somehow beside all the complaint I am thankful for this because it means that I'm still alive. Still breathing.

Oh yes it's been a while. I haven't writing since I start my new job. Still absorbing the whole new idea, new workplace, new colleagues, new route to work, new environment. To be frank it's not bad. Everything is great. The problem as always...is me. I feel that my heart don't belong. I don't know. It's just I don't have 'the feeling' that I had at my previous workplace. Urm..Even I don't have the answer.

I just want to be happy. And missing my dear Kak Nor so much. RIP. Al-Fatihah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: A place where my heart don't belong

Thursday, May 26, 2011

Tiba-tiba macam masa tak cukup

Aku agak busy. Busy mengemas meja aku (my comforting place for 2 years). Aku sepatutnya last day 31hb tapi sebab kemalasan melampau aku decide esok je la last day aku. Jadinya agak kelam-kabut. Nak hand over tugas. Nak mengemas-ngemas kertas yang bertambun-tambun. File yang bersusun-susun. Letih jugak rupanya nak berhenti kerja ni!

Satu berita sedih laptop aku rosak. Tak tau lagi rosak camne tapi tak boleh ON. Kena hantar kedai dulu baru tau seteruk mana rosaknya. Aduhai sayang. Di saat aku memerlukan. Banyak cerita and lagu dalam PC aku kat ofis. Ingatkan nak copy masuk dalam laptop. Dah laptop rosak relakan je lah semua tu jadi khazanah ofis. Harap-harap tak ada orang jumpa. Kalau tak nampak sangat kerja aku 2 tahun ni download cerita aje. Aku harap pasni boleh beli hardisk and mintak tolong kouhai aku seludup cerita-cerita tu semua.

Excited nak balik kampung. Lepas ni kerja baru tak tau la cuti senang dapat ke tak. That's why kena menghargai masa yang ada.

p/s:Al- Fatihah untuk mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Tiba-tiba rasa masa tak cukup!

Friday, May 20, 2011

Proses mencari rumah

Happy to announce that I'm just one step away to my freedom. At last. Tapi one step ni lah yang agak susah. Which is house hunting.

2 minggu lepas ambil masa lebih kurang satu hari (hehe. termasuk gi tengok wayang selepas tu) mencari rumah bersama-sama dengan acik chan. Susahnya. Kitorang meround-round area Bangsar, Abdullah Hukum, Universiti tu tengok rumah-rumah yang sesuai. Dah penat round pergi melantak tom yam and pastu tengok Rio kat Tropicana Mall. Sebenarnya dah refer jugak rumah kat caribilik.com. Tapi better kot pergi round2. Sebab mungkin ada yang tak advertise online.

Walaubagaimanapu ingin aku highlight kan beberapa masalah. Masalah- masalah yang berlaku adalah seperti berikut:
  1. Rumah affordable tapi kawasan bapak kotor - Freedom apanya kalau kawasan kotor giler Baik aku berulang je dari Wangsa Maju.
  2. Rumah menarik. Kawasan bersih. Tapi harga bapak mahal - Aii Nabilah sedar diri sikit kot ye nak duduk kondo pon. Haha.
  3. Rumah affordable. Kawasan tak tau macam mana. Tapi bila call dah ada orang chop. Huhu.
  4. Rumah affordable. Kawasan OK. Tau-tau kena share pulak. Memang tak freedom la.
  5. Harga OK. Rumah OK. Tapi Susah pulak nak ke tempat kerja. Maklum lah nak bawat baby T** 4280 aku tu ayahanda tak kasi.
So esok aku kan pergi tengok lagi 2 rumah. Tak tau lah macam mana. Kalau OK, OK lah. Kalau tak kena up sikit budget. Up budget OK lagi tapi masalah problem troublenya bab nak bayar deposit lah. Let's say sewa rumah RM 500. Mau kalau bayar deposit 2 bulan dah RM1000. Tu belum masuk deposit utiliti lagi. Adoii. Fening. Fening. Eden belum kayo lagi. Memang tak berapa nak mampu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I WANT FREEDOM

Monday, May 9, 2011

B*tch(es)?

I know it's bad to call someone b*tch. Aku tak pernah cakap depan-depan la. But dalam hati busuk bernanah aku pernah je cakap berkali-kali (B*tch!B*tch!B*tch!). OK . Now I'm sound like a horrible person. Well I am horrible. There's no use in denying anyway.

This one person totally annoyed me to death (as always aku exaggerating!). Aku rasa dia ni talam 40 muka. Kaki cakap belakang. Kaki ampu. Kaki everything. Kaki busuk pon ye agaknya. I know I complaint about pekeliling. About travel expanse claim yang tak berjaya sebab pekeliling kata tak boleh claim. Pekeliling tetap betul even though aku terpaksa keluar rumah jam 5.30 pagi. Untuk urusan kerja. Memang tak adil.

But what is this bitch problem to tell my boss pasal claim duit teksi aku tu. Sampai bos aku tanya how much and siap nak bayar dekat aku. Kalau this one girl tak inform macam mana bos tau? Malu aku. Macam heboh satu dunia je pasal claim aku tu. Dah la kalau tak menyindir orang tak senang. Cakap macam baik. Macam tak tau lakonan primadona engkau tu.

Tapi padan la muka aku gak. Hari Sabtu hari tu pun aku buat perangai macam b*tch jugak. Pergi makan kat satu kedai ni. Dah la ada tax. Servis macam hampeh. Kawan aku dah habis makan tapi aku punya order tak sampai-sampai jugak. Dah inform 5 kali waiter still tak sampai. Not even say sorry. Bila aku angkat kaki nak blah baru sampai makanan. Terus aku mintak resit tapi taknak bayar untuk yang baru sampai tu. Yang ni aku tak rasa salah aku. Servis tak bagus memang la patut customer mengamuk.

Well kalau perangai aku tu considered as b*tch. That makes both of us b*tches. Fair enough.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Hangin benar kalau servis hampeh

Thursday, May 5, 2011

Farewell gift

Confirm. My resignation will effected on 30th May 2011. Semalam pon dah pergi ambil offer letter untuk tempat kerja baru.

Now biasalah, dah nak berhenti mesti ada farewell. Instead biar je diorang beli hadiah untuk Surprise! kan aku, aku volunteer kat Ms Bendahari unit untuk pergi beli sendiri. That's better kot sebab aku jenis orang yang tak suka surprise2 ni. Kalau surprise dapat benda yang aku suka OK lah kan. Tapi buatnya diorang beli benda yang aku tak suka macam mana. Kompem aku tak appreciate hadiah tu. Jahat kan aku. Hehe.

Since it's free money banyak je benda timbul dalam kepala otak aku ni. Nak ni lah. Nak tu lah. And sebenarnya aku dah siap bagi list kat diorang apa yang aku nak. Suruh diorang beli salah satu yang padan dengan bajet. Memang mengada lah list aku tu. That's why aku offer aku pergi beli je sendiri. Senarai-senarainya adalah:
  1. Pair of shoes from Vincci - I'm thinking of black scarpin or peep toe.
  2. Love ETC perfume from Body Shop - aku dah lama tak beli perfume semenjak broke ni. Tibai bedak tepung je. Dan dengan malu nak mengaku aku guna one drop perfume.
  3. Book - The Great War for The Civilization by Robert Fisk - Ni pengaruh dari blog serius lah ni.
  4. NEWS LIVE!LIVE!LIVE DOME CONCERT 2010 DVD - kompem2 susah nak dapat kat sini. Aku dah try cari kt banyak kedai CD. Nak beli on9 tak mampu sebab tak ada kad kredit. Huhu. (P/s: Zura nak tolong carikan untuk aku kat Nihon nungg??)
  5. Lingerie - harga lingerie mahal wooo.
Hahaha. Melampau kan aku. Allocationnye RM100 je. Korang rasa apa yang patut aku beli?? Ikutkan hati aku nak DVD. Tapi aku rasa yang tu yang paling least important. Tapi yang tu hati aku paling nak. Hehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Banyak perkara buruk di saat-saat nak resign ni tapi hadiah aku nak je

Wednesday, April 27, 2011

What I want?

The interview went well. Great indeed. Basically they told me what they do and whether I'm keen to join them or not. That's it. And I'll get my offer letter next week. Probably will start middle of May. Or June. Depend on my decision.

Now the problemnya adalah aku. Masih indesicive. Aku nak apa sebenarnya? Dah dapat keje baru. Better offer tapi hati masih susah. Adeii. Ayat pon sudah terbalik. Aku pon tak tau apa yang aku susahkan.

Mungkin sebab takut nak keluar dari comfort zone. Masih taknak lepaskan apa yang aku ada (or apa yang tak ada) sekarang. Aku rasa kalau bos aku cakap stay. Aku kompem stay. Such a loyal dog that I am.

Takut sebab tak tahu apa-apa pasal keje baru. Memang start fresh. From scratch. Bakal bos dah siap bagi buku untuk baca. At least familiar dengan a few terms. Mungkin tak ada problem. Dulu pon aku tak ada knowledge langung pasal medical term. Asalkan sanggup belajar rasanya tak ada problem.

Jawapan dah ada sebenarnya. Cuma perlukan courage je. Haiih. Ganbarimasu!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Time to move on.

Sunday, April 24, 2011

Sight seeing

Well dah sampai sarawak rugi la pulak kalau tak jalan2. Setelah penat menung dalam gelap aku keluar mencari cahaya la pulak. Ke waterfront sajalah. Sebab ni je tempat yang boleh menapak. Sorry ye kawan-kawan tak mampu nak beli souvenir (alasan) maklumlah orang dah nak berhenti kerja ni. Mampu ambil gambar and jalan-jalan makan angin je. hehe. Tahun ni kak aku yang preggie tu tak leh nak teman aku jalan2. Nak mengepau dia pon tak boleh lah. Jalan dengan Dr J je. Apo nak kato. Guno ajo apo yang ado.

Sungai Sarawak - tak ada buaya kot ramai je main kayak siap jatuh dalam air.


Ni aku tak sure ape. Something pasal Raja Charles Brooke. Tugu peringatan kot.
Taknak fail sejarah jangan percaya kat aku yang main bantai je ni.



India street



Memang gambar fail sebab main ambik tapi taktau tempat nama apa. Hehe.
------------------------------------------------------------------------------------------------- ME: Konon nak makan mee kolok tapi sampai sini tibai bende lain plak