Monday, March 29, 2010

My 4th attempt...or 5th?

1st attempt - after SPM ----> failed
2nd attemp - year 2008 -----> failed
3rd attemp - year 2008 ------> somewhere in between
4rd attemp - year 2009 ------>failed
5th attempt - year 2010-------> dont know yet

im cheqnaa and this is attemp no. 5 (tiru gaya heroes: i'm Claire Bennett, this is attempt no.....)

Hahaha..ade ati nak tiru gaya heroes..maklumlah tgh tgk Heroes marathon neh..tapi bukan attempt tuk suicide.ni attempt aku nak jadi cikgu..hua3

asal usul nak jadi cikgu tu stat lepas SPM lagi.apply TESL.masa dapat interview tu aku kt matrix Kuala Pilah.minggu orientasi.Ayah siap mai amik dari Ganu nak bawak balik aku g interbiew.xsempat prepare apa2.sampai rumah malam.bgn pagi pegi test.habs test balik matrix.

Kesudahan cter xjadi cikgu.Habis U try plak apply KPLI. masa tu keje kt Johor.sama jugak.Balik Ganu tuk amik test. Sampai pagi..dengan tak mandi terus pegi test kt SMK Chendering..hahaha..nasib baik aku gosok gigi time tu..(aku bkn pengotor ekk, just xsempat nk blk rmh je..hahah..alasan)

brenti keje kat Johor spupu aku suh apply jadik Jurulatih PLKN. ni attemp no.3. Pegi interview.And hepinya dapat g TOT (Tarining of Trainer). Masa tu la semangat aku nak mendidik anak bangsa berkobar-kobar, semarak membara..penuh ngn patriotisme la..sume geng2 TOT cakap sape yg pegi ni kompem la masuk kem.hbs TOT tunggu punya tunggu xdapat-dapat..sedihnya Tuhan je yang tau..semangat berkobar pon xguna kalu xboleh nak sampaikan.Duduk la aku berendam air mata..WHY?WHY?..lama menunggu akhirnya dapat la jugak jadi JL (terpaksa guna wayar). Tu pon member2 len da 2bln mengajar aku baru masuk.

Tengah2 jadi JL tu pon still jgk mntk KPLI. pegi la test lagi skali. sama jugak. xstudi..yang xsamanya aku mmg da ada kt Ganu.Tp apesal la aku xstudi.besa la prasan pandai.

so ni attemp no.5 xtau cmne kesudahan.just wait and see. Kalu berjaya...
-millions of senyuman manisku-

Kalau x...aku akan tetap senyum secome nih
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:memang bukan rezeki diri


Mtest punya pasal

Dapat tau 27 hb ada Mtest kali ke-2.nasib baik la dapat tau malam tu.kalau tak xpegi la jawabnya.Hepi jugak la.ingatkan tak dapat yang Mtest 1st tu kira xde rezeki la. Rupenye ada jugak rezeki..Alhamdulillah..

Punya la semangat nak amik test balik keje hari khamis tu terus pegi MPH Jusco Wangsa Maju.nek bas Metro RM1 sampai stesen LRT Wangsa Maju. Penat jgk la nak menapak g Jusco.
Sampai tu xtoleh mane2 dah (tipu je..sempat gak belek2 beg promotion) terus g MPH.tnya adik cashier 'dik, ktne bahagian buku Mtest?'...'da habis la kak'...hah??penatnya...

Aku pon pkir cmne nih.dah kul 6.30..nak gi cari ke nak give up..alang2 nak berusaha mati-matian tuk Mtest kali ni aku decide pegi Kinokuniya KLCC la. Kuar2 JUsco hujan selebat tidak..masuk balik Jusco pegi beli payung kt Guardian..pastu kuar la menapak dalam hujan g stesen LRT.

Dalam train tu..aku fikir2 aku ni nak g cari buku Mtest ni knape..nak kata nak sangat jadi cikgu aku give up da lama da..Tapi memikirkan xpenah lulus Mtest aku mmg kene pegi jugak cari buku tu (xtau la Lulus ke x, tp xpenah dapat kpli tu anggap je la tak lulus)..Mtest!!!aku declare WAR!!!!!!

Sampai KLCC xtoleh mane2 dah (kali ni mmg btol..terus jek nek tgkt ats)..tapi alangkah kecewanya..HABIS!!!!!penatnya...

MTest ko tunggu la..kali ni aku mesti menang!!!(nada semangat gler babi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Usaha tangga kejayaan



Wednesday, March 24, 2010

Awek orang yang PSIKO

aku memang tak paham awek yang suke buka email/facebook/or ape2 akaun yang pakwe dia punya la..Baru awek beb. Bukan isteri ke ape. Jangan la obsessive and possessive sangat.

Example:-

hari ni ade kawan lama tegur aku kt YM. Biar le aku namakan dia Q.
aku pon dengan excitednya tegur balik.

Kebetulan kat status aku tulis 'I miss you'
dia tegur aku 'I miss you too'
aku pon balas balik 'Miss you more'

aku pon dengan excitednya lagi
(aku ni mmg jenis excited tak tentu pasal)
'pe cter, katne, bla2'
ayat biasa yang digunakan untuk kawan yang da lama tak dengar cter
kebetulan skang musim orang kawen, aku pon tanya
' Q nk kawen ke'
dia jawab 'I nak kawen dengan u' - lebeh kurang camtu la..
aku pun balas la gatal balik
'boleh je'

bla..bla..bla..bla..(malas nak tulis dialog - aku admit aku ade la melayan gatal si Q ni sket)

ending dia..'you tau x i sape'...
aku jawab...'sape lagi, Q la'
'i ni awek Q, i guna email dia, saje nak test awek gatal, thanks sebab bagi alamat rumah, senang i g bom'

WHAT THE???

macam ni punya orang pon ade..rilek ah..psiko la pompuan ni..xleh nak differ ke ayat between friends and lover?

you don't deserve my friend la kalau psiko macam ni..

p/s: masa dialog tu aku memang ada bagi address rumah sbb ingatkan nak bagi kad kawen. Habis la rumah makcik aku kalau kena bom nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Nak hackers akaun Zaid



Dilema gadis XXX


comelnya...
geramnya tengok pipi..
rase macam nak cubit2 je...
comel la ko ni

Translation:
gemuknya...
awat yang gemuk sangat ni
hang makan banyak ka??
tak reti nak exercise ka??

p/s: kitorang memang paham sangat maksud COMEL tu
-----------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Someone said, Cute is Ugly but adorable

Tuesday, March 23, 2010

20 Mac 2010

-geng crc yang sesat cari rumah pengantin-

Who: Roziah & Asmaddy
Date: 14 Mac 2010 & 20Mac 2010


Setelah penat berpusing-pusing akhirnya jumpa jugak rumah pengantin.
Fail sket bab baca peta.hehe.hehe..Tapi lagi satu keta tu elok je sampai xdenye sesat-sesat.

Neway to Kak Rozi and hubby all the best in your new chapter of life. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Mak saya nak kawen

Monday, March 22, 2010

DULU lain SEKARANG lain

Aku ingat masa zaman2 kecik dulu mak/ayah/ustaz/ustazah dan orang2 yang berpengaruh disekeliling aku masa aku kecik (ki, wan, tok, che) banyak bagitau pasal halal haram do's and dont's dalam agama.

Sekarang ni bila aku dah besar banyak plak benda yang aku ingat dulu haram macam dah jadi halal.Adakah aku masa ustazah ajar main2 kat belakang kelas atau memang di dunia moden ni yang dulu haram tu tiba-tiba dah jadi halal? Atau sekarang dah tak kisah pasal cara as long as matlamat tercapai??
Antara contoh-contohnya:-
  1. Dulu mak kata pompuan kalau dah baligh kena tutup aurat (dulu aku pon paham aurat tu rambut je..xtau termasuk pergelangan tangan, kaki, baju xbleh jarang, etc). ..Sekarang rambut macam2 fesyen, baju labuh tapi jarang, baju sendat etc. Pernah aku jumpa pegi sekolah je pakai tudung, kuar je pintu pagar habis la tudung masuk dalam beg...pastu time kawin/bersanding yang pakai tudung pon bukak tudung..once in a life time...huhu..adakah mereka tau yang once in a life time kat dunia ni berapa lama agaknya balasan kat akhirat nanti..nauzubillah...
  2. Dulu mak kata rambut tak boleh ubah warna....Sekarang eh boleh la.Pewarna tu bahan2 dia halal.so boleh la warna.Inai je la kalau was2 guna pewarna..urm bukan masalah bahan pewarna tu halal, tapi masalahnya ko mengubah ciptaan Allah. Yang bab inai tu aku pon tak berani nak kata tapi bagi aku buat apa nak ubah2. Kalau da beruban biar je la warna putih.tu dapat mengingatkan yang kita makin menuju kematian
  3. Dulu mak kata kening/bulu kaki/tangan tak boleh cukur.....sekarang boleh wax/cukur bulu kaki atau tangan..kalau menyerupai lelaki boleh la cukur...xcantik la kalu pompuan bulu kaki mengalahkan lelaki..kening kalau lebat sangat berserabut.cukur la cantik.siap boleh lukis2 kening ikut suka hati nak bentuk camne..kaler ape..
  4. Dulu mak kata dengan lelaki tak boleh pegang2...Sekarang pakwe makwe wajib pegang tangan. Ala takut time jalan tu tersadung ke apa. Ni tandanya dia sayangkan kita.Kalau tunang siap hantar keje balik keje.nak masuk rumah suka hati pon boleh.Dah tunang la katakan..Nanti jadi suami isteri jgk..really??boleh jamin ke...
  5. Dulu mak kata penyanyi/pelakon tu haram.Sah2 kalau perempuan....Sekarang budak2 umur 3 tahun pon cita2 nak jadi penyanyi.Kalau zaman kita2 dulu kalau cikgu tnya mesti nak jadi cikgu, doktor, lawyer,etc..bla3...Penyanyi/pelakon2 selalu cakap kitorang cari rezeki HALAL...hontoni?? Pikir-pikir lah sendiri. Dengan pakaian tak cukup kain, dedah sana dedah sini, berpeluk-peluk, bercium-cium..Da la tu kita ni bukan main lagi puja artis...Siap bagi title lagi..siap dijadikan idola lagi..huhuhu..
Ni la sedikit contoh.Kalau ada tambahan nanti aku tambah lagi.
Aku pon ada termasuk jgk dlm golongan di atas..bukan nk ngutuk orang..peringatan tuk diri sendiri jua..

Memang dulu lain..sekarang lain..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Ingin jadi muslimah solehah


Friday, March 19, 2010

when you are around


when you are around i feel like crying.
the uneasy, hate feeling inside me rising
WHY?because you're so not understanding
what I'm saying can you hear it clearly?
what I'm writing can you read it carefully?
what I'm giving can you keep it properly?
I'm not happy when I'm with you
when you are around
you bring what's bad in me

------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:dedicated to my colleague (once my boss..not exactly)



Monday, March 15, 2010

adoii..telingaku

telinga ni berdengunggggg je.
aku notice kalau jalan2 or gi tempat tinggi sket mesti dengung.
tp hari ni paling teruk.pagi sapa petang mmg asyik bunyi je ombak dalam telinga/kepala ni. Masa gi Langat lalu bukit Ampang.tempat2 tinggi gitu stat la telinga ni.

alkesahnya stat2 berdengung ni mase balik Ganu tahun lepas.maybe first time nek flight.
atas tekanan tinggi terus bg kesan kt telingaku ini.adushh.
Lepas tu gi meeting kat Perak.lalu highway KL-Perak tu kan macam bukit2 sket..dari pagi sampai balik KL xberenti-renti dengung. masa g Pahang pon stat berdengung yg amat sangat.ni maybe sbb lalu Karak.masa g sarawak tu xde la dengung sgt...pelik plak..
tapi..kesimpulan dari eksperimen ni mmg xleh lalu tempat tinggi/tekanan tinggi/suhu sejuk melampau..hua3..

since dari peristiwa ini memang telinga ni dengung aje.macam ada ombak.xpon macam dengar mat rempit press moto.bingit bangat.xpn macam ada construction work je going on in my head...

aku pon google2 pasal telinga berdengung and jumpa la simpton yg lebeh kurang... maybe ni dipanggil Tinnitus. Iaitu bunyi dalam telinga manusia tp xmelibatkan bunyi dari luar. Maksudnya hanya ada dalam kepala kita and kita je la the only one yg boleh dengar..buzzing..hissing..screaming..humming..tinging/whsitling sound..roarong..etc
more info --->.http://en.wikipedia.org/wiki/Tinnitus.

-it feels like ade bunyi ombak-

tapi xsure la btol ke tak aku terkena Tinnitus ni..esok kalau ombak terus menerus meghempas lubang telinga/dalam kepala aku ni terpaksa la g jumpa doktor..very disturbing.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:ngenggg..ngennng...ngennnnng....


WHY FAMILY MATTERS

hari sabtu Ayah Long (abg mak aku..skang ni aku bermaustatin kt rumah dia) ajak g Langat rumah Che De.esoknye(ahad) ayah Long nak g rendam kaki kt air panas.kaki dia bengkak and badan pon xbpe sihat.

Sampai Langat tu da malam jgk tp borak2 la sbb lama gak xjupe.si Khairiyah, Dijah, Nisah, Yana (anak2 Che De aku) sume ade..padahal mata da ngantuk bangat ni...ha3..da masuk tido xbleh tido plak.aisehh..tukar tmpt tido kot tambah plak panas gler.

esoknya pas suboh smbg tido..dlm kul 7.30 dengar suara Che De kejut suh bangun g mandi air panas..tapi aku biasa la pilih tuk sambung tido.dlm 8.30 baru bgn.kuar2 nmpk la van ayahlong balik.haha..malu2..ktorg baru je bgn derg da blk mndi air panas.tp ayhlong pening plak .sbb org kate klu nk mndi air panas jag jirus kepala dulu.kene stat dr kaki.lg pon tu air belerang <--- ni kata2 Che De pagi tu breakfast macam2 ada..laksa johor+penang, nasi lemak (ni sbb Khairiyah nk mkn-ngajuk siap) and ade sket nasi himpit...lepas mkn smbg lepak2 pastu si Zimi(Cousin aku yg kt Bangi) call kata nk datang..ni mesti la Kak Pah n Echah ikut.. Zimi smpai elok2 jek time aku ngah sibuk2 kat dapur.tengah hari masak ayam masak merah.aku goreng ayam tu..hua3..(bangga jgk walaupon goreng aym jek)..ikan singgang (ni plg feveret aku!)..sayur tenne(petola)..pucuk ubi rebus..budu penyek lada burung..ade plok durian buh dlm budu..woohoo...mmg sedap xingat la..sume makan tambah nasi..even ayahlong aku yg xbpe sehat tu... this is why family matters...best kan makn2 sama2..even its just ikan singgang and budu...nikmatnya tak terhingga.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: budu dengan durian


MONDAY BLUES

Monday....
bencinya datang keje hari ni.sebenarnya bukan hari ni je.tiap2 hari pon sama..
for the past two weeks.my worklife is aman.peacefull.

TODAY???dont mention..dengan telinga asyik berdengung dari semalam...
aku rase stupid gle sebab semua usaha tak mendatangkan hasil..sangat SUSAH!!!!!!..
aku malas nak explain banyak2..in the end..aku jugak akan kena..
aku nak resign..that would be my last resort..but just FED-UP with this job..
FED-UP..TOTALLY FED-UP..

Ya Allah tunjukkan lah aku jalan keluar dari sini...
Kalau memang kat sini tempat aku, Kau permudahkan lah jalan untukku ya Allah...

---------------------------------------------------------------------------------------------
ME: sleepyhead


Saturday, March 13, 2010

working on saturday

errmm..its not that i have issue against working on Saturday...

aku sebenarnya suka sangat datang ofis hari sabtu..kenape ekk...
first..aku xyah duk rumah...bukan xsuka duk rumah tapi lagi suka keluar time weekend...
ble kje hari sabtu aku ade alasan nak kuar..xde la nampak ngt tiap weeknd kuar je memanjang...
keje aku sampai kul1 jek..pastu leh la aku g ronda2 jap...hehe...:)

hari ni lepas keje nk g kuar jap ngn nonoi..nonoi ni rumet aku mase matrix kopilah..
ni kali ke-3 ktorg jumpa sjk hbh matrix (almost 5 years dah)..tp sjk duk KL ni leh la jupe...
hajatnye ktorg nk g Ikano..tp xtau jalan..so ktorg akan gamble je karang..

hari ni klu iktkan ade wedding to attend...wedding acik Shuhada (coursemate mase kt UTM) tp jauh sgt..kt sg.besar...jadinya aku amik keputusan xpegi..sorg lg wedding nuraida mansor (member mase KMB)..ni kt tg. putat Kuala berang..lagi la xdpt pegi sbb aku kt KL..mls nk balk sbb xdpt cuti..

ni pokya baru je msg tnya aku g ke dok..aku kate g r msg acik sbb acik ade kg...
so to both my frens yg telah menamatkan zaman bujang...semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan...

eh ade lg satu wedding..kak rozi (ofis mate) meja kt blakang meja aku ni...
tp yg ni kt Johor...mmg xpegi..tp ktorg akan pegi side lelaki next week...

Go-kekkon omedetou gozaimasu to all..

aku?
lambat lagi..if not I wont be working on Saturday..;)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Bila nak kawen???


Friday, March 12, 2010

PHD

semalam...
aku dapt PHD...tak tau kenapa tiba2 boleh dapat...
i guess deep inside aku ni mmg seorg pengdengki...
it's not that I'm not happy for them..
but it would be better if aku pon dapat the same opportunity...
BUT, must remember!dapat ke tak dapat ke semua tu Kuasa Allah..
jadi macam mana nak terima atas diri sendiri....
oleh kerana taknak ikut hasutan syaitan.

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّـهُ قَالَ: لاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَقَاطَعُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَدَابَرُوا ، كُوْنُوا عِبَـادَ اللهِ إِخْوَانًـا.

(رَوَا هُ الْبُخَـارِى وَمُسْلِمٌ)

Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.

(H.R Bukhari dan Muslim)

jadi...tak perlu la PHD yang ni...klu the other PHD tu baru bagus....
Bergembira la apabila kawan2 kita dapat sesuatu yang baik...dan kita? mungkin belum sampai masanya...banyakkan berdoa..semoga dikurniakan permohonan dan doa...
-AMIN-

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Moga dibersihkan hati dari sebarang hasad dengki dan iri hati


my first time...

pendahulu kalam...Bismillahirrahmanirrahim...
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

This is my first time to write something in this blog..
to be a blogger...really??...haha...dont think so....
bukanlah nk jadi blogger full time just nak mengisi masa...
cter sket2 pasal diri sendiri...komen2 pasal isu semasa(kalau rajin)...
but bukan tuk mengata org..hopefully...

yuroshiku ne...

-------------------------------------------------------------------------------
ME: Yuroshiku Onegaishimassu