Monday, January 31, 2011

Abang tipu2

There is this guy my best friend and I used to call Abang. Last Friday out of blue someone SMS me saying that he’s at OPD HKL. He asks me to meet him. At first I didn’t know that’s him. Siap main teka teki. Annoying tapi sebab tahu memang kompem one of my friend aku layankan jugak game Guess,Guess,Guess tu. Sampai aku dah Fed up nak berteki teki dia pun mesej “aku ABANG mung”. Terus aku tahu siapa dia.

Dia sebenarnya
lagi muda dari aku 2 hari. Dengan bff aku lagi lah beza 3 bulan. Tapi masa sekolah dulu entah macam mana kitorang panggil dia abang. Mungkin sebab dia sangat tinggi and kitorang sangat-sangat lah tak cukup inci rasa safe je dengan dia. And what a good brother he is, dia memang agak protective terhadap kami dua orang. Sokmo nasihatkan kami kalau buat salah or malas study. Siap begging bff aku “N kalau tak mboh study pon turun lah prep, jangan ponteng kat dorm, nanti kena denda”. Kalau lelaki lain ade kesah? Gasak la kan. I’m grateful to have him as my brother figure.

So I went to meet him. After almost 8 years nothing’s changes. Except that he’s now officially taken (I’m really happy for him) and dah nampak berisi sikit (maklumlah orang dah kahwin) he’s still my good ‘
abang’ that I love.

Dalam berbora-borak tu, benda yang paling dia ingat pasal aku ialah orang yang paling kuat tidur time prep. HAHAHAHA. Aku dulu sampai-sampai je kelas letak kepala atas meja terus tidur. Pukul 4.30 orang dah habis prep baru aku bangun. Tiap-tiap hari mesti macam tu. Tak pernah nye aku study time prep hour. Agaknya sebab tu SPM result hampeh. Haha.


Banyak jugak nasihat dia kat aku. Suruh kahwin cepat lah. Kerja rajin-rajin. Jaga diri molek-molek2. Bla2. Rindu je zaman sekolah dulu. Walaupun kami geng-geng askar kat belakang ni selalu di anak tirikan, abang and P sokmo backup. Hehe. Bukan macam Abang Bad and the gang. Betol dok Jeneral Rowlin? Oops Jeneral tu CTK. Jawatan mg nape Rowlin? Sarjan eh? Haha.

Friendship doesn’t mean that you have to message/call everyday. As long as I know that he/she is always there, I’ll be fine. Memang menakutkan bila kawan-kawan baik dah kahwin and ada life sendiri tapi friendship never end. That’s what I think.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Cuma yang menakutkan kalau kawan tu kawan lelaki, jangan sampai wife dia jelous sudah

Friday, January 28, 2011

Selemah Iman

Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran,
maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya,

jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya,
dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya.
Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman

(Hadits riwayat Imam Muslim).


Selemah-lemah Iman.

Peristiwa 1:
Tahun lepas. Dalam komuter dari mid valley. Sepasang couple. Perempuan bertudung. Lelakinya kulit macam aku. So aku kira mereka berdua ni Islam lah. Koman-koman pon kompem Melayu (kata macam ni sebab kadang-kadang orang kita lebih pentingkan adat dari ibadat). Dengan bersesak-sesak dalam train tu muka aku kat belakang kepala perempuan tu. Yang tak best, boleh pulak budak lelaki tu nak cium awek dia. Dah perempuan tu mengelak terus kepala dia terkena dahi aku. Sudahnya kepala aku terdongak, budak dua orang tu tak kata apa. Yang perempuan tu senyap. Yang lelaki siap buat cubaan ke-2, ke-3 dan seterusnya. Walau pon tak berjaya cubaannya itu tapi, apekebodo sangat lelaki tu. Tak tau ke dalam train. Tak payah nak tunjuk romantik la. Yang perempuan pulak apekebodo apsal tak tampar je muka lelaki tu? Yang aku pun sama bodoh. Patutnya aku ambik kasut ketuk kepala sekor2. Ape punya orang nak beromen tengah orang bersesak-sesak entah.

Peristiwa 2:
Minggu lepas. Dalam LRT ke KLCC. Sepasang couple. Kulit macam aku. Cakapnya Melayu. Aku bajet Islam lah. Train tak sesak pon. Tinggi je dari aku (aku memang tak sampai nak pegang pemegang, jadinya selalu duduk dekat dinding atau tiang) so aku bajet tangan dia sampai je nak pegang pemegang tu. Tapi dia pilih nak peluk pakwe semelekat yang boleh. Pusat bertemu pusat. Melekat macam octopus dekat batu. Dah tu sempat comolot dan usap-mengusap. Daring. Makcik Cina kat sebelah aku pon mampu pandang je. Semua yang berhampiran pun mampu pandang. Aku ni pulak memang rasa nak ketuk kepala derang dengan majalah tapi niat je lah. Sudahnya diam dan meyumpah dalam hati. Sama macam orang lain, mampu pandang je.

Peristiwa 3:
Semalam. Dalam bas balik rumah selepas kerja. Sepasang couple. Kulit macam aku. Perempuan bertudung. So aku bajet Islam lah. Tengah bersesak-sesak dalam bas. Lelaki tu pegang muka perempuan tu, "kenapa jerawat ni?" sambil usap-usap muka dengan jari. Muka antara muka jarak satu inci pon tak sampai. Apa tak pernah tengok jerawat ke? Tak boleh tunggu dah kahwin baru belek jerawat? Kalau dah kahwin tak boleh tunggu balik rumah? Makcik sebelah buat tak nampak. Aku buat tak perasan.

Itu lah aku. Lemah. Selemah-lemah Iman.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Bercinta sampai ke Syurga

Monday, January 24, 2011

Tagged: Laser

Tagged ini datang tepat pada masanya. Memang aku nak laser orang tapi tahan je. So jom melaser kat blog je. Arigatou ne Miss Labi.

If an annoying person says:
1) I am cute
MR: You are fat. Of course you are cute.

2)I am the most beautiful/handsome
MR: With that face?

3) See, everyone loves me because I am rich and famous
MR: I love you honey (*money)

4)Unlike you, I am perfectly multi-skilled. I do everything very well from sports to academic thing.
MR:Jom pi kutip pok getah nok?

5) You don't know me? I am Bruneian artist; I have albums
MR: ooo (sambil pandang tempat lain and buat muka buweekk)

If an annoying hot woman/man says:
1) I know you like me.
MR: WTF??

2)What are you looking at? I am not interested in you!
MR: WTH??perasan giler.

3) Sorry, you're nice but seriously not my type
MR: What make you think, you are my type?

4) UNLESS you are rich, then don't dream that I will get a ride with you!
MR: Aku mimpi ke ko mimpi?

5) Look, I am pretty/handsome; I can make people hate you!
MR: So?

If an annoying extremely ugly woman/man says:
1) I think you and I can make a good couple.
MR: *terus lari je

2) May I have your cell phone number? Please please please?
MR: 03-5332333 (* Hospital Bahgia punya no.)

3) Hi, wanna hang out? I want you to be with me the whole night.
MR: In your dream!

4) What you like about me?
MR: betsuni

5) I want you to say that I am pretty/handsome and you like me sooooo much!
MR: Giler ke ape?

If your enemy says:
1) Hi bitch
MR: hi Bimbo

2) You smell like shit!
MR: better than look like shit

3) What an ugly creature you are.
MR: Fine. As long long as you are the ugliest.

4) I am going to kick your ass in this race for sure.
MR: try me

If your annoying ex says:
1) I still love you..
MR: sape ni?

2) I know you still love me!
MR: you ni sape?

3) Plese, come with me honey/hubby
MR: serioulsy ko ni sape??

4) Please call me..
MR: ko sape???? Bajet aku ada no ko ke?

5) The break up hurt me so much...
MR: I don't give a damn about strangers.

If an annoying salesperson says:
1) Wow! You are so pretty/handsome!
MR: La baru tau ke?

2) Seriuosly, I used this product and I've changed!
MR: Kesian, maksudnya dulu awak lagi hodoh la dari sekarang ekk.

3) We are giving a discount up to 50%
MR: Free pon saya taknak

4) This one is good sir/madam. Buy sir/madam. Buy.
MR: Kalau free pon saya tak nak. Sahkan beli.

Tagged ain guzzle, nida, aimi, adik, rowlin

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Annoying is my new vocabulary

jangan kacau aku boleh tak?

Situasi di ofis tak berapa best sekarang. Bende remeh temeh je tapi sangat-sangat la annoying.

Antara benda yang buat aku annoying giler,
  1. Dan dan tiap kali datang meja aku burp sendawa. WTH?? Tiap kali dating mesti burrpp. Dah kluar angin ko yang busuk tu baru nak cover mulut and excuse me. Tak ada manner ke?
  2. Kalau dah adult tu buat perangai macam orang adult lah. Kadang-kadang perangai nonsense giler.
  3. Benda yang senang giler pon nak tanya. Tau tak ada benda yang dipanggil Google? Google je lah. Main facebook pandai. Nak cari no telefon dekat website takkan tak pandai.
  4. Setiap kali aku bad mood tanya kenapa. Banyak kerja ke. Marah kat sapa.Penat ke.
Nak tau kenapa bad mood? Pasal ko lah ngok!and semua reason-reason di atas tu.

Seriously aku memang tak suka orang nak bercakap-cakap dengan aku time kerja. Time tak kerja pon kalau topik ko tu tak ada kaitan dengan aku, better tak payah gatal-gatal nak cerita dengan aku. Aku memang suka buat hal sendiri. Kalau tak ada kerja memang aku tak akan bercakap langsung dengan orang sebelah aku ni. Cakap lah apa korang nak cakap. Hubungan kita strictly kawan sekerja sahaja! Not more than that. I have no intention untuk ber”mesra” lebih dari itu. Aku taknak dengar korang personal stuff sebagaimana aku tak suka korang pedulik pasal personal life aku. Ada paham?

Sombong? Memang aku sombong!
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Just leave me alone

Wednesday, January 19, 2011

'Promoter'

Aku terasa nak buat tajuk ni hari ini. Lama sangat tak menaip panjang. Asyik letak gambar. Tu cheating sebab tak ada idea nk buat entry tapi nak buat jugak. Last-last bantai taruk gambar je banyak-banyak. Hehe.

Bercakap pasal promote ni, kompem la korang pernah diapproach and dipromote kaw-kaw kan. Pernah tak korang dipromote oleh geng-geng promoter (promoter barang, MLM punye orang, ejen insurans) ni sehingga korang tak berdaya nak menolak. Last-last korang terperangkap dan akhirnya tanpa sedar korang telah membeli atau menerima segala produk dan pujuk rayu mereka. Aku pernah je.

Masa aku zaman U. Masa tu aku baru lepas excident dengan CRV (ye, Honda CRV wa cakap lu). Duit PTPTN aku habis guna bayar ganti rugi tuan CRV tu. Hiduplah aku semester tu dengan makan Maggie dan biskut Marie cicah Milo 3 in 1. Kalau beli nasi pon kuah dengan tempe je. Tak pon telur. Sadis tak hidup aku time tu.Huhu. Tengah pikir-pikir macam mana nak cari duit tu aku didatangi oleh senpai yang aku pon lupa dah nama dia. Bad memory tu yang malas nak ingat.

Senpai ni baik hati belanja aku makan, etc. And start la promote tentang MLM dia. Contohnya dah ramai jugak lah budak UTM yang mampu pakai Mercedes sebab buat MLM tu. Aku pon tengah desperate nak cari income.Untung-untung dapat pakai Merc jugak kan. Haha. Dengar la explaination super duper dari brother tu. Bodohnye aku time tu. Brother ajak pergi perjumpaan aku ikut. Pergi jumpa upline ke downline pon aku ikut. Brother tu janji aku masuk je jadi ahli, pasal cari downline dia tolong carikan. Tak payah buat apa cuma bagi dalam RM 1K semua pon jalan sendiri. Sedar-sedar duit berkepa-kepak dalam bank. Itu kata dia la. In the end habuk pon tarak. Brother senyap duit aku melayang. Sumpah! Sekarang aku memang benci orang MLM. Korang jangan nak promote-promote ngan aku pasal benda yang cepat-cepat kaya ni dah. Memang aku akan laser cukup-cukup.

Satu je aku tabik dengan promote-promoter macam ni. Diorang tak tahu malu . Kalau malu pun memang diorang terpaksa buang malu tu. Kalau tak macam mana nak dapat customer kan. Semalam aku pergi pejabat post. Ader la seorang brother tu tercegat depan pintu pejabat pos. Dia ni ejen sebuah bank yang nak promote orang suruh buat pinjaman ASB. Yang bank ni OK la kan. Bukan macam MLM. Tapi apa yang aku nak cakap susahnya kerja camni. Kadang-kadang terpaksa temberang orang untuk bagi orang percaya. Penat aku dengar brother tu putar belit fakta nak menarik minta makcik meksi (misi/nurse) yang kat situ tu.

Aku ada cousin. Ejen insurans. Aku pernah cakap direct kat dia. "Jangan promore nape-nape ke aku deh. Aku malas beli insurans mung!". Memang dia tak promote kat aku sampai sudah. Tak tau la kut dia tau aku lubuk kecik je. Orang gaji sikit. Tak beri kesan pon kalau tak masuk insurans dia. Dulu pernah dia suruh aku cakap kat bos aku pasal insurans. Eeee. Tak ada hal aku nak jeopardise kerja aku nak tolong dia dapat customer. Dia dah gaji puluh ribu bulan-bulan. Aku ni ribu pon tak berapa nak ribu. Sia-sia je kalau kena buang kerja. Paling tak tahan kalau hubungan aku dengan bos jadi tak best sebab dia.

Tapi setiap kali aku bawak kawan. Suruh aku kenalkan kawan aku kat dia. Sekarang ni tengah sibuk kontek kawan aku. Diorang ni sekali tak dapat mesti akan cuba berjuta-juta kali sampai dapat. Aku rasa bersalah sebab kawan aku terlibat dengan dia ni. Adoi. Dou suru no? Aku tak nak lah sebab dia kawan aku jadi tak best dengan aku. Dou suru? Dou suru?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Nobody

Monday, January 17, 2011

Farewell at Saba

Last Tuesday I went to Saba Restaurant at Medan Jelatek, Setiawangsa (opposite to the LRT Setiawangsa) to celebrate Kak Siti Farewell.

Kak Siti with our farewell present
Wishing you all the best on your new career. Way to go Hot lecturer!

THE FOODS:

The story of Saba Kingdom is stated in the menu book

Water melon juice, lemon juice and the "sambal belacan". Haha. Serius taktau nama.

Hanith chicken

Maria
(yes the name is Maria)

Cant remember the exact name. Rice with Lamb. The rice is super delicious.

US:




I'm not fond of Arab dishes, but I think it's worth a try. The food is good. Price are reasonable. And yang paling kaw nasi dia. Tak payah lauk pon takpe. SEDAP.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Sabar

Wednesday, January 12, 2011

5.30 am 12012011

Hari ni pening sangat kepala. Mengantuk pon iya.

Bangun pagi tadi ingatkan 6.30 terus menggelabah pergi bilik air. Siap mandi terus iron baju ala kadar pastu solat. Lepas solat pakai bedak, time nak pakai jam tu tertengok la jarum belum pon sampai pukul 7 lagi. Belum pon pukul 6. Baru lah perasan rupanya tadi yang aku bangun tu pukul 5.30. Apada. Kul 5.50 dah siap nak pergi keje. Erm. Ni baru orang panggil pekerja cemerlang. Apalagi terus sambung tidur balik dengan baju kurung sampai 6.30. Tapi peningnye tak habis-habis lagi. Adoii. Itu lah gatal sangat layan Hana Yori Dango sampai pukul 2 pagi. Memang padan muka.

Hari ni dah 12 Januari. Maknanya dah 12 hari tahun 2011. Cepat je masa kan. BTW Happy 12 days of the new year 2011. Sorry didn't wish earlier. Kekangan masa menghalang. Aku doakan supaya tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Tak kira lah dari segi apa; amalan dan bekalan ke akhirat mahupun pleasure kat dunia ni.

  • - Aku tak mintak kaya macam Bill Gates tapi biar lah tak meminta dari orang lain.
  • - Aku tak mintak rumah sebesar istana, cukuplah ada tempat berteduh.
  • - Aku tak mintak duit dalam bank 10000000 juta tapi biarlah dapat menyimpan sikit-sikit. Paling kurang naik jugaklah amount dalam ASB tu.
  • - Aku tak mintak jodoh kaya raya atau hensem macam Taylor Lautner (drooling over budak bawah umur la pulak) tapi biarlah dipercepatkan dan dipermudahkan andai itu yang terbaik.
  • - Aku tak mintak makan prosperity burger tiap-tiap hari, cukuplah nasi lauk budu cicah ikan bakar asalkan rezeki Allah tak terputus untuk aku.
  • - Aku tak mintak tak sakit langsung sebab sakit tu peringatan untuk kita tapi biarlah sihat dan bebas dari sebarang penyakit kronik.
  • - Aku tak mintak slim macam supermodel(kalau jadi apa salahnya cuma sedar diri yang tak cukup inci kompem tak akan jadi supermodel) cukuplah kalau lemak berkurang sikit.

Aku tak pernah ada new year resolution. Sebab aku bukan orang yang semangatnya tinggi dan kental berjuang memerangi kehendak diri yang kompem akan mengatasi kewarasan akal. Selalu pon hangat-hangat taik ayam je. Tapi one thing for sure aku kena turunkan sikit berat badan aku ni. Not for this year je but for many years to come.

Bercakap pasal kurus, last 2 weeks I went to the gym. Yes, you read it right~G.Y.M. But dont get me wrong. Aku belum kaya lagi nak subscribe pergi gym tu. Bapak mahal weh. Permulaan je dah almost RM 800. Belum lagi monthly fee RM 199. Kalau ikutkan nak kurus ni memang lah sanggup bayar tapi pikir balik aku ni memang selalu suam-suam taik itik. Membazir bayar, pastu tak sampai 1 minggu dah give up.

Aku pergi tu saja lah nak tengok keadaan gym. Sebelum ni tak pernah jejak kaki pon kat gym. Lagi pon orang gym tu call sebab nak bagi aku free trial for 7 days. Apa salahnya kalau pergi kan. Tak rugi pon. Brother tu bawak aku tour satu gym tu. Tunjuk la semua peralatan yang ada. Best je tengok. Dengar-dengar dia explain harga terus aku back out. Hehe. Yang free trial tu takde la kena bayar tapi aku takde masa lagi nak pergi. Tunggu lah dah lepas settle majlis kawen nanti aku call brader tu balik.

aku selalu bajet aku akan berlagak hot macam ni kalau aku pergi gym.hehe.

BTW aku just berharap method yang lagi satu berjaya untuk kurangkan sikit lemak. Dan InsyaAllah akan banyakkan exercise. Fuuh. Harap la berjaya ye. So just wait and see. Kalau menjadi aku bagitau korang rahsianya. Kalau tak menjadi anggap lah entry ini tak pernah ditulis ye. Hehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Once my name is Britney. Btol tak No name?

Tuesday, January 11, 2011

Setelah sekian lama menghilang....

Setelah sekian lama meghilang dan menyepikan diri, aku ter'rajin' nak mengupdate blog pada hari ni.

Aku bukanlah menghilang ke mana tapi balik kampung. Biasalah orang busy nak kawen memang hidupnya busy memanjang je. Mana nak settle pasal kad, pasal door gift and yang paling penting pasal urusan nikah dengan pejabat agama. Penat jugak lah aku menaiki bukit ke pejabat agama untuk settle urusan permohonan nikah.

Semalam pergi pejabat pos, nak pos kad jemputan untuk kawan-kawan. Adoii bapak mahal setem sekarang ye. Beli 10 keping dah RM10. Sebab kata abang kat kaunter tu kad kahwin kena beli setem harga RM 0.80. BTW aku dah mintak ke alamat korang???Hehehehe. Korang nak ke datang? Aku pengapit je. Belum nak jadi pengantin lagi. Hehe. Tapi itulah, dah pengantinnya jauh di seberang laut terpaksa lah aku yang kat seberang ini settle kan semua untuk orang seberang sana. Tolong apa yang patut.

Kebetulan balik kali ni agak lama. Seminggu jugak lah. Awal-awal tu balik sebab orang besar suka sangat team Malaysia menang bola. Bagi cuti sehari. Aku bengang sebenarnya pasal cuti tu. Bukan lah tak suka team bola menang tapi ape kejadah pulak sampai satu negara kena cuti (Ni sebenarnya ayat seorang yang banyak kerja hujung tahun tak settle pastu tiba2 kena cuti pulak). Macam tak berapa relevan je bagi cuti sebab bola. Ni pendapat aku la. Tapi komplen tu dah lama berlalu sebab ada sahabat yang baik menumpangkan aku balik ke kampung. Berbaloi lah cuti yang diberi oleh kerajaan itu. Kalau tidak mereput lah aku keboringan di KL menghabiskan 3 hari cuti.

Selepas 3 hari balik KL. Keje Isnin and Selasa pastu malam Selasa balik semula ke Terengganu. Nak hantar adik aku ke SESMA. Cuaca di Terengganu memang tak nampak matahari. Hujan memanjang. Langit ibarat kelabu sekelabunya. Hari Khamis budak-budak bergembira sebab tak payah sekolah. Banjir. Air pon naik sampai atas jalan dah. Aku apa lagi turut sama berpesta macam orang lain. Yang dalam gambar di bawah itu bukan aku ye.


Bagi orang yang tak pernah kena banjir mesti rasa macam stress je. Tapi bagi orang yang memang tiap-tiap tahun InsyaAllah banjir ni dah tak ada apa dah. Masuk musim bah prepare la beras, sardin cukup-cukup. Just incase tak boleh nak gi kedai. Bila banjir rasa macam pesta air la pulak. Kalau korang tak percaya tengok lah gambar yang aku ambik dari facebook Teacher Maspah kat atas tu. Teringat pulak zaman kecik-kecik time banjir je sibuk cari tayar lori nak buat perahu. Tak dapat tayar batang pisang pon jadi. Tapi yang plaing syok main air atas jalan raya. Haha.

Ni rumah atuk aku. Atas rumah Tok Che. Bawah rumah Ki.
Ni tempat permainan banjir time kecik-kecik dulu
.


Saje enterframe gambar lembu kesejukan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Paling takut kena gigit lintah