Thursday, May 26, 2011

Tiba-tiba macam masa tak cukup

Aku agak busy. Busy mengemas meja aku (my comforting place for 2 years). Aku sepatutnya last day 31hb tapi sebab kemalasan melampau aku decide esok je la last day aku. Jadinya agak kelam-kabut. Nak hand over tugas. Nak mengemas-ngemas kertas yang bertambun-tambun. File yang bersusun-susun. Letih jugak rupanya nak berhenti kerja ni!

Satu berita sedih laptop aku rosak. Tak tau lagi rosak camne tapi tak boleh ON. Kena hantar kedai dulu baru tau seteruk mana rosaknya. Aduhai sayang. Di saat aku memerlukan. Banyak cerita and lagu dalam PC aku kat ofis. Ingatkan nak copy masuk dalam laptop. Dah laptop rosak relakan je lah semua tu jadi khazanah ofis. Harap-harap tak ada orang jumpa. Kalau tak nampak sangat kerja aku 2 tahun ni download cerita aje. Aku harap pasni boleh beli hardisk and mintak tolong kouhai aku seludup cerita-cerita tu semua.

Excited nak balik kampung. Lepas ni kerja baru tak tau la cuti senang dapat ke tak. That's why kena menghargai masa yang ada.

p/s:Al- Fatihah untuk mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Tiba-tiba rasa masa tak cukup!

Friday, May 20, 2011

Proses mencari rumah

Happy to announce that I'm just one step away to my freedom. At last. Tapi one step ni lah yang agak susah. Which is house hunting.

2 minggu lepas ambil masa lebih kurang satu hari (hehe. termasuk gi tengok wayang selepas tu) mencari rumah bersama-sama dengan acik chan. Susahnya. Kitorang meround-round area Bangsar, Abdullah Hukum, Universiti tu tengok rumah-rumah yang sesuai. Dah penat round pergi melantak tom yam and pastu tengok Rio kat Tropicana Mall. Sebenarnya dah refer jugak rumah kat caribilik.com. Tapi better kot pergi round2. Sebab mungkin ada yang tak advertise online.

Walaubagaimanapu ingin aku highlight kan beberapa masalah. Masalah- masalah yang berlaku adalah seperti berikut:
  1. Rumah affordable tapi kawasan bapak kotor - Freedom apanya kalau kawasan kotor giler Baik aku berulang je dari Wangsa Maju.
  2. Rumah menarik. Kawasan bersih. Tapi harga bapak mahal - Aii Nabilah sedar diri sikit kot ye nak duduk kondo pon. Haha.
  3. Rumah affordable. Kawasan tak tau macam mana. Tapi bila call dah ada orang chop. Huhu.
  4. Rumah affordable. Kawasan OK. Tau-tau kena share pulak. Memang tak freedom la.
  5. Harga OK. Rumah OK. Tapi Susah pulak nak ke tempat kerja. Maklum lah nak bawat baby T** 4280 aku tu ayahanda tak kasi.
So esok aku kan pergi tengok lagi 2 rumah. Tak tau lah macam mana. Kalau OK, OK lah. Kalau tak kena up sikit budget. Up budget OK lagi tapi masalah problem troublenya bab nak bayar deposit lah. Let's say sewa rumah RM 500. Mau kalau bayar deposit 2 bulan dah RM1000. Tu belum masuk deposit utiliti lagi. Adoii. Fening. Fening. Eden belum kayo lagi. Memang tak berapa nak mampu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I WANT FREEDOM

Monday, May 9, 2011

SweeTree

First time mencuba makanan Korea memang la kena masuk dalam blog. Jakun tak jakun. Nak masuk jugak dalam blog.

Restaurant : SweeTree
Address: No 13 L--1.2, Jalan Ampang putra, Kuala Lumpur

Oleh kerana aku tak sempat ambik gambar decoration dia aku pon google. Maybe boleh view this blog (embunism) untuk tengok decoration restaurant ni yang cosy and nature oriented.

Here some picture yang sempat snap.



Kim Chi Chee Gea with Rice.


Korea BBQ with Rice

Daging BBQ yang sangat sedap

Tengoklah betapa fresh and colorful vege dia

Pul Go Gi and Rice in sizzling plate


Makanan ni sebenarnya lagi menarik tapi sebab lapar lupa pulak nak ambik gambar.
Ni telur dia kat atas tu dah pecah.


The dessert and drinks

Korean green tea

Jasmin tea and Ice lemon tea

Sorbet mango-orange

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Puas hati

B*tch(es)?

I know it's bad to call someone b*tch. Aku tak pernah cakap depan-depan la. But dalam hati busuk bernanah aku pernah je cakap berkali-kali (B*tch!B*tch!B*tch!). OK . Now I'm sound like a horrible person. Well I am horrible. There's no use in denying anyway.

This one person totally annoyed me to death (as always aku exaggerating!). Aku rasa dia ni talam 40 muka. Kaki cakap belakang. Kaki ampu. Kaki everything. Kaki busuk pon ye agaknya. I know I complaint about pekeliling. About travel expanse claim yang tak berjaya sebab pekeliling kata tak boleh claim. Pekeliling tetap betul even though aku terpaksa keluar rumah jam 5.30 pagi. Untuk urusan kerja. Memang tak adil.

But what is this bitch problem to tell my boss pasal claim duit teksi aku tu. Sampai bos aku tanya how much and siap nak bayar dekat aku. Kalau this one girl tak inform macam mana bos tau? Malu aku. Macam heboh satu dunia je pasal claim aku tu. Dah la kalau tak menyindir orang tak senang. Cakap macam baik. Macam tak tau lakonan primadona engkau tu.

Tapi padan la muka aku gak. Hari Sabtu hari tu pun aku buat perangai macam b*tch jugak. Pergi makan kat satu kedai ni. Dah la ada tax. Servis macam hampeh. Kawan aku dah habis makan tapi aku punya order tak sampai-sampai jugak. Dah inform 5 kali waiter still tak sampai. Not even say sorry. Bila aku angkat kaki nak blah baru sampai makanan. Terus aku mintak resit tapi taknak bayar untuk yang baru sampai tu. Yang ni aku tak rasa salah aku. Servis tak bagus memang la patut customer mengamuk.

Well kalau perangai aku tu considered as b*tch. That makes both of us b*tches. Fair enough.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Hangin benar kalau servis hampeh

Thursday, May 5, 2011

Farewell gift

Confirm. My resignation will effected on 30th May 2011. Semalam pon dah pergi ambil offer letter untuk tempat kerja baru.

Now biasalah, dah nak berhenti mesti ada farewell. Instead biar je diorang beli hadiah untuk Surprise! kan aku, aku volunteer kat Ms Bendahari unit untuk pergi beli sendiri. That's better kot sebab aku jenis orang yang tak suka surprise2 ni. Kalau surprise dapat benda yang aku suka OK lah kan. Tapi buatnya diorang beli benda yang aku tak suka macam mana. Kompem aku tak appreciate hadiah tu. Jahat kan aku. Hehe.

Since it's free money banyak je benda timbul dalam kepala otak aku ni. Nak ni lah. Nak tu lah. And sebenarnya aku dah siap bagi list kat diorang apa yang aku nak. Suruh diorang beli salah satu yang padan dengan bajet. Memang mengada lah list aku tu. That's why aku offer aku pergi beli je sendiri. Senarai-senarainya adalah:
  1. Pair of shoes from Vincci - I'm thinking of black scarpin or peep toe.
  2. Love ETC perfume from Body Shop - aku dah lama tak beli perfume semenjak broke ni. Tibai bedak tepung je. Dan dengan malu nak mengaku aku guna one drop perfume.
  3. Book - The Great War for The Civilization by Robert Fisk - Ni pengaruh dari blog serius lah ni.
  4. NEWS LIVE!LIVE!LIVE DOME CONCERT 2010 DVD - kompem2 susah nak dapat kat sini. Aku dah try cari kt banyak kedai CD. Nak beli on9 tak mampu sebab tak ada kad kredit. Huhu. (P/s: Zura nak tolong carikan untuk aku kat Nihon nungg??)
  5. Lingerie - harga lingerie mahal wooo.
Hahaha. Melampau kan aku. Allocationnye RM100 je. Korang rasa apa yang patut aku beli?? Ikutkan hati aku nak DVD. Tapi aku rasa yang tu yang paling least important. Tapi yang tu hati aku paling nak. Hehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Banyak perkara buruk di saat-saat nak resign ni tapi hadiah aku nak je

Wednesday, May 4, 2011

Pekeliling

Bila orang mintak prosedur tak ada pulak nak bagi SOP. Bila dah orang buat mula lah salah kat sini. Salah kat situ. Pekeliling kata camni. Pekeliling kata camtu. Kena ikut. Iye lah tu. Kalau kena atas muka sendiri tak ada pulak nak ikut pekeliling. Pergi mampus la dengan ko punya pekeliling! .
--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Aku benci gila dengan orang macam ko.