Thursday, July 29, 2010

Aku anak jati Ganu


First rule bagi orang Terengganu (Kelantan pun include skali la)
  • Jangan sesekali cakap slang luar bila jumpa sesama orang Ganu tidak kira la anda di KL, di London mahu pun di Jepun.
  • Lagi pantang kalau anda balik ke kampung dan cuba bercakap "bandor". Memang anda akan dikutuk kaw2.
Rule kat atas ni hanya untuk sesama Ganu and Kelantan je. Kalau bile nak cakap dengan orang luar tak kesah la kalau nak slang camne pon. Slang bandor kaw2, atau slang bandor tak jadi. Tak kisah. Tapi bila balik kampung, aku and the gang memang anti giler bila ada yang cakap "aku-kau" instead "aku-mung". "Korang" instead of "mume/deme/mu orang".

Aku tak tau lah. Maybe orang akan cakap kami orang Ganu and orang Klante ni semangat kenegerian giler. Pada aku tak salah pon. Semangat tu penting supaya tak lupa asal usul. Tapi jangan lah membabi buta semangat tu sampai tak boleh berkawan dengan orang lain. Sampai berpuak-puak. Kena la pandai menyesuaikan diri. Macam orang kata la, masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek.

Sebenarnya sayang, banyak dah dialek Ganu orang dok guna dah. Macam aku, sebagai anak jati Kuala Berang, sayang sebenarnya kalau dah tak paham or tak pandai cakap bahasa ulu. Mane ade dah generasi aku yang cakap ulu pekat. Kalau generasi dulu2 tu ada lagi la hok cakap pekat giler. Sampai aku orang Kuala Berang sendiri pon dok paham. Apatah lagi orang Kuala Terengganu or orang luar Terengganu.

Wuning/Ghuning nok gi kuaneh?

Paham ke korang??Haha. Yang paham tu paham la. Yang tak paham meh sini aku bukak kelas bahasa ulu Qber. Aku pon lamer doh dok berspeaking. Orang Qber (name glemer tuk Kuala Berang/Koberang) memang glemer ngan speaking. Aku rase paling glemer "Jjaggonnggg!!" (Haha. Aku pon dok tau nok eja guane nok bagi sebutan tu betul). Kawan2 Qber tolong la betulkan!

Aku memang bangga jadi orang Ganu. Orang Koberang. Biar la orang nok kata kami orang ulu ke, orang kampung ke, yang penting aku memang anak jati Ganu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Nanng, Nanng, Nanng, Ganu kiter...

Tuesday, July 27, 2010

Tagged:Kenali kamu?

Another Tagged and dengan hepinya aku menjawab soalan2 tagged ni.

1. Where are you?
Depan PC. Atas kerusi. Di cubicle. Dekat Ofis.

2. What do you do?
Tengah cleaning data. Tapi sebab malas + bosan aku sambil buat sambil layan blog la (padahal aku memang layan blog je dari tadi). Hehe.

3. What is your blog name and why?
ME.Life. Basically semua yang terkandung dan termaktub dalam blog ni adalah kisah hidup aku. Nak buat kisah hidup sape lagi. Terpaksa la buat kisah hidup sendiri. Kadang2 ada la jugak kisah hidup orang lain. Tapi biasanya kisah hidup orang lain ni berkait ngan hidup aku la jugak. Kalau tak camne aku tau.

4. When did you start blogging?
Kalau kat blogspot ni baru je bulan 3 baru ni. Tu pon lepas tengok menarik je Miss Labi punye blog. Masa tu dia menyarankan aku suh buat blog.
Tapi sebenarnya aku dah start berblog dekat friendster lagi. Kalau nak view sila klik di sini.
Bila baca balik blog tu aku rasa klakar nak mampus. Teruk giler penulisan aku dulu. Haha. Entry pon ade berapa je.
Masa tu pon sama je cam skang. Yang rajin komen blog aku Miss Labi la. TQ2.

5. Give the link when you were the happiest to blog?
Kene cari ni. Haha. Macam tak dok je. Semua pon macam geram dengan sedeh. Haha.
Ade2. Yang ni: Sayang ku Sayang, Initial D..aku lupa, 4inch splendid reunion, and yang pasal The Good Old Days tu semua pon happy. Tapi malas nak buat link.

6. Give the link when you were the saddest to blog?
Ade beberapa la. Tapi yang paling utama A Daughter, A Sister, A wife, A Mother dan Nasib dan ketentuan.

7.Give the link when you were the angriest to blog?
To name a few: Aku geram betol and Anak, Mertua, Menantu

8. Give the link when you are most in love?
Erm..Tak de kot. Aishh..Kena cepat2 fall in love ni!

9. Give the links that turns out to be very meaningful to you?
Semua yang best2 tue. Tapi sorry la. Malas gile nak bagi link. Hehe :>)

10.Tag some friends to know about their answer?
Sila2 la ye siapa2 yang berkenan untuk buat tag ni.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Aku suka berblog. haha

Kenapa aku bosan?

Aku sebenarnya bosan sangat dengan keadaan aku sekarang. Rasa tak bebas. Nak kata jiwa aku tengah memberontak. Aku bukannya budak umur 18 tahun. Tapi aku rasa tak hepi. Sedih. Stress.

Aku terpikir nak cari rumah sendiri (sewa la bukan beli).
Bila pikir banyak perkara kena pikir lagi bertambah stress.
Macam mak aku kata, "Baiklah duduk dengan Ayoh Long, senang, mak pon dok riso, selamat".
Macam Ayah Long aku kata "Nasib baiklah Na duduk sini, ada jugok teman, kalau dok Along ngan Mak Long la terkumat-kamit dua orang"

Bila mengenangkan balik 2 ayat di atas aku rasa baik je aku stay je. Tapi banyak je lagi alasan yang membuatkan aku nak blah je..
  1. Bila weekend aku nak je lepak sepanjang hari dengan tak mandi, rambut serabai, taik mata bertempek (biar la tak senonoh pon). Baring tengah2 rumah sambil layan DVD Jepun. Nyanyi lagu kuat-kuat. Buat yoga terbaring meniarap. Makan megi sambil tengok TV.
  2. Bila weekend aku nak je keluar dari pagi sampai petang/malam tanpa perlu risau nak kena balik cepat. Even hari biasa pon aku nak je lepas keje pegi gym ke, pegi tengok wayang ke, pegi makan ke.
  3. Aku nak je pakai baju tido je sepanjang hari. Ini kalau sepupu aku ade jadinya weekend tu aku langsung tak bukak tudung la. Rimas jugak. Rambut pon tak sempat kering.
  4. Aku pening la duduk rumah kecik. Walaupon dah dekat setahun aku still rasa rumah flat sangat sempit. Aku ni dah biasa duduk rumah kampung, ruang tamu luas, bilik luas, dapur luas, laman luas. Pening sangat bila keluar bilik, situ lah ruang tamu and dekat2 situ la jugak dapur. Sah2 kalau ada orang datang, lagi la tak dapat nak bernafas je rasanya.
  5. Bila pagi2 breakfast tersedia, balik keje baju dah siap basuh and lipat, makan malam dah siap masak. Aku jadi malu. That's why bila weekend aku cuba sedaya upaya untuk kemas rumah, jemur baju walau pon hakikatnya aku sangat malas. Aku malu sebab aku tak pandai masak. And yang paling malu bila masak megi pon mak long suruh abang sepupu aku yang masak. Aku pandai je setakat masak megi, nasi goreng tu. Tapi mesti sebab dia ingat aku tak tau dia tak suruh aku buat. Malu!
Maybe reason aku tu tak konkrit. Selfish. Ungrateful. Tapi itulah aku rasa.

Problem jugak untuk aku nak menyuarakan hasrat nak duduk sendiri. Rasa tak tercakap je nanti. Dengan Pakcik and Makcik aku tu tak sihat. Macam aku ni melarikan diri la pulak. Tapi aku macam dah tak tahan je. Aku nak bebas!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Bebas berlari.

Monday, July 26, 2010

Bosan

Bosan.
Bila kena bertanggungjawab.

Bosan.
Bila kebebasan terbatas.

Bosan.
Bila tak de privasi.

Bosan.
Bila kena berpura-pura.

Bosan.
Bila malas kena buat-buat rajin.

Bosan.
Bila mendengar cerita yang aku tak nak dengar.

Bosan.
Bila dikatakan something that I'm not.

Bosan.
Bila aku cakap orang tak paham.

Bosan.
Mengharap pada yang tak pasti.

Bosan.
Bila diperlukan je baru orang buat baik.

Bosan.
Bila ada je perasaan tak puas hati.

Yang pasti aku BOSAN yang amat!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Fed up!

Thursday, July 22, 2010

Ssetok Karong




Ssetok Karong (Direct Translation: Tersentak Mengkarung. Haha). Tapi kalu bahasa bandornye terik mengkarung or simpul biawak. Kalu bahasa omputihnye Charley Horse. Aku pon tak boleh nak relate kaitan mengkarung, biawak or even kuda. Haha. Tapi mungkin kuda boleh relate sket sebab kaki panjang and maybe sokmo cramp. Tapi bewok ngan karung pe kaitan??

Malam mareng aku kena ssetok karung ni tapi kaki belah kiri. Malam tadi kaki kanan pulak. Memang sakit yang teramat la. Petua orang cakap bila kaki cramp, tarik ibu jari kaki. Tengah2 cramp camtu nak tarik ibu jari sikit punye seksa. Bila dah dapat sentuh and tarik ibu jari kaki tu Ok la sket. Aku memang sokmo je kena. Maybe sebab sejuk. Tapi mengikut pen'ggoogle'lan aku antara faktor-faktor penyebab ialah:-
  • Ketidakseimbangan hormon - memang hormon aku kejap OK kejap tak OK. PMS je manjang. Ade kaitan ke??
  • Dehydration - Walau pon aku minum air segelas je sehari tapi skang ni musim hujan je manjang. Possible ke?
  • Kekurangan Potassium atau Kalsium dalam darah - Ni mmg btol kot.
  • Tapi mugkin disease yang lebih teruk seperti amyotrophic lateral sclerosis and neuropathy - harap2 bukan ni la. Ape benda penyakit pon aku tak tau. Nampak macam bahaya je.
  • Pregnant women (ni bukan kes aku la).
Walau pon sakit lagi bangun pagi tadi, aku rase hepi je, bukan hepi kaki cramp tapi hepi sebab orang yang aku tunggu2 panggila teponnya, telah menelepon aku malam tadi. Tapi yang tak bestnya dia tepon tengah kaki aku terssetok karong. Dah la aku dah tido time tu. Tengah2 aku tekan butang "answer" tu la kaki aku jadi sekejang-kejangnya.

Part bodonye pulak, aku hanya mampu cakap "Kaki saya kebas! Kaki saya Kebas! Kaki saya Kebas! @#%^&&&....zzzz..
Aku tak tau la brape lama dia tunggu dengar aku cakap camtu. Aku dah la mamai plus sakit. Haha. Malu. Yang aku ingat dia cakap "Nanti saya telefon balik esok". Tengok la malam ni camne. Hampeh btol la aku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Awak tolong lah tepon saya malam ni (desperado gile aku kan?)

Wednesday, July 21, 2010

Keje ofis/Tagged

Hehe. Walau pon bukan main lagi entry kata nak stop blog for a while, tapi bila ada tagged aku tak boleh nak resist. Apatah lagi beserta dengan award "Best Stalker". Tagged from Miss labi.

1. Bagaimana anda dapat menjadikan blog anda sebagai medan dakwah?

Terasa malu bila baca soalan ni. Masa awal-awal dulu aku ada terpikir untuk jadikan blog ni medan muhasabah untuk diri sendiri (mungkin juga untuk fellow readers yang lain). Tapi bila mengenangkan ilmu agama yang cetek ni tak mampu rasanya. Jadi aku hanya follow blog dakwah orang lain sahaja. Dengan cara ni maybe orang yang terbaca blog aku, akan terklik blog dakwah ni.

2. Sumbangan anda selama menjadi blogger.

Meramaikan blogger di Malaysia dan seantero dunia.Haha. Bapak perasan.
Dari segi lain aku tak berapa menyumbang kot.
Tapi dari segi menghiburkan hati sendiri dan juga kawan-kawan mungkin ada. Ada ke?

3. Apa yang anda dapat sepanjang menjadi blogger? (positif dan negatif)

Positifnya ialah:-
  • Ada tempat nak bercerita. Tempat nak luah perasaan. Walau pon tak ramai pembaca tapi aku tau there's someone important yang baca (ditujukan khas buat Miss Labi, sebab mg je sokmo pon tempat aku luah nape-nape, tapi bila tulis kat blog ni nampok cool sket. Haha). And my sister. I know you are reading. And my loyal readers. I know you are reading too. At first tak kisah pon ade orang baca ke tak, tapi bila tau ada orang baca rasa happy because at least there is someone out there willing to read my story. (Many thanks!)
  • Menajamkan skill mengarang. Maklumlah lama doh tinggal zaman skoloh.
  • Dapat duit. Tu pon baru je belajar letak nuffnang kat blog ni. Sebenarnya kalau tak dapat pon tak pe. Saje suka2.
Negatifnya ialah:-
  • Aku sokmo berblogging ketika di ofis. Walau pon aku siapkan semua keje tapi secara etikanya memang salah. (Tau tapi buat jugak)
  • Blog dijadikan tempat mengumpat. Kalau sekadar lepas geram OK je. Tapi kalau dah termengumpat orang memang tak OK.
  • Keje nak klik iklan je sebab nak suh dapat banyak duit (sape ntah cakap tak kisah pon kalau tak dapat duit. Ghee.)
  • Aku punye hasrat untuk berblog untuk diri sendiri macam da jadi berblog kerana orang lain. Jadinya kena kembali ke jalan yang benar ni.

4. Blog yang jenis macam mane (pada pandangan anda) yang anda suka stalk?

Kalau ikutkan aku suka blog yang lebih pasal diri sendiri. Best jugak baca cerita orang ni. Tapi semua blog pon layan yang penting cara penulisan dia best. Walau pon aku nye penulisan ni bukan lah bagus tapi aku memang pilih blog yang penulis dia pandai2 tulis je. So aku akan sentiasa stalk blog dia. Tapi masih tak brani nak tinggal komen. Nak buat anonymous macam coward pulak. So baca je la komen orang.
Terus terang yang aku follow tu tak semestinya aku suka. Ada satu blog ni aku memang tak berapa suka entry dia. Sebab mengutuk kaw2 punye. Pastu bila ade orang komen kompem kena hentam balik. Aku rasa dia ni mesti jenis nak orang setuju je ngan pendapat dia. Tapi aku tetap stalk juga blog dia. Sebab banyak je point dia yang bagus2 cuma cara penyampaian tu aku tak berapa nak berkenan.

5. Tag 5 orang rakan blog anda.

Medai aka nida, miss_ummi: silalah la ye kalau rajin.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Aku pernah jadi stalker terhebat suatu ketika dahulu.

Tuesday, July 20, 2010

Idea

Aku kekeringan idea.

When I first start blogging, idea tu mencurah-curah je. Ade je benda nak tulis. Tapi dari semalam aku tak leh nak pikir ape yang aku nak tulis kat blog.

Nak tulis pasal my love life. I guess I never been lucky in that department.

Nak tulis pasal my social life. Erm. I'm not that sociable.

Nak tulis pasal my daily routine, It's so damn boring!

Actually, just balik kampung last weekend, but still have nothing much to tell. My camera with my cousin. So I can't snap interesting picture even if I want to.

And nak buat entry pasal Mi-chan, my dearest brother's cat. But without the photo, the entry tak complete la pulak.

In my first entry, I mentioned that, taknak jadikan blog ni tempat untuk mengata orang. Tapi ada je entry pasal tak puas hati ngan orang. Better stop. Buruk perangai aku nih. That's why aku kekeringan idea. Idea mengutuk ade je dalam kepala aku ni. Idea baik2 susah sket.

Till I have something interesting to tell, I gonna stop for a while. (Macam la ada ramai orang baca blog). Anyway to my dearest reader, thanks for reading my blog. Ja ne.

Kalau2 esok aku ade buat entry jangan gelak2 pulok. Aku just nak menyepi for a while je. Hehe.:)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Bored

Monday, July 19, 2010

Lost Treasure

Balik kampung hari tu aku hantar CPU gi format. Ni dah kali kedua format. Tapi sebab ada budak nakal kat rumah everytime format pon jadi hang balik PC tu. Biasa la budak tengah naik. Ade je game baru yang dia nak install kat PC buruk tu. Pulaknya thumbdrive dia tu berjuta-juta virus pon ada. Adeii. Bila aku tanya tuan kedai format tu dia kata virus melampau2 and banyak file yang tak boleh diselamatkan lagi.

Nasib baik lah semua video2 klip Jpop aku ada lagi. Tapi yang ni boleh je download lagi sekali kan. Yang memang dah tak de gambar2 start dari Zaman universiti sampai la kenangan2 aku di PLKN. Video aku menembak guna M-16 pon dah hilang. Baru berangan nak upload kat blog ni. Geram. Nak ketuk kepala budak dua orang tu memang tak guna pon. Lagi sengih2 tanpa perasaan bersalah ada la.

Bercakap pasal treasure hilang ni, aku teringat pasal DVD Jdorama aku yang orang pinjam tapi tak pulang. Sampai sekarang aku teringat-ingat lagi kat semua cerita kesayangan aku tu. Aku rasa orang yang tak paham sentimen value memang boleh buat selamba badak je. Boleh je cakap kat aku "Oloh Na, DVD je, buleh beli hok lain", Memang boleh beli tapi semua tu pakai duit. Dah la semua cerita kesayangan aku. Gokusen 1, Gokusen 2, My Boss My Hero, Attention Please SP: Hawaii, Proposal Daikusen SP. Citer best blake tu weh. Aku harap sangat kalau orang ni boleh pulang (ganti balik, sebab aku kompem dia dah hilangkan) DVD aku tu. Aku tak de harta lain, tu je la harta aku. Ha3.

Tapi kalau dah hilang kompem tak dapat balik dah. Just yang ada ingatan dalam kepale je.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I Love my "buddy" so much

Wednesday, July 14, 2010

My mistake?

Dari pagi masuk keje sampai skang dah pukul 10.00 pagi apa pon tak buat. Patut la pagi tadi rasa tak sedap hati je. Rupanya akan ada problem kat ofis. Handphone tertinggal. Biasanya kalau aku tertinggal handphone ni, ade la tak kena dalam pikiran aku ni.

Sampai2 je kat ofis akak receptionist tanya aku "Semalam sapa last balik?. Kompem. Tau dah. Sah la trouble nih. Mesti tak tutup aircond semalam. Memang aku antara orang last balik semalam, and memang aku tak double cek whether aircond dah tutup belom sebab aku ingatkan akak lagi sorang dah cek. So aku admit. My bad. My mistake?. And tak boleh nak salahkan budak Radicare tu sebab dia baru lagi. Maybe dia tak tau.

Yang aku geram sebabnya aku memang akan sentiasa double check. Kenapa la semalam aku tak cek. Kenapa la aku megharapkan orang. Pengajarannya jangan megharapkan orang. Sebab nampak gaya macam aku sorang je akan kena blame nih. Bos aku kompem tak de masalah punye. Tapi yang double trouble or should I say triple trouble nye the Honorable Guardian of the Floor a.k.a Miss tak boleh tengok tandas basah a.k.a Miss cannot eat at your cubicle a.ka. Miss racist toward the part timer a.k.a Miss the permanent always right a.k.a Miss cant open the front door eventhough the front door just next to her room!

So just tunggu la camne nanti. Malas nak pikir dah (walaupon dari tadi asyik pikir je).

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Trouble in cubicle

Monday, July 12, 2010

Award/Tagged

Ade award or maybe tagged, of course cam besa from my BFF cik Labi..

1.Menarik tentang diri anda?
Nak suh aku puji diri sendiri ke korang nak tolong jawabkan?
Aku pilih puji la, bukan sokmo orang puji aku. Haha. Urmm..Nape dok tau hok menarik.
Nok kate lawa, boleh la anggap come je, nok kate body lawa, anggap la sedap mata memandang (hakikatnya sedap ke??haha).
Tapi hok paling menarik aku rase aku ni rajin. Rajin tido, rajin baca komik, rajin layan DVD, rajin tido (eh. 2x sebut tido. Napok sangat suka tido..hua3)

2.Ramalan anda pemenang World Cup tahun ini.
Saya ramal Sepanyol. Rase2 anda btol tak ramalan saya?Ha3

Ok la sebenarnya aku tak dok ramal sape2 pon. Aku just mengharapkan Jepun buat kejutan menang. Walaupon kompem susah punye.

Tapi seyes aku dok pernah pon sokong negara. Aku sokong team hok ade pakwe2 aku je. Macam dulu aku sokong Italy sebab ada Inzaghi ngan Cannavaro. Zaman budak2 dulu sokong England sebab ade Beckham ngan Owen. Sokong France sebab ada Trezeguet. Yang pasti aku tak penah sokong Christiano Ronaldo ye.

3. Color baju anda hari ini?
Cokelat

4. Laman sosial kegemaran anda?
Saya tak suka bersosial sosial ni. Apatah lagi di tengah2 laman..:0)

Aku tak suka facebook, friendster, myspace, tagged, Hi 5 ke. Aku just buat sebab nak get in touch ngan kawan2 je.
Aku maybe suka sket Flixster kot sebab ade info pasal movie baru.

5. Kasi kat 5 orang yang layak dapat award ni:



-Miss labi (nok buh gok name mg)
-Ain-guzzle
-miss-ummi
-medai a.k.a nida

dan semua pembaca tersayang.LOL.

p/s: sorry la malas nak buat link. Copy paste je la ye.


Kipas Susah Mati aka Die Hard Fan

Aku memang mengaku aku ni kipas susah mati Jdorama, Jpop or semua yang seangkatan dengannya. Tapi even sebagai peminat tegar ade perkara yang sangat tak berkenan di hati aku. So aku dengan rajinnya menyenaraikan perkara2 yang kadang2 membantutkan selera aku di kala tengah sedap mengadap cerita:-

1. Part berjalan. Aku geram btol bila tengok pakwe2 aku tu berjalan macam model catwalk tak jadi. Korang paham tak? Kalau jalan sraight je tak boleh ke? Aku tak tau la ni memang style cara jalan or memang budak2 Johnny tu kene paksa jalan camtu. Sah2 kalau pakwe2 aku tu yang spesies tingginye macam aku je. Buruk bebenor. Contoh terbaik Ryo chan ngan Yamada. Korang da la hensem tapi jalan tu selalu spoil mood aku. Tak tau kalau dalam dorama je camtu. Harap2 la.

2. Part yang tak boleh diterima akal pikiran. Contoh macam Sisterly Love. Boleh pulak ko nak kat adik sendiri. Da la tido sebilik. Boleh pulak cium2 and lebih. Memang takde akhlak la. Aku rasa tak kisah la agama ape pon. Mana la boleh ko *tut* ngan adik sendiri. Adoii!! Ajaran sesat btol. Camne la cter ni boleh lepas kat Malaysia. Yang tak tahan pelakon aku suka plak tu berlakon. Hampeh btol.

3. Yang hero terlebih cool sampai ko rase dia dah tak cool langsung. Aku benci btol la pakwe2 aku yang kakkoi tu kena berlakon over. Nak contoh ke? Banyak. Tapi yang aku paling geram Yamada dalam Scrap Teacher (Yamada lagi). Adik, ko da la come, muka ala2 pompuan gitu, bila ko try buat ganas akak rasa macam klakar terus akak ngantuk tengok.

4. Pasal SP or The Movie. Aku da tertipu banyak kali jugak. Ingatkan SP tu btol2 la special padahal just cut scene yang best2 pastu letak jadi SP. Contohnya LAst Friend. Bukan main semangat aku beli SP dia. Last hampeh! 2 minit awal cter je scene baru. Yang lain sume scene dorama. Densha Otoko pon camtu jugak. Geram! Aku tak tau la kot yang dvd Malaysia je macam tu. Kot2 la kat Jepun tu memang totally new scene.

5. Bila cerita yang aku beli aku tak mampu nak habiskan sebab sangat tak best. Bila aku forum ngan madu2 aku di seluruh dunia ada yang promote kaw2. Aku pon beli la. Last2 hampeh. Malas la nak cakap cter ape. Kan spoil pulak.Ha3. And nanti aku dituduh curang pulak.

6. Part pakai lip gloss. P chan kalau abang tak pakai pon abang dah sure hensem. Memang la ramai je artis2 pakai lip gloss dalam movie ke ape ke. Tapi tolong la jangan ketara sangat. Contohnya P dalam PV Loveless. Bukan main air mata kuar, mulut nampak je gloss bling2.. Haha. Gomen P. Jin dalam Yukan club pon gitu jugak. Adoi..

Haha. Ni la antaranya. Kadang2 kita suka camna pon mesti ade jugak bahagian yang kita tak suka kan.

Baru beli Nodame, Scrap Teacher and Buzzer Beat semalam. Nanti nak buat review.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Suka Sushi

Breaking the Siege: In the spirit of Rachel Corrie & Mavi Marmara


When I first received the invitation, I'm all set to attend the conference. I know it's going to be a good conference. Bila sampai sana pagi tu, I got the feeling I might be crying today. Semua pon ada, all kind of people, different races, Malay, Chinese, Indians, Arabs, Western, different colors, old and young all came together to show our support towards the Palestinian. All for the name of humanity. Ada rasa sayu yang tak terungkap.

The conference started with multimedia presentation. Masa ni la aku rase semua orang pon menangis. Memang tak tahan la tengok. Video tu tunjuk Doktor nak selamatkan seorang laki yang kepala dia sampai paras hidung dah hancur. Berlubang. Tapi masih bernyawa lagi. Doktor masukkan tangan dalam lubang tu. Letak kain nak tahan darah keluar. Sedih sangat. Yang part mayat bergelimpangan tu tak payah cakap la. Ya Allah. Tu je mampu diucapkan. Sampai hari ni aku gelisah sangat. Teringat video tu.

Antara sesi conference; key note address by Tun, Session A: Freedom Flotilla - Eyewitness Accounts, where the panels are Mr Denis J. Halliday, Mrs Jenny Graham, Dr Hasan Huseyin Uysal (Yes, he's the one who treat the wounded Israeli soldier), Ashwad Ismail, Prof Michel Chossudovsky (aku memang kagum ngan prof ni sebab dia memang lantang bersuara). They are sharing about their experience when their ship hijack by the Israeli commandos.

Session B: Life in Gaza, a very interesting session but unfortunately aku balik dulu. Sebab lapar sangat. Segan nak lunch walau pon lunch disediakan sebab aku sorang2. Teruk betol aku sebab lebih pentingkan perut dari nak dengar sendiri pasal pengalaman saudara2 aku di Gaza.Hu3. Session C: A call to action. So tak tau jugak ape action yang akan dibuat.

But aku just nak qoute balik yang Ashwad cakap, Lebih kurang camni la " Eventually people will get bored (about Palestine) because we keep on talking the same thing over and over (without any solution), but please bear in mind this is not and overnight process..." Aku pon rase btol apa yang dia kata tu. Lama2 isu ni akan jadi basi. (when flotilla tu kena hijack, sume pakat tukar profile Gaza kat Fb, bila tiba WC sume tkr gambar football player..enough ke kalau support camtu huh?). I guess memang manusia mudah lupa sebab tak alami sendiri.

Apa yang aku boleh kata, So much had been said, So little action, for sure a lot more to be done. Right now aku hanya mampu support this way je and berdoa pada Allah semoga satu hari nanti bumi Palestin akan jumpa keamanan. Amin.

----------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Bersyukur dengan segala nikmat Allah

Thursday, July 8, 2010

Anak, Mertua, Menantu

Memang tak dinafikan mertua ngan menantu memang susah je nak ngam. Ni biasanya kes mak mertua ngan menantu perempuan la. Mesti ade je adegan2 mertua vs menantu yang tak berapa best berlaku. Tapi apa pun sebagai menantu memang kena hormat mak mertua. Bila da kawen mak mertua tu da jadi macam mak sendiri la. Tak boleh derhaka. Memang la aku macam pandai cakap je. Sebab tak merasa lagi ada mak mertua. Tapi kalau aku tak boleh nak sayang macam mak sendiri pon aku akan hormat sehormat yang boleh.

Pasal anak pulak, kalau aku ditakdirkan ada anak, aku sebolehnya tak akan suruh mak mertua aku jaga. Mak aku pon aku tak akan mintak, aptah lagi mak mertua. Kalau mak aku offer mungkin aku akan pertimbangkan la (Hehe). Sebabnya tak kesian ke kat mak2 kita. Da la dulu time kita kecik da jaga kita, pastu dah tua ni nak suh jaga anak kita pulak. Orang tua memang la suka cucu. Tapi setakat jaga camtu je la, jangan la nak suruh orang tua tu macam baby sitter or pekerja nursery.

Aku kenal sorang menantu perempuan ni. Memang la dia bekerja. Aku paham bab tu. Mak mertua dia yang jaga anak2 dia time dia and husband pegi keje. Yang bab ni pun aku paham. Yang aku tak paham..
  1. Bila menantu ni yang sepatutnya habis keje kul 5 tak balik2 ambik anak sebab nak tunggu husband dia yang habis keje kul 10 habis keje baru boleh balik rumah or pegi kuar ngan kawan dia sampai malam.
  2. Bila mak mertua call pukul 4 cakap anak sakit, pukul 9.30 malam baru nampak muka.
  3. Bila mak mertua akan masak lebih and hantar makanan kat rumah, tapi menantu tak pernah ada effort untuk masak something bagi kat mak mertua.
  4. Bila hari minggu ada je aktiviti, tapi tak penah jenguk mertua, tanya khabar walaupun tahu mertua tak sihat.
  5. Bila mengharapkan orang jaga anak pada masa dia boleh jaga.
  6. Bila pukul anak and tengking anak depan mertua.
  7. Bila mertua bagi anak keropok boleh je rampas time2 tu jugak sebab taknak anak makan.
Aku rasa semua di atas tu bukan sebab mak mertua jahat, tapi sebab menantu yang ignorance. Aku just berharap menantu ni sedar and bila mertua dah stat panahan laser berapi jangan salah kan orang. Salahkan diri sendiri!

Mungkin kalau orang berkenaan baca blog ni, Dia akan berubah dan lebih menghormati mertua ATAU mungkin dia akan bergaduh ngan aku, ATAU dia dah taknak hantar anak ke rumah mertua lagi ATAU dia dah tak bagi aku pegang anak dia. Walau apa pun semua di atas satu pon tak merugikan aku. :))

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Isteri dan anak solehah

Wednesday, July 7, 2010

Aku geram btol..

Aku geram btol bila...

Dia: Nabilah, tak pegi ke?
Aku: Pegi ape?
Dia: Talk
Aku: Talk ape?
Dia: Talk dari Dr N.
Aku: Tak tau pon
Dia: Yang derang nak pegi tu la, kat bilik meeting.
Aku: Tak de email pon. Tak inform pon.
Dia: Takkan tak nampak derang sibuk2 pegi tu.
Aku: Tak panggil pon (dalam hati !@#$%^&*)

Aku memang bengang bila tanya camtu. Patutnya ko datang and explain, "Nabilah, skang ada talk kat bilik meeting, sume boleh attend". Cakap la mcam tu. Ni pegi tanya "tak pegi ke?". Da la tak tau hujung pangkal pastu main terjah je. Sape2 pon geram. Dah la bos tak inform mesti la kita tak brani nak masuk. Silap2 talk tu tuk bos2 je. Tak ke malu kalau salah masuk.

Dia ni memang selalu sangat buat camtu. Kalau cakap memang menyakitkan hati orang je. Sama jugak kalau nak bagi something "Nah" je. Patutnya explain la dulu ape2. Bila orang tanya "ape?" boleh je jawab, "taknak baca sign je" (just FYI kt ofis aku ni ape2 yang kena baca kena sign plak lepas tu tuk acknowledge yang korang da baca). Patutnya ko cakap la "Nah, buletin bulan ni, lepas baca sign ye". Kalau nak kata penat nak cakap kat sorang2 macam tu, kat unit kita ade berape kerat la sangat. Kalau malas cakap, email la.

Lagi satu pasal surat, main letak je atas meja. Buatnya kalau orang tak terperasan surat tu mau malapetaka. Dah la pasal meeting, bukan meeting kecik2, dengan Pengarah plak tu. Kan naye. Nasib baik la perasan. Boleh plak tanya "tak baca eh, ade atas meja". Helloo. At least kalau nak letak atas meja pon letak la sticky note kaler2 tu. Baru la orang perasan. Ingat atas meja aku ni ada sehelai kertas je ke!

Yang tak tahan, kalau dengan bos bukan men lembik cakap. Macam perempuan Melayu terakhir. Ngan laki pon sama. D'ene dok patut haruh. Patutnya assist kitorang bukan kitorang yang kena buat keje dia. Da terbalik pulak. Kan start cakap pasal pangkat terasa pulak. Memang nak kena tegur jugak dia ni.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Angin puting beliung

Never say never

By: Justin Bieber ft Jaden Smith
See I never thought that I could walk through fire.
I never thought that I could take the burn.
I never had the strength to take it higher,
Until I reached the point of no return.

And there's just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It's my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,Pick it up,Pick it up,Pick it up up up,
And never say never.

I never thought I could feel this power.
I never thought that I could feel this free.
I'm strong enough to climb the highest tower.
And I'm fast enough to run across the sea.

And there's just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
Cause this is my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,Pick it up,Pick it up,Pick it up, up, up,
And never say never.

Here we go!
Guess who? JSmith and Jb!
I gotcha lil bro.
Hold up, aight?
I can handle him.
Now he's bigger than me, Taller than me.
And he's older than me, And stronger than me.
And his arms a little bit longer than me.
But he ain't on a JB song with me!
I be trying a chill
They be trying to side with the thrill.

No pun intended, was raised by the power of Will.
Like Luke with the force, when push comes to shove.
Like Cobe with the 4th, ice water with blood.
I gotta be the best, and yes
We're the flyest.

Like David and Goliath,I conquered the giant.
So now I got the world in my hand,
I was born from two stars
So the moon's where I land.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,Pick it up,Pick it up,Pick it up, up, up,
And never say never.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,I will not stay on the ground.
Pick it up,Pick it up,Pick it up,Pick it up, up, up,
And never say never.

My View: Sejak 2 minggu ni aku jadi addicted giler ngan lagu Never Say Never ni. Tiap2 malam duk ulang sampai la ngantuk. Sampai lirik pon dah boleh hafal dah. Stat2 addicted sangat sebab tengok Karate Kid la.Lirik dia macam motivasi jugak. So sesuai tuk orang yang tengah down. Tapi part aku paling suka "I was born from two stars, So the moon's where I land". Since Jaden ni kan anak Will Smith and Jada Pinket Smith, they both stars. So lucky for Jaden and that's why macam dia boleh gi landing kat bulan (everything is easy for him I guess)

My Rate: 10/10

p/s: Still cant upload the vid. Aku yang tak pandai or mmg tak bleh??
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I'll never say *****

Tuesday, July 6, 2010

My Pathetic Life

So they Said. Pathetic.

Actually aku suka je life aku. Even orang nak cakap pathetic ke. Kesian ke. I am happy. Even not overly happy but I can proudly say that I am happy.

Bagi aku tak pathetic pon jika weekend aku dihabiskan dengan lepak kat library or kedai buku the whole day. Dah aku memang jenis suka baca (walau pon buku pelajaran excluded). Aku rasa life aku meaningful gler bila boleh lepak kat library or kedai buku. Btw, derang ni tak tau ke library tu bukan semestinya baca je. Boleh je Online, lepak2 makan, dengar CD. Kedai buku skang bukan macam stall tepi jalan or bukannye kena marah macam time dulu2 bila korang curik2 baca. Skang ni tak payah curi2 baca. Memang ko boleh baca and siap lepak minum kopi lagi. That's why bila weekend je aku rajin je nak menapak ke library. Lepas pegi library pinjam buku terus ke KLCC lepak2 kat Kinokuniya. Baca buku, baca majalah, cuci mata tengok orang encem..haha..

And aku tak rase pon shopping sorang2 tu macam kesian. Kadang2 geram je kat promoter or cashier. Boleh plak tanya "sorang jer?". Da tu ade nampak ke saya jalan ngan sapa2. Bila derang tanya ada jugak la terdetik rase kesian kat diri sendiri. Tapi kejap je la. Aku memang tak suka sangat bawak kawan kalau aku ade benda nak beli. Sebab bila aku nak masuk kedai yang aku suka kawan buat muka tak suka. Asyik nak ajak masuk kedai yang dia suka je. So tak brape unfair di situ. Aku pon decide yang aku akan pegi je sorang kalau aku nak beli benda yang take time untuk pilih. Contohnya kasut dan beg. Boleh aku bershopping dengan tenang dan aman. Menapak ke kedai2 yang aku suka tanpa perlu rushing.

Kalau sekadar window shopping memang best bawak kawan. Especially yang stamina menapaknya kuat dan tak merungut-rungut. Tapi satu je la sejak dah keje ni aku tak suka sangat dah bershopping moping ni. Sah2 kalau time sesak and ramai orang. Maybe sebab tau duit tu susah nak earn. Yang pelik time studi dulu rajin gile pegi shoping and window shoping. Padahal duit PaMa ngan duit PTPTN. Lagi teruk.

Bab tengok wayang je la aku belom penah gi tengok sorang2 lagi. Tapi mungkin akan aku buat. Sebabnya mungkin lagi best kot and suka ati je la nak tengok cter nape pon. Sokmo je cter yang aku rase nak tengok orang tak berminat. Cter orang nak tengok lagi la aku tak minat. Macam Nana Tanjung. Aku pon pelik camne orang boleh pilih cter tu berbanding Gubra, Mokhsin or Sepi ke. But depend on taste masing2 la.

Weekend ni nak gi beli barang la. Haha..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Not pathetic enough

Monday, July 5, 2010

Baka!

Baka! Baka! Baka!
Atashi honto ni baka da yo ne (haha..tak tau la betol ke tak)

Rase macam bodoh giler.Bakpe la time orang puji aku tersengih-sengih macam kerang busuk???Boodooh. Patutnya aku buat2 cool je. Buat2 tak kesah. Buat2 tak ambik peduli. Aku pon tak tau la bakpe yang aku galok sangat nok sengeh2..Kan da menjatuhkan imej aku yang tak makan dek pujian selama ni. Benci la diri sendiri yang cepat sangat excited nih.

Aku rasa bodoh tu sebabnya aku tak rasa pon pujian tu betol. Aku tak deserve pon dipuji sedemikian rupa. So bila aku tersengih2 aku telah menyebabkan orang yang tak puas hati akan lagi tak puas hati. Dan mesti dia rasa aku ni easy to fool. Stupid! Even kalau pujian tu betol tak payah la aku nak tunjuk sangat ke'excited'an aku tu.

Rasenya ramai je orang macam ni wujud kan. Buat2 puji padahal sebenarnya just nak menguji or nak tengok reaksi kita camne kan. Bencinya! Dah la orang akan bertambah menyampah ngan aku. Hanya aku je paham problem ni. Bukan la aku heran sangat kalau orang tak suka aku tapi lagi la suka kalau hubungan tu tak ade masalah. Sampai sepanjang weekend aku dok pikir pasal ni je. Aku pon tak paham ngan diri sendiri. Adoii.

Dah la weekend tak productive langsung. Tido je manjang sampai pening2. Rasenya memang skang ni tak boleh la bangun lambat sangat. Kalau tak mau pening sepanjang hari. Dah la hujan tak boleh nak gi joging. Nak buat yoga pon keadaan tak mengizinkan. (Ni alasan orang nak kurus tapi malas..haha).

p/s: Nak tengok The Last Air bender tapi tak de geng.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Baka mitai

Friday, July 2, 2010

Dim Sum-ing


Went to eat Dim Sum at Quality Hotel during lunch. The Dim Sum is nice, the price is affordable and the most important is HALAL. So for those who's craving for Chinese Cuisine maybe can drop to Meisan Szechuan Restaurant at Quality Hotel.

My stomach is full with Dim Sum right now. Feel like sleeping. And it's nice once in a while go out with my colleague from work. Maybe can go again next time.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Still craving Auntie's Anne Chocolate Eclair pretzel

Tilawah vs World Cup

World Cup kali ni aku langsung tak berminat nak tengok. That's why aku langsung tak buat review pasal WC kat blog aku ni. Rasanya zaman bangun pukul 2 untuk tengok bola da lama berlalu. Aku ingat last WC aku siap bergaduh ngan ayah aku pasal nak tengok match. Aku biasa la penyokong setia Italy and ayah aku of course la Brasil. But that was empat tahun lepas punya story di mana Italy menang and ayah aku tengok final match tu tak habis sebab frust Zidane tanduk Materazzi. Sedeh benar nampaknya ayah aku time tu..hehehe...Aku melompat excited sebab Inzaghi ku menang..

OK. Back to the title. Agaknya bape ramai di tengah2 kegilaan WC ni sedar sekarang ni berlangsungnya Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 (2010) kat Dewan Saadah, Kota Kinabalu. OK. Maybe ramai yang sedar. Tapi berapa ramai yang memilih untuk tengok Tilawah over WC match?? Hurmm..masing2 jawab la..Aku? Kalau aku, aku pilih tido.

Aku bernasib baik sebab aku duk ngan Pak sedara and mak sedara yang memang akan pilih Tilawah berbanding WC. Jadinya sepanjang berlangsungnya Tilawah aku tengok jugak la sekejap before masuk tido (sebenarnya masuk bilik buka laptop and layan DVD). Agaknya kalau aku duduk sorang, eventhough aku bukan lagi peminat tegar WC, aku pilih WC jugak. Kalau tak pon aku pilih tengok/ buat benda lain..

Aduh susah benar kalau menuju ke jalan kebaikan kan..Panggilan dunia yang lagha lagi hebat..HUHUHU..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Harap Terengganu boleh juara Tilawah tahun ni.

Thursday, July 1, 2010

Bila orang berbuat baik

Bila orang buat baik kita kadang2 mesti ade terdetik kat hati "Pehal dia ni buat baik, ade ape2 ke?"

Aku selalu je terdetik camtu. Biasanya dengan orang yang tak berapa rapat, yang hubungannya dengan aku suam2 suku aje la and jugak orang yang langsung tak dikenali. Biasalah mak kita kan ajar jangan cepat percaya kat orang yang kita tak kenal..

Contohnya semalam, dalam bas, ada la warga Bangladesh ni (tak sure, maybe jugak Pakistan), dia offer aku tempat duduk dia. Da la ni kali kedua or ketiga dia offer seat dia. Dulu pon dia pernah offer. That's why aku notice dia. Jangan la kata aku usha dia pulak.Tu yang buat aku menolak. Aku perasan dia nampak je aku mesti dia nak offer. Padahal ramai je lagi makcik/pakcik warga emas/wanita yang lebih berusia dari aku (skema pulak ayat..haha). Ke dia nampak perut buncit aku ni macam pregnant women (harap2 tidak la..hehe)?

Aku tak tau kenapa aku skeptikal sangat dengan pertolongan dia tu. Adakah sebab pendatang?
Kalau di tempat dia tu laki Malaysia yang bapak ensem aku rase kompem aku terima je offer kot. Aku sebenarnya tak de la anti pendatang ke apa. Aku sebenarnya kagum ngan diorang ni. Sah2 kalau buruh kontrak bangunan tu. Diorang ni sanggup keje berat2 sebab nak tanggung family. Tapi aku lagi suka kalau diorang tak kacau aku or buat any attempt untuk bercakap or berbuat baik dengan aku. I guess sebab berhati-hati.

Macam kawan2 pon bila derang buat baik mesti kita tanya "Bakpe baik sangat ni? Ade ape2 ke?" Even dengan adik aku pon aku kate "bakpe cium Kakna ni, nak nape?" ( tapi yang ni aku kompem memang dia nok something tu..haha)

Aku pon tak tau bakpe tak bleh je terima kebaikan orang tu sebagai dia memang baik and ikhlas..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Janganlah baik aku disalah erti