Wednesday, December 28, 2011

The chronical of my careless driving

Yesterday I hit someone car when I reverse my car. So frustrated. Why so careless. My so called alasan is that I woke up at 2am and drove all the way back from Terengganu to KL. Arrived in KL at 9.45 am and straightaway go to the office.

After that, attending a stupid meeting at some stupid government office. Why they stupid? They called and ask me to go NOW and when I'm almost there the meeting was postponed to 2.30. The stupidest things is they dont even bother to call. Lucky that my contractor called and inform. Well that's is the stupidity that cant be accepted whatever the reason is.

And at 5.30pm in heavily raining day, I reverse but only look at my right side. When I check my left side I saw the car, tapi kaki aku tetap jugak kental pressing the accelerator eventhough my brain dah bagi arahan kat kaki to press the brake.

Am my alasan acceptable? I'm so damn tired yesterday.

This is yesterday. Lucky that the man that I hit tu kata tak payah bayar. Masing2 just bear their own cost. Alhamdulillah. Kalau tak seksa jugak aku nak membayarnye.


This is a few months back. Not my fault. A lady tak sempat potong and terus scratch my baby. She doesnt even pay the money yet because we promise to go to the workshop together. But until today still dont have time to go. I hope she's still contactable.


And the first few month when i brought my car to KL. I posted it here.

Dan yang paling nak buat aku menangis bila boss besar call and tanya "what happen to your car?" Macam mana boss tau ni. Ni Mr. G la cakap ni. Boss nak tolong bayarkan lagi. Aku MALUUUUUU......

Yang paling malu lagi sebab Mr G ada masa aku langgar keta orang tu. Dia tengah tunggu aku follow keta dia. MALUUUUUU. Malu weh boss sendiri tengok aku punya careless and menggelabah tu. Mr G siap tolong turun payungkan aku pastu cakap kat brother tu jangan bising2. Yang paling tak tahan aku punya lesen dah mati 23/12/11 hari tu. Memang terbaik la aku! Nak buat report pon tak boleh.

What a day!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Malu sebenarnya

Thursday, December 8, 2011

TERAKRU

TERAKRU.

Aik typo error ke?

Korang tau TERAKRU tu ape? Tau? Ke tak tau?

Kalau tau sila lah kembangkan diri sendiri ye.

Kalau tak tau sama-sama la jadi macam aku. Lempang pipi 2x. Malu dowh. Nama je Melayu. Perkataan terakru pon tak tahu. Mati-mati ingatkan typo error.

Sila la google kalau2 rasa nak tau terakru tu apa bagi sesiapa yang tak tahu.

Baru sedar rupanya banyak je perkataan bahasa Melayu yang kita aku tak tahu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Not from here

Saturday, December 3, 2011

Scared

To be honest, I feel proud of myself when I enrolled into a master program. But now I feel so scared. Am I doing the right thing? Did I invest my money correctly? It's not cheap you know.

This semester we only required to register 2 subjects. First subject assignment is quite easy. But the second subject, I am not sure whether I can get a good mark or not. I feel so uneasy today. Today is the last day of second assignment submission. Ramai je lagi yang belum hantar. But, since aku berhempas pulas bangun pukul 4 pagi, aku decide nak hantar je. Lagi pon kalau delay maybe akan kena potong markah.

But yang paling buat aku takut, aku punya assignment tu 5 page je. Tapi ada orang lain yang buat sampai 40 page. Memang la lecturer cakap page depends. 1 page or seberapa banyak page. Suka hati. Maksudnya apa? Cukup satu page asalkan menjawab soalan or should be berkoyan-koyan pages untuk elaborate all the details? Sampai sekarang rasa tak sedap hati. Aku buat betul tak. Aku elaborate cukup tak. Memang la how many pages tu tak penting. Yang penting content adakah menjawab soalan atau tidak. Tapi still..Arghh. Tak tahu!

Ottoke? Dou suru? What should I do? Apa patut aku buat? Should I resubmit? I don't have the energy to do it again. Can I just berserah? Boleh dapat A tak dengan effort aku tu?

Arghhhhh.....................................................!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Am I doing the right thing?

Saturday, November 26, 2011

SEX

I should have been doing my assignment at this moment. But I choose to write about SEX.

Well. well. well. Kenapa nak tulis pasal sex? Sebenarnya nak menyuarakan ketakpuasaan hati terhadap sesetengah makhluk Allah yang tak berapa sensitif. Aku memang malu nak cakap pasal sex in a very non scientific way aka mencarut, melalut, mengarut etc. Tapi bila orang yang dah kahwin sesedap hati bercakap something yang ada unsur 18SX depan-depan apa perasaan anda? Aku rasa malu. And bagi aku itu boleh dianggap harassment. Tak perlu nak cerita too details. Lame joke. Sex joke. Its not funny OK.

Untuk aku, aku tak ada masalah kalau nak cakap pasal sex in a scientific way.
Contoh: source from wikipedia

" In biology, sex is a process of combining and mixing genetic traits, often resulting in the specialization of organisms into a male or female variety (each known as a sex). Sexual reproduction involves combining specialized cells (gametes) to form offspring that inherit traits from both parents. Gametes can be identical in form and function (known as isogametes), but in many cases an asymmetry has evolved such that two sex-specific types of gametes (heterogametes) exist: male gametes are small, motile, and optimized to transport their genetic information over a distance, while female gametes are large, non-motile and contain the nutrients necessary for the early development of the young organism"

So for those who so called "experience" people you wanna talk about your sex life with me? Try use all the scientific term. If not, I'm going to tell people that you are a sex maniac!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Sensitif la sikit

Tuesday, November 22, 2011

Go Green

Notice any changes in my blog? Yup I change the theme from pink to green. Reason being is just untuk bertukar angin. And nak bagi semangat baru untuk kembali menulis.

But since we are talking about green lets talk about GO GREEN pulak. Rasanya ramai dah yang aware pasal go green ni. Tak perlu tunggu kempem besar-besaran baru nak ada kesedaran kan. Semua pon dah tahu. Bumi semakin tua. Pokok-pokok dah banyak ditebang. Udara dah makin tercemar. Flora dan fauna dah ada yang pupus (teringat jawapan biologi time sekolah. haha)


Picture from ecofuture

But sorry to say, we Malaysian ni tak semua yang ada kesedaran pasal "Think Green, Act Green". Berapa ramai yang akan bawak beg sendiri on Saturday kat hypermarket even though tahu every Saturday for every beg plastic kena charge RM 0.20. Sanggup bayar lagi kan 20 sen tu. Itu pihak pengguna. Pihak hypermarket pulak patutnya memang tak bagi je terus beg plastik. Kalau kata no plastic bag day, then no plastic bag lah.

Sama jugak dekat kedai 24 jam ni. Dekat cashier ada je tulis "plastic bag only provided upon request". Sudahnya walaupon customer tak request still letak jugak dalam plastik. Kita pulak yang kena cakap tak payah bagi plastik. Kan dah terbalik dengan apa yang ditulis. Patut management kena la explain dekat cashier pasal benda-benda macam ni.

Lets share 10 Ways to Go Green and Save Green;
  1. Kurangkan penggunaan plasik bag. Bawa beg kertas ketika membeli belah.
  2. Kalaun cashier letak jugak barang dalam plastik suruh dia keluarkan balik biarpun pandangan mata hari sabtu bermaksud "minah bapak kedekut 20 sen pon xboleh bayar ke".
  3. Recycle kertas-kertas surat khabar dan majalah lama
  4. Print double sided, 2 side in one page. Kalau tersalah print guna balik kertas tu. Kat side lagi satu tu masih boleh guna. Jangan sesedap hati nak renyuk masuk tong sampah.
  5. Jangan bakar sampah secara terbuka
  6. Asingkan sampah mengikut kategori
  7. Cuba guna public transport semaksima mungkin
  8. Berjalan kaki untuk ke tempat yang agak dekat instead of bawak kereta walaupun jaraknya adalah 10 tapak je.
  9. Jangan buang sampah merata-rata
  10. Larang orang buang sampah merata-rata - sangat annoying kan kalau tengok orang yang suka buang sampah tak kira tempat. Paling annoying tong sampah depan mata pon taknak buang sampah dalam tong sampah jugak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Green is green.

Monday, November 21, 2011

My 2 cent

Sekarang ni pastinya semua rakyat malaysia bersorak keriangan meraikan kemenangan skuad bola sepak Malaysia menang pingat emas sukan SEA.

But, dah nampak banyak status kat FB or Twitter asking for cuti sempena kemenangan. Sebetulnya aku memang tak nampak kat mana relevannya cuti bila menang bola. Macam dah jadi satu trend, menang bola je cuti. Cuti je sebab menang bola. Siapa yang start dulu benda ni sebenarnya?

Boleh bagi tau tujuan? Menghargai sokongan dan doa dari peminat?? Nak bagi pemain dan peminat yang berpenat lelah melepaskan penat mereka?

Aku sound agak negatif kat sini. Memang sangat tak relevan apabila sesuatu cuti itu dikaitkan dengan bola. Sejujurnya itu lah pandangan aku. My 2 cent opinion.

Apa pun Harimau Malaya sekalung TAHNIAH! Bukan tak suka kamu menang. Suka sangat-sangat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Jangan jadi kaum pemalas

Sunday, November 20, 2011

Jun 2011

Jun 2011.

New start of my life.
I start my new job. I ended my 7 years on-off relationship with my so then called "boyfriend". I applied for a master program. In another word I start afresh.

Now, November 2011.

I turned 26.

I'm very happy with my new job. I love my job. I love my boss. I love my colleagues. I think I learn a lot of new things.

I'm not finding a new love just yet. But I think ending uncertain relationship had done me good. There's no need to think why haven't he call. How is he doing. How much does he love me. Bla. Bla. I think I manage to live on my own.

The best thing is I am now a student again. Excited to go to class just like my first year in uni. My course mate they all amazing people. I learn a lot from all the senpai. The lecturer. It is true what my friend said, master program really different from degree. Different in a way lebih berani to give opinion, open discussion between lecturer and students. What more can I ask for? Erm maybe someone to help me finish my assignment??? HAhaha.

I love being busy. Outstation. Catching up with my study. I am CONTENT.

And very thankful for the blessing Allah had given me.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: 24 hours sometimes not enough

Thursday, October 13, 2011

What Happened?

What happened?
# BUSY
--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: BUSY

Wednesday, July 13, 2011

My baby

This is my baby after my careless driving!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Macam mana mahu mengadap ayahanda

Monday, June 27, 2011

hisashiburi

Still here. Still living if not to the fullest. Still breathing even nose going to explode because of the flu. Eating even got cavity and swollen gum. Sitting in front of the PC in the cold office even though got damn ass killing period pain. Cursing about the careless driver splashing air lopak that cause my baju kurung all wet. But somehow beside all the complaint I am thankful for this because it means that I'm still alive. Still breathing.

Oh yes it's been a while. I haven't writing since I start my new job. Still absorbing the whole new idea, new workplace, new colleagues, new route to work, new environment. To be frank it's not bad. Everything is great. The problem as always...is me. I feel that my heart don't belong. I don't know. It's just I don't have 'the feeling' that I had at my previous workplace. Urm..Even I don't have the answer.

I just want to be happy. And missing my dear Kak Nor so much. RIP. Al-Fatihah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: A place where my heart don't belong

Thursday, May 26, 2011

Tiba-tiba macam masa tak cukup

Aku agak busy. Busy mengemas meja aku (my comforting place for 2 years). Aku sepatutnya last day 31hb tapi sebab kemalasan melampau aku decide esok je la last day aku. Jadinya agak kelam-kabut. Nak hand over tugas. Nak mengemas-ngemas kertas yang bertambun-tambun. File yang bersusun-susun. Letih jugak rupanya nak berhenti kerja ni!

Satu berita sedih laptop aku rosak. Tak tau lagi rosak camne tapi tak boleh ON. Kena hantar kedai dulu baru tau seteruk mana rosaknya. Aduhai sayang. Di saat aku memerlukan. Banyak cerita and lagu dalam PC aku kat ofis. Ingatkan nak copy masuk dalam laptop. Dah laptop rosak relakan je lah semua tu jadi khazanah ofis. Harap-harap tak ada orang jumpa. Kalau tak nampak sangat kerja aku 2 tahun ni download cerita aje. Aku harap pasni boleh beli hardisk and mintak tolong kouhai aku seludup cerita-cerita tu semua.

Excited nak balik kampung. Lepas ni kerja baru tak tau la cuti senang dapat ke tak. That's why kena menghargai masa yang ada.

p/s:Al- Fatihah untuk mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Tiba-tiba rasa masa tak cukup!

Friday, May 20, 2011

Proses mencari rumah

Happy to announce that I'm just one step away to my freedom. At last. Tapi one step ni lah yang agak susah. Which is house hunting.

2 minggu lepas ambil masa lebih kurang satu hari (hehe. termasuk gi tengok wayang selepas tu) mencari rumah bersama-sama dengan acik chan. Susahnya. Kitorang meround-round area Bangsar, Abdullah Hukum, Universiti tu tengok rumah-rumah yang sesuai. Dah penat round pergi melantak tom yam and pastu tengok Rio kat Tropicana Mall. Sebenarnya dah refer jugak rumah kat caribilik.com. Tapi better kot pergi round2. Sebab mungkin ada yang tak advertise online.

Walaubagaimanapu ingin aku highlight kan beberapa masalah. Masalah- masalah yang berlaku adalah seperti berikut:
  1. Rumah affordable tapi kawasan bapak kotor - Freedom apanya kalau kawasan kotor giler Baik aku berulang je dari Wangsa Maju.
  2. Rumah menarik. Kawasan bersih. Tapi harga bapak mahal - Aii Nabilah sedar diri sikit kot ye nak duduk kondo pon. Haha.
  3. Rumah affordable. Kawasan tak tau macam mana. Tapi bila call dah ada orang chop. Huhu.
  4. Rumah affordable. Kawasan OK. Tau-tau kena share pulak. Memang tak freedom la.
  5. Harga OK. Rumah OK. Tapi Susah pulak nak ke tempat kerja. Maklum lah nak bawat baby T** 4280 aku tu ayahanda tak kasi.
So esok aku kan pergi tengok lagi 2 rumah. Tak tau lah macam mana. Kalau OK, OK lah. Kalau tak kena up sikit budget. Up budget OK lagi tapi masalah problem troublenya bab nak bayar deposit lah. Let's say sewa rumah RM 500. Mau kalau bayar deposit 2 bulan dah RM1000. Tu belum masuk deposit utiliti lagi. Adoii. Fening. Fening. Eden belum kayo lagi. Memang tak berapa nak mampu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I WANT FREEDOM

Monday, May 9, 2011

SweeTree

First time mencuba makanan Korea memang la kena masuk dalam blog. Jakun tak jakun. Nak masuk jugak dalam blog.

Restaurant : SweeTree
Address: No 13 L--1.2, Jalan Ampang putra, Kuala Lumpur

Oleh kerana aku tak sempat ambik gambar decoration dia aku pon google. Maybe boleh view this blog (embunism) untuk tengok decoration restaurant ni yang cosy and nature oriented.

Here some picture yang sempat snap.



Kim Chi Chee Gea with Rice.


Korea BBQ with Rice

Daging BBQ yang sangat sedap

Tengoklah betapa fresh and colorful vege dia

Pul Go Gi and Rice in sizzling plate


Makanan ni sebenarnya lagi menarik tapi sebab lapar lupa pulak nak ambik gambar.
Ni telur dia kat atas tu dah pecah.


The dessert and drinks

Korean green tea

Jasmin tea and Ice lemon tea

Sorbet mango-orange

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Puas hati

B*tch(es)?

I know it's bad to call someone b*tch. Aku tak pernah cakap depan-depan la. But dalam hati busuk bernanah aku pernah je cakap berkali-kali (B*tch!B*tch!B*tch!). OK . Now I'm sound like a horrible person. Well I am horrible. There's no use in denying anyway.

This one person totally annoyed me to death (as always aku exaggerating!). Aku rasa dia ni talam 40 muka. Kaki cakap belakang. Kaki ampu. Kaki everything. Kaki busuk pon ye agaknya. I know I complaint about pekeliling. About travel expanse claim yang tak berjaya sebab pekeliling kata tak boleh claim. Pekeliling tetap betul even though aku terpaksa keluar rumah jam 5.30 pagi. Untuk urusan kerja. Memang tak adil.

But what is this bitch problem to tell my boss pasal claim duit teksi aku tu. Sampai bos aku tanya how much and siap nak bayar dekat aku. Kalau this one girl tak inform macam mana bos tau? Malu aku. Macam heboh satu dunia je pasal claim aku tu. Dah la kalau tak menyindir orang tak senang. Cakap macam baik. Macam tak tau lakonan primadona engkau tu.

Tapi padan la muka aku gak. Hari Sabtu hari tu pun aku buat perangai macam b*tch jugak. Pergi makan kat satu kedai ni. Dah la ada tax. Servis macam hampeh. Kawan aku dah habis makan tapi aku punya order tak sampai-sampai jugak. Dah inform 5 kali waiter still tak sampai. Not even say sorry. Bila aku angkat kaki nak blah baru sampai makanan. Terus aku mintak resit tapi taknak bayar untuk yang baru sampai tu. Yang ni aku tak rasa salah aku. Servis tak bagus memang la patut customer mengamuk.

Well kalau perangai aku tu considered as b*tch. That makes both of us b*tches. Fair enough.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Hangin benar kalau servis hampeh

Thursday, May 5, 2011

Farewell gift

Confirm. My resignation will effected on 30th May 2011. Semalam pon dah pergi ambil offer letter untuk tempat kerja baru.

Now biasalah, dah nak berhenti mesti ada farewell. Instead biar je diorang beli hadiah untuk Surprise! kan aku, aku volunteer kat Ms Bendahari unit untuk pergi beli sendiri. That's better kot sebab aku jenis orang yang tak suka surprise2 ni. Kalau surprise dapat benda yang aku suka OK lah kan. Tapi buatnya diorang beli benda yang aku tak suka macam mana. Kompem aku tak appreciate hadiah tu. Jahat kan aku. Hehe.

Since it's free money banyak je benda timbul dalam kepala otak aku ni. Nak ni lah. Nak tu lah. And sebenarnya aku dah siap bagi list kat diorang apa yang aku nak. Suruh diorang beli salah satu yang padan dengan bajet. Memang mengada lah list aku tu. That's why aku offer aku pergi beli je sendiri. Senarai-senarainya adalah:
  1. Pair of shoes from Vincci - I'm thinking of black scarpin or peep toe.
  2. Love ETC perfume from Body Shop - aku dah lama tak beli perfume semenjak broke ni. Tibai bedak tepung je. Dan dengan malu nak mengaku aku guna one drop perfume.
  3. Book - The Great War for The Civilization by Robert Fisk - Ni pengaruh dari blog serius lah ni.
  4. NEWS LIVE!LIVE!LIVE DOME CONCERT 2010 DVD - kompem2 susah nak dapat kat sini. Aku dah try cari kt banyak kedai CD. Nak beli on9 tak mampu sebab tak ada kad kredit. Huhu. (P/s: Zura nak tolong carikan untuk aku kat Nihon nungg??)
  5. Lingerie - harga lingerie mahal wooo.
Hahaha. Melampau kan aku. Allocationnye RM100 je. Korang rasa apa yang patut aku beli?? Ikutkan hati aku nak DVD. Tapi aku rasa yang tu yang paling least important. Tapi yang tu hati aku paling nak. Hehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Banyak perkara buruk di saat-saat nak resign ni tapi hadiah aku nak je

Wednesday, May 4, 2011

Pekeliling

Bila orang mintak prosedur tak ada pulak nak bagi SOP. Bila dah orang buat mula lah salah kat sini. Salah kat situ. Pekeliling kata camni. Pekeliling kata camtu. Kena ikut. Iye lah tu. Kalau kena atas muka sendiri tak ada pulak nak ikut pekeliling. Pergi mampus la dengan ko punya pekeliling! .
--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Aku benci gila dengan orang macam ko.

Wednesday, April 27, 2011

What I want?

The interview went well. Great indeed. Basically they told me what they do and whether I'm keen to join them or not. That's it. And I'll get my offer letter next week. Probably will start middle of May. Or June. Depend on my decision.

Now the problemnya adalah aku. Masih indesicive. Aku nak apa sebenarnya? Dah dapat keje baru. Better offer tapi hati masih susah. Adeii. Ayat pon sudah terbalik. Aku pon tak tau apa yang aku susahkan.

Mungkin sebab takut nak keluar dari comfort zone. Masih taknak lepaskan apa yang aku ada (or apa yang tak ada) sekarang. Aku rasa kalau bos aku cakap stay. Aku kompem stay. Such a loyal dog that I am.

Takut sebab tak tahu apa-apa pasal keje baru. Memang start fresh. From scratch. Bakal bos dah siap bagi buku untuk baca. At least familiar dengan a few terms. Mungkin tak ada problem. Dulu pon aku tak ada knowledge langung pasal medical term. Asalkan sanggup belajar rasanya tak ada problem.

Jawapan dah ada sebenarnya. Cuma perlukan courage je. Haiih. Ganbarimasu!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Time to move on.

Sunday, April 24, 2011

Sight seeing

Well dah sampai sarawak rugi la pulak kalau tak jalan2. Setelah penat menung dalam gelap aku keluar mencari cahaya la pulak. Ke waterfront sajalah. Sebab ni je tempat yang boleh menapak. Sorry ye kawan-kawan tak mampu nak beli souvenir (alasan) maklumlah orang dah nak berhenti kerja ni. Mampu ambil gambar and jalan-jalan makan angin je. hehe. Tahun ni kak aku yang preggie tu tak leh nak teman aku jalan2. Nak mengepau dia pon tak boleh lah. Jalan dengan Dr J je. Apo nak kato. Guno ajo apo yang ado.

Sungai Sarawak - tak ada buaya kot ramai je main kayak siap jatuh dalam air.


Ni aku tak sure ape. Something pasal Raja Charles Brooke. Tugu peringatan kot.
Taknak fail sejarah jangan percaya kat aku yang main bantai je ni.



India street



Memang gambar fail sebab main ambik tapi taktau tempat nama apa. Hehe.
------------------------------------------------------------------------------------------------- ME: Konon nak makan mee kolok tapi sampai sini tibai bende lain plak

Alone and nervous

I'm all alone. In a hotel room. Sambil Harry Potter tengok aku (to be precise Dumbledore yang tengok aku). Haha. Mengantuk tapi tak boleh tidur. Nak keluar jalan-jalan tak tau nak pergi mana since datang sini dengan Dr lelaki. Macam skandal la pulak nak keluar berdua dengan dia.


Pretty nervous mostly sebab esok kena buat presentation. Lama dah tak present ni. Last masa present final thesis dulu rasanya. Nak prepare slide rasa macam kepala otak tak berfungsi je time mengantuk macam ni. Nak tidur rasa macam takut je pulak bila sorang-sorang ni.

Aku nervous jugak memikirkan masa depan. Tapi tak apa lah. Macam mak aku cakap rezeki ada di mana-mana. Terima kasih semua yang tolong rage dan berpihak kepada aku. Hehe. Memang korang berjaya melegakan sedikit perasaan aku yang bercampur baur ni. Aku bekerja macam biasa je sampai masa untuk berhenti betul2 tiba. That's better kot. Dari aku rage tak tentu pasal aku jugak yang sakit hati.

BTW aku nervous mostly aku ada interview Selasa ni. I pretty much aim and had my hope held high for this one. Doakan aku ye kawan-kawan. Nervous sampai rasa tak boleh nak makan je. Tak boleh makan tu kira quite bad la untuk orang yang kuat makan macam aku. Hehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: At Sarawak and jumpa my preggie sister

Tuesday, April 19, 2011

Peralihan Kuasa (Nobuta Power Chuunyuu)


video courtesy to Youtube

I really need Nobuta Power right now. Not the buta (pig) part. But the power of Yamapi cuteness to calm my soul. Haha.

Now I know why Ketua Menteri Sarawak still bertanding pilihan raya untuk penggal ke-7 buat sekian kalinya. Once you have power susah nak tukar diri jadi powerless. Still rasa nak in-charge semua benda yang memang kita in-charge before this.

Dekat unit aku sekarang dah semakin bertambah RO tetap. RO kontrak ni eventually will be terminate one by one once semua kuota RO dah dipenuhi. So for preparation aku as a contract officer ni kena start giving/teaching my job to the permanent RO. In case I'm the one who will be terminate next. Damn hard man. Damn government also with all their stupid policy and stupid pekeliling.

Kalau ikutkan hati jahat aku ni malas je nak ajar. Aku dulu awal-awal masuk aku sorang je RO yang in-charge projek. Survive sendiri. Ikhtiar sendiri. So kejam tak kalau aku nak suruh diorang belajar sendiri? Tapi aku tak lah sekejam tu. Ajar jugak. Nasib baik yang datang ni baik je. Senang di ajar. Tapi once peralihan kuasa complete what am I suppose to do? Aku dah biasa in-charge. Now slowly lepaskan sedikit demi sedikit OK la lagi. But after this to completely let go, to receive instruction from the junior rasa tak betah je dah.

Now aku seboleh-bolehnya taknak buat apa-apa decision. Aku nak jadi orang yang ikut arahan je. Sebagai persiapan mental untuk diri aku jugak. Gasaklah. Sebab aku sedar sape aku. Masalahnya tak boleh nak buat tak tahu bila people still keep on asking my decision. What's my decision on this. What's my decision on that. Ko decide sendiri boleh tak? Semua pun tak berani nak buat decision. Taknak bertanggungjawab kalau ada apa-apa problem kan. Aku malas dah nak ambik tau. Yang aku tau aku buat je keje yang layak aku buat sampai aku dapat kerja baru. So tolong lah paham sikit perasaan benci dan sakit hati dalam lubuk busuk hati aku ni. Aku bukan baik sangat OK.

Well. I'm having time of my life there. 2 years is quite a long time. Maybe this is a wake up call for me. To go. To Explore other opportunity. To get out of my comfort zone. Looking out for new adventure, environment and satisfaction.

But really, it's hard for me to pretend there's nothing. To pretend that I don't mind. To pretend that I'm OK. To pretend that I'm fine with all this. Because the truth is I'm totally not fine. Not OK. I madly mind every bit of this. I love to be in-charge. To have power.

Hanya Allah Yang MAHA BERKUASA lagi MAHA MENGETAHUI.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:But who does not love power. You tell me my dear friend.

Budak-budak

Sape minat AF? Sila angkat tangan! Aku seyes tak minat. Rancangan-rancangan menyanyi terkinja-kinja (oopss!) ni so not my taste. AF yang aku pernah layan sikit time Zahid and Farah. Seyes seriau masa Farah nyanyi lagu Mengapa. Tu je lah kenangan aku dengan AF. Pastu memang tak tengok sampai sudah lah.

Tapi semalam tiba-tiba nak kenal Erol AF9 (tak sure ejaan betol tak). Sebab apa? Rupa-rupanya dia tu 'kekasih aku'. Haha. Ni Aimin punya kerja la. Dia tengok AF si Erol tu menyanyi lagu Cinta untuk Nabila. Terus dia cakap 'ini kekasih makcik'. Tergelak-gelak aku dengar mama dia cerita. Tau pulak nama makcik dia Nabilah. Dia ingat makcik dia sorang je ke Nabilah dalam Malaysia ni. Budak2 memang comel.

Aimin ngan Dina yang suka menempek ngan makcik
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Rindu kat Adik Wan sayang

Thursday, April 14, 2011

Tweet. Tweet

image from smashingmagazine

Ok. Confession. Akulah manusia zaman batu yang belum ada akaun twitter.
Nak gelak? Nak mengutuk? Silakan. No hal. Aku tak marah. Seyes.

Sape boleh ajar aku camne nak master dalam twittering ni. Setakat sign up account tu sape-sape pon boleh. Problemnya aku tak berapa paham konsep dia. Part aku follow orang paham lagi. Part kalau ada orang follow aku tu aku paham lagi rasanya. And serius aku malas nk google instruction ke ape. Ye aku ni orang yang suka disuap je. hehe.

Aku pernah sign up account. Sudahnya tak reti camne. Aku delete balik akaun tu. Ok sensei2 semua now time to teach student yang nak baru belajar ni.

Incase you wondering why kenapa aku nak buat twitter. Saje je. Aku ingat nak follow artis. Yeah alasan yang hampeh giler. Hehe.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Tweet. Tweet

Monday, April 11, 2011

Getting lost will help you find yourself


p/s: Received this from a friend. Sorry taktau nak bagi kredit kat sape. Please don't sue me.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I'll stop

Sunday, April 10, 2011

Anata, Gomenasai!

HAPPY BIRTHDAY YAMAPI!!!

Picture from newslover

Gomen ne Pi Chan. Forgot to celebrate on the 9th April. Omedatou for your 26th birthday. Thanks to spill milk for the translation. Click here for more NEWS addiction.

Now the serious part yang tak ada kaitan dengan Yamapi dan juga tajuk.
For the 1000th time (exaggerating), I've been fooled by this one person. I wish I could cry 1 liter of tears (haha. Pinjam tajuk dorama), so that it wont hurt this much. I thought we are doing OK. But suddenly all this! I'm sorry I just cant forgive you anymore.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Pernah tak korang rasa nak menangis tapi tak boleh menangis?

Saturday, April 9, 2011

Yokatta

Alhamdulillah. Yokatta ne.

My cousin (the one that I mention in the previous entry), now dah discharge and balik rumah. After 2 weeks in ICU and unconscious he's a bit blur. Katanya penat dia tidur tapi mak tak kejut-kejut pon suruh dia pergi sekolah.

Even though he cant recognise most of us at least he's awake now. Boleh bercakap and masih kakkoi seperti dulu. Cuma ambik masa kot nak kenal semua orang sebab dah lama sangat "tidur". And InsyaAllah boleh kembali seperti biasa. Cuma nasihat doktor jangan tinggal dia sorang-sorang risau takut terjatuh. Semoga cepat sembuh. Bersyukur sangat-sangat.

Tadi ke Time Square mencari Nodame Final Stage. Kecewa dah sold out. But happy jugak sebab dapat berborak ngan satu couple Jepun ni pasal Nodame. Hehe. Lama dah tak berborak pasal Jdorama. Lama jugak tak tengok dorama sebab player rosak. Huh. What to do. Tengah bankrap. Layan My Soju je la dulu.

Aku pon tak tau apa aku melalut ni. Yang pasti Yokatta ne..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Genki by LANDS

Monday, April 4, 2011

Aku Gila Kuasa

Yup aku "Power crazy". But with boundaries lah.

Kat sini bukan bermaksud aku gila nak jadi bos ke apa. Tapi aku kadang-kadang nak je buat semua kerja sendiri sebab honestly aku tak berapa nak percaya dekat orang. Kita nak cepat orang buat terhegeh-hegeh. Kita nak lain orang buat lain. Kita rasa dah betul sampai kat orang jadi salah pulak. Kita kata urgent orang buat lewa. Dah tu macam mana?

Aku memang tak perfect. Kompem punya. Semua pun manusia biasa je kan. Tapi dengan perbuatan boleh nilai sama ada orang buat kerja dengan integriti ke main-main. Serius or sambil lewa. Kadang-kadang karenah orang buat aku tak paham. Dedikasi kerja diorang tahap mana.

Hari ni team aku memang totally screwed! Sebab call letter yang kitorang hantar kat respondent rupa-rupanya terperap kat meja orang yang bertanggungjawab mengepos surat. Bukan 2 hari. Tapi 2 minggu ye kawan-kawan. Patut lah tak ada satu pon reply slip dari negeri tu. Rupanya surat tak sampai . Diorang nak reply macam mana. Meeting tu 13hb ni. Hari ni dah 9hb. Yabê! Terus bermati-matian kitorang call semua respondent tu. Nasib baik tahu hari ni. Kalau tahu next week memang tak tau nak cakap lah. Ada yang kena buang keje agaknya.

That's why ada baiknya kalau tak mengharapkan orang. This is a good lesson untuk team aku. Supaya cepat-cepat follow up walaupun sesibuk mana pon. Then kena sentiasa tau ada orang memang kene cucuk bontot selalu baru dia nak gerak. Therefore kita kena jadi proaktif. Sentiasa follow up dan cucuk bontot orang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Thanks Ajis for faxing all the letter

Friday, April 1, 2011

Aku gatal

Aku gatal nak upload gambar ni sebab aku serius tak ada topik nak menulis.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Rajin tak aku kat ofis ?

Sunday, March 27, 2011

Thanks for your concern

To my dear readers thanks for your concern pasal the previous entry hari tu. Thanks for reading my syok sendiri blog ni. Thanks sebab menaikkan traffic dan duit tabung nuffnang saya.

Aku pernah tulis berkenaan pasal kawan aku yang mesej aku ucap tahniah kononnya aku dah kahwin and even pregnant! Boleh klik SINI kalau rasa nak baca lagi skali. Actually ceritanya tak end kat situ je. Ada lagi sorang kawan mesej kat Facebook, konon terasa dia tak dijemput ke majlis aku. Buat-buat soalan macam mana life sekarang. Dengar tengah berbahagia. WTH?? Aku pon terus bagi bengong sebijik. Geram aku.

Ada lagi sorang kawan, SY siap call. Aku dah lama tak kontek dia. Ada la dalam setahun lebih. Tapi sanggup call aku. Tanya kenapa dia tak dijemput. Aku rase puzzle je dalam kepala otak aku ni. Adakah aku dalam separa sedar dan tak perasan bahawa aku telah pon berkahwin? Adakah aku ni sebenarnya Sydney Bristow dalam Alias or Liam Neeson dalam Unknown tu? Hahaha. Nah amik ko. Memang korang telah berjaya membuat aku paranoid. Thank you to penyebar cerita whoever you are.

Kepada SY aku pon explain bukan main lagi. Lepas aku explain tu yang paling tak tahan dia cakap dia risau kalau aku jadi ANDARTU. Hello. Ramai je lagi yang umur 25-26 belum kahwin. Tapi thanks for your concern SY. Dan thanks sebab berjaya membuatkan aku takut aku jadi andartu dan membuatkan aku desperate nak kawen. To SY, even if I become an andartu, I think I can take care of myself. Tapi harap tak lah sampai tahap tu. Aku belom pon 26 OK.Oh dimanakan my dearest boyfriend di saat aku memerlukan?? Keh3.

Then hari Jumaat hari tu Dayat YM aku. Bercakap pasal N yang akan kahwin 31 hb ni. Tapi paling best dia risaukan aku. Sebab now tinggal aku sorang je yang belum kahwin. Yang paling tak tahan katanya aku cantik tapi TAK KURUS (in case you didn't know that's the other word for F*T, if you know what I mean). Katanya aku kalau kurus berderet-deret yang akan nak kat aku termasuk dia. Katanya aku malas berusaha untuk kurus. Wooho. It's that what it really takes to make someone loves you? Kurus? Hurm. I dont think so. Well that's the answer coming from a fat mouth. So I really don't know whether it is correct or not.

To Dayat, I really love you. As a friend. You are my best male friend. I know your concern. I know that you love me too. But to say that aku tak berusaha that's not really fair. Don't you think so? You without your good look and BMW do you think all the hot and slim babes will look at you twice? So you are lucky that you born rich and have a bloody good look genetic. You don't even need to try. So don't put 'tak berusaha' words on me. You don't even know what berusaha mean. Oh. Look what have I become. Such a bitter b****h.

Aku bersyukur ada kawan-kawan yang sangat concern pasal aku. Really. Bukan sarcastic ni. Memang sincere from the bottom of my heart.

P/S: Ada tak sesiapa rasa Remy Ishak dalam iklan Dashing tu hot?? Hot as really2 hot??
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Sentiasa berdoa dipercepatkan jodoh