Sunday, May 13, 2012

Body of 46 years old

Picture courtesy to Google
You know when you go to gym or slimming centre they measure your weight and your total fat, calories, your metabolisme rate, etc. And the result might (might not) shock you?

Yesterday I went to Glamor House; A truly integrated pampering experience, after bought RM99 voucher from Groupon for 5 slimming session. Surprisingly (looking at my body actually this is not surprising at all) after done my weight scale tu the beautician said " your age is 27 but your body age is 46 years old!. What the H? Almost the same age as my mom! Im totally freaking out.

I know the fact that I am FAT. But my body doesn't feel like I'm 46 at all. For me my body functioning quit normally. I run. Playing badminton. Flexible to bend. Sometimes I'm not even using the elevator. Of course tercungap-cungap but still I don't think that my body is that bad. Way too bad.

According to her my Calory is low (so its true that I don't eat much) but my metabolism is way too low. My BMI there goes without saying. I'm kind of obese already.

But this fact make me scare. Totally scare. Whoahh I need to exercise more.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Exercise! exercise!

Friday, May 11, 2012

Solat vs Sembahyang

Picture courtesy to Google

Solat vs sembahyang. Apa bezanya?

Aku ada terbaca somewhere tapi lupa dah kat mana. Katanya kita tak boleh sebut sembahyang sebab sembahyang bermaksud menyembah dewa dalam bahasa sanksrip. Tapi aku selalu rasa kenapa la nak pahamkan perkataan tu dalam bahasa sanskrip pulak. Dah bahasa Melayu kita paham sembahyang tu menyembah tuhan (dalam konteks muslim yakni Allah). Tapi setelah baca tu sedaya upaya try sebut solat je dah sekrang ni. Sebab kadang-kadang takut jugak walaupon pada fikiran aku tak ada salahnya sebut sembahyang kalau niat kita tu sembah Allah.

OK tapi cerita kat sini bukan aku nak bezakan solat dengan sembahyang dari segi maksudnya tu. Tapi nak cerita beberapa peristiwa pasal solat dan sembahyang ni.

Previous entry aku ada cerita pasal company aku ada main badminton setiap hari rabu kan. Time nya dari pukul 7 - 9 malam. And tau-tau je la kalau pukul 7 tu maghrib boleh dikatakan belum masuk waktu lagi. Jadinya samada aku stay kat ofis and solat maghrib dulu pastu baru pergi badminton or singgah Masjid Umar Al-Khattab dekat Bukit Damansara tu before pergi main.

Kadang-kadang ada colleague yang tumpang kereta aku. Tak pun aku tumpang kereta deme. Yang sedihnya bila singgah kat masjid ni deme boleh je pergi semata-mata nak tukar attire sukan je. Tak rasa malu or segan. Orang kalau dah alang-alang sampai masjid pergi la solat walau pon ko memang selalu tak solat. Ini sanggup je tunggu kat luar sampai aku siap solat. Apa la salahnya masuk and solat sekejap daripada tercongok tunggu depan tangga masjid. Malu la sikit kan.

Macam hari tu pergi main boling pon macam tu. Aku dengan 2 orang colleagues ni tumpang kereta colleague kitorang yang sorang lagi. Tiga-tiga orang ni Melayu (dalam konteks Malaysia ni maksudnya muslim lah). Main boling tu dari pukul 6-8 malam. Pukul 8 tu aku menggelabah lari ke surau nak Maghrib gajah. Dah lambat. Tapi 3 kawan aku ni boleh je tunggu aku kat entrance club tu sampai aku siap solat. Aku pon tak tau lah pikiran diorang macam mana. Bagi aku daripada penat menunggu baik lah masuk solat sekali kan.

Hari ni sebenarnya aku pergi meeting kat KOMTAR, Penang and lepas tu pergi site visit projek kat Kulim. Kebetulan hari tu ada terima komplen dari penduduk dekat area projek tu kata air dari projek kami ni mengalir ke area kuil. Jadinya aku and colleague singgah sekejap kat kuil tu nak cek keadaan. Betul lah kalau hujan air jatuh je area kuil sebab kawasan dia rendah. Tapi rupanya kontraktor dah settlekan dengan penjaga kuil tu pasal ni. Ok lah dah tak ada masalah.

Oh btw aku pergi visit tu skali dengan Mr. V and Mr. T. And diorang berdua ni India lah. Yang nak dijadikan cerita memandangkan dah sampai kat kuil, lepas dicuss pasal komplen tu dengan penjaga kuil diorang pon masuk kuil and "sembahyang" kejap. Tak sampai pon 5 minit. So apa yang aku nak cakap kat sini?

Nampak tak differentnya antara mereka berdua ni dengan colleague aku lagi satu ni. Setakat yang aku tau T ni memang not very religious la. Dia siap bantai sup lembu lagi hari tu masa kitorang kuar sama. Mr. V aku tak sure sangat religious ke tak. Tapi aku rasa dia lebih suka main politik dari pergi sembah menyembah ni.

Cuma bezanya aku rasa deme 2 orang ni ada rasa malu dekat penjaga kuil tu. Alang-alang dah sampai kuil apa salahnya pergi sembahyang kejap. Tapi kita ni muslim tak ada rasa malu. Boleh pergi singgah masjid nak buang air, tukar baju and parking kereta tapi tak solat. Malunya lah kan. Bukan susah pon. Bukan lama pon. Dah memang kewajipan kita solat tu.

Aku bukan lah baik sangat. Tapi bab solat ni aku tak akan tinggal melainkan tertidur tu lain cerita. Lambat solat nak dekat habis waktu pon ada. Malu dengan perangai solat aku yang kadang-kadang sambil lewa ni tapi rasanya tak sanggup lagi nak tinggal solat. Nak marah jugak dengan diri sendiri sebab pergi solat tapi tak terkeluar ajakan kat kawan-kawan aku ni ajak pergi solat sama-sama. Bukan apa, bagi aku diorang dah besar. Perlu ke diajak-ajak. Patutnya tahulah tanggungjawab masing-masing.

Setakat ni walaupon ramai collegue aku bukan muslim tapi bila pergi mana-mana aku cakap nak solat terus je diorang berhenti dekat RnR, masjid tak pun stesen minyak. Kalau aku senyap je tak cakap apa-apa diorang yang siap tanyakan aku tak nak solat ke. Sampai hari aku period pon mati-mati Mr G suruh aku gi masjid. Kebetulan tempat kitorang lunch tu sebelah masjid. Aku cakap nanti lah. Dia pulak cakap pergi lah sekarang. Aku cakap nanti lagi. Dia cakap pergi je la sekarang. Sudahnya terpaksa la jugak cakap aku period time tu. Terus dia gelak.

Sebenarnya tak susah pon nak solat. Kawan-kawan yang bukan muslim ni memahami je kalau kita cakap. Kita dah lama duduk dalam Malaysia ni. Bukan diorang tak tahu kita muslim ni solat 5 kali sehari. NAK atau TAKNAK je.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Mengharapkan solat yang khusyuk

Wednesday, May 9, 2012

Badminton

Baru balik dari main badminton.

Yup every Wednesday memang ofis aku and few people from business partners office pergi main badminton kat SK Bukit Damansara. Aku sebolehnya taknak miss main badminton ni. Sebabnya ni je la satu-satunya exercise aku dalam seminggu. Adoyai~seminggu sekali je ko exercise. Kalau gini la gayanya memang tak kurang la simpanan lemak spare kt perut tu kan. Tapi at least exercise jugak la daripada tak. Ok la tu. Main pon dalam 2 jam. So not bad sangat lah kan.

Tapi malam ni lain sikit. First time big boss join jugak. Terus senyap je court yang selalunya agak bising ngan jeritan-jeritan ala Maria Sharapova nak serve tennis tu. Aku nak main pun segan semacam je. Huhu. Sudahnya aku rasa macam Charlie Chaplin pon ada. Dah la memang tak berapa pandai main. Bila bos ada rasa macam lagi tak pandai je. Bos padahal lagi tak pandai dari kitorang (sorry bos. Nak je gelakkan bos tadi tapi takut. hehe). Terkial-kial je rasenya depan bos. Bila bos serve nak pandang muka bos pon malu. Apekehal la kan aku ni.

Some of my colleagues .
Gambar tiada kene mengena dengan badminton tapi antara yang selalu datang main: Syed, Mr Vijay, Mr Sharman, Kak Zaini and Hema (not in the picture).


We all main not that good pon. Terutama yang perempuan-perempuan ni. Macam Mr. Vijay, Mr. Myles and Mr. Sharman tak payah cakap la. Memang terror main. But at least I think times spend with colleagues tu much more precious kan. Tensen pon hilang. Boleh gelak kuat-kuat. Jerit-jerit time serve. Huargggh!.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Sakit lengan

Tuesday, May 8, 2012

Updating

Dah lama tak menulis. Dalam kepala banyak je benda nak update. Nak update pergi makan kat sini la. Nak update pergi lepak kat sana lah. Nak update aktiviti semasa la. KesoSIALan dengan member-member la. Sudahnya bila balik rumah penat, aku update tidur je la.

Sedar tak sedar 2012 dah nak masuk setengah tahun dah. Masa cepat je berlalu. Mungkin tu salah satu sebab kenapa dah lama tak update. Tak ada masa. To be precise tak cukup masa. Kalau ada masa lebih sikit pon rela tidur or siapkan assignment or maybe siapkan kerja.

Dah jadi workaholic ke? Mungkin jugak. Kalau cuti pon resah semacam je nak balik ofis. Weekend pon ade je alasan nak pergi ofis or buat-buat lalu depan ofis. Dapat tengok bumbung ofis pon jadik lah. LOL.

Tapi azam di pertengahan tahun ni adalah untuk lebih banyak update blog ni. Sayang kalau ditinggalkan lapuk. Bukan untuk orang baca tapi untuk diri sendiri semata. Bila baca post-post yang lepas-lepas tu tersengih pon ada. Teringat bila aku rage. Mengumpat. Whining. Complaining. Excited over something. That part of my life I want to keep it here. To remember and be remembered. Because I'm afraid I will forget that chapter of life journey if I don't record it here. Makin tua ni dah makin lupa.

Oh yeah. Now I'm living my life as it is. Not to the fullest but more relaxing (skip the part while working). Yeah busy but somehow I feel serene. Lonely but I feel content. This is me now. Live life as it is.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Banyak jemputan kahwin tapi tak rasa nak pergi.