Tuesday, September 28, 2010

Yuuuhuu...I'm getting married!

Yuuhuu...I'm getting married..! (please shout it out loud and feel the adrenaline!)

But not now my dear friends. Aku just try buat2 sound camne nak cakap kat parents once aku dah sampai jodoh nanti. Just terpikir how am I going to tell my parents when I want to get married. Now, aku sangatlah terkenal sebagai orang yang taknak berkahwin dalam family aku la. Aku selalu tanya mak aku, adakah mak akan malu kalau aku tak bertemu jodoh sampai ke tua? Mak kata mak dok malu pon, asalkan bekerja dan buleh tanggung hidup sendiri sudah lah.

Aku dulu pon ada pikir kalau tak kahwin pon tak apa. Cuma bila tengok orang kahwin ader la perasaan jeles kat dalam hati sanubari aku ni. Tapi sekarang aku STRESS pulak. Bukan aku stress sebab aku tak kawin tapi baru aku rasa and tau nak kahwin ni stress. Paham ke ayat aku?Walau pon bukan aku yang nak kahwin, tapi aku stress. Haha.

The point nak cerita, aku dah mula terbayang camne akak aku punya wedding nanti. Now, everybody kena start meyimpan. Kena tolong menolong lah. Future brother in law pulak nak cepatkan tarikh. Mak aku ngan ayah aku punya perancangan lambat sikit. Yelah, nak jugak kumpul duit kan. Takkan nak main buat majlis je. Lagi pon nak jugak jemput semua sedara. Kira tumbang jugaklah lembu 2-3 ekor. Tapi 2-3 ekor pun pakai duit kan. Tu baru part lembu. Part lain? So banyak kena pikir. Waah. Aku stress. Kakak aku maybe lagi stress kot.

Minggu depan ramai giler nak kahwin. Aku tak boleh pegi pon. Sorry lah kepada yang menjemput. Schedule i FULL. Orang busy memang lah kan. Hehe. Walau pon niat di hati nak pegi, tapi ada hal, and aku rasa ada baiknya tak pergi. So takde lah keluar jeles tu, and tak payah jumpa orang yang korang taknak jumpa. And tak payah risau kalau berat badan tak turun. Tak payah risau pasal ko pakai baju aper. It's just someone wedding la. Kenapa la nak pikir banyak2 pon aku taktau. But, i think everybody pon perasan, wedding sebenarnya tempat reunion member2 sekolah lama. So time tu la akan jumpa ko punya skandal time zaman skolah dulu, rival, pembuli, etc. And start la "the conversation" which includes: Ko keje ape?, kat mana skang?, Gaji OK?, dah kahwin?, etc..blablabla..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Get a life!

Monday, September 27, 2010

oh. NO!

oh.NO! 1,

Malam tadi balik ke KL. Aku seboleh-bolehnya menahan mata taknak bagi tido. Kesian kat En. drebar kalau semua pakat tido. Haha. Tapi semua surrender je. Yang tak tahan aku tak sedar bila aku start tidur. Rasa-rasanya lepas berhenti kat stesen minyak. Tak tau la kat mane time tu.
Tido tu fine je, lagi pon selamat sampai ke destinasi. Tapi yang paling tak fine sampai depan rumah Miss Labi kata, "sedap mung tido sapa ngrohhh, ngroohhh". Lebih kurang gitu la ayatnya. HAHAHA. Malunya. Acikah kenapakah kamu tidak bangunkan aku ketika hidung aku sedang enak mendendangkan lagu tu? Huhu. Malu aku ke Bayie ngan Nabil. Huhu. MALU with capital tau. Teruk sangat ke aku dengkur?
Aku sokmo perasan aku tidor tak berdengkur. Sokmo ngutuk ayah aku tido dengkur. Tu la, mengata orang lebih sangat. Oh. NO!

oh. NO! 2,

Pagi tadi sampai ofis aku ke 7 Eleven konon nak beli roti ngan tuna. Seperti biasa pegi rak suratkhabar/majalah untuk baca frontpage free. Tiba-tiba ternampak muka yang sangat familiar. Sila rujuk gambar yang tak berapa nak clear di bawah. Haha. Oh.NO. Perangai gadis kembali!Keh3.

Aku rasa betray kat diri sendiri pulak. Konon dah insaf and taknak beli majalah camni. Tapi still beli jugak bila nampak NEWS. Huhu. (Aku ada satu majalah kat rumah yang aku beli sebab terselit kat cover depan dia ada feature story ngan muka Yamapi yang sangat la cinonetnya. Tapi beli jugak sebab Yamapi punya pasal). Kadang2 rasa diri sendiri macam hampeh jugak. Tapi setiap orang pon ada minat masing-masing kan (ayat membela diri yang common).

oh.NO! 3,

Hari tu masa bulan puasa, ada pergi buka puasa kat rumah Che De aku. Malam tu rajin la pulak keluarkan album lama. So pakat la tengok muka zaman2 comot and gigi rongak tu. Nak tergelak pon ada. Oleh kerana aku takde gambar tu, aku mintak lah cousin aku tolong scan. So inilah hasilnya:

No Picture please.....


Aku tau, gaya aku cam terencat je. Nak kutuk sila kutuk depan2 ye.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: "Na, kalau mung kurus, mg dok jadi mg doh!"

Friday, September 24, 2010

Raya and engagement

Let's the picture do the talking neh..

RAYA: Gambar sikit je. Tak ada masa nak bergambarAdd Video

ENGAGEMENT: Gambar yang mampu diupload setelah melalui proses pemeringkatan beberapa kali.

The "orang kuat" preparation:


The Hantaran:


The "orang kuat" for everything and anything:
saje letak gambar aku banyak2 sebab nak tunjuk aku adalah orang kuatnya.
Everything and anything can be everything and anything.


The main event:


The future brother in law:


-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: All the best

Thursday, September 23, 2010

I received a call last night

Aku buat entry ni dulu lah. Padahal di hati nak buat entry pasal raya. Cuma takdok mood lagi nak menulis pasal raya. Walau pon agak basi kalau aku rasa rajin nanti aku tulis la.

Malam tadi aku received call dari B. This is my first time talking to him after almost 14 years. Memang ada komen2 dekat FB sejak dua menjak ni tapi betul2 bercakap? Memang tak ada. Aku terkejut jugak bila dia call. Lain suara. Or Maybe aku memang tak pernah tahu suara dia. Sebab masa aku last cakap dengan dia tu mungkin aku still Darjah 5. So bayangkan lah, dulu suara budak, sekarang suara bapak budak in the making. Hehe.

Oh, btw B ni bukan skandal ye. Tapi B ni adalah Pok sepupu aku. Merangkap sepupu kepada ayah aku. Anak kepada Tok Su aku. Tapi B ni sama umur dengan aku. Yang membuatkan aku ada attachment, sentiment, moment and ape2 saje "ment" yang lain ialah aku dengan B sekolah sama sejak dari Darjah 1. Ingat lagi masa darjah satu dia daftar lambat sikit. Masa tu dia baru pindah kat Kampung aku. Semua excited ade budak baru masuk. Biasalah, kat kampung, ko akan jumpa orang yang sama dari tadika sampai la ko Darjah 6. So, sekali2 ade budak baru masuk semu pon menggelabah la. Masa tu takde la pikir hensem ke ape. Baru Darjah 1 OK. Lepas tu, kira aku and G, cousin aku dan juga B jadi macam kawan2 baik gitu. Maklumlah memang bersaudara pon kan.

Darjah 4 aku and G pindah sekolah lain. Sedih juga nak tinggal B. Tapi kami orang perempuan lagi clique, dokleh nak pisah, dia laki takpe la. Kalau kami tinggal dia survive je kan. Haha. Nak dijadikan cerita dalam seminggu aku and G kat sekolah baru, nampak la si B and ayah dia kat sekolah. Rupanya dia pon ikut kami gi sekoloh baru. Excited giler kami. Siap lambai bagai nak rak. B buat2 tak berapa nak kenal kot. Last2 dia pon masuk kelas kami jugak. So, sama lagi la kami sampai Darjah 6. Tapi in between, aku tak tau bila aku dengan B stop talking to each other. Sedar2 aku memang langsung tak cakap dengan dia dah masa Darjah 6 tu. Aku dengan G pun baloh je sepanjang masa. Siap ada geng masing2 lagi tu.

Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3 aku sama sekolah lagi dengan B. Time ni langsung buat2 tak kenal je. Nak mengaku sedara apatah lagi. Bercakap pon tak pernah seingat aku lah. Bila ingat2 balik tak ramai kot member aku time skolah tu tau aku ngan B ni sedara. Dah tua2 ni baru kawan2 aku tau. Pahtu mula la nak ngutuk kata aku pandai giler simpan rahsia. Aku rasa takdok rahsia pon. Miss Labi tau je kan? Haha. Doh orang dok tanya, ape kes nak kabo2.

Back to last night conversation, B is getting married this coming Saturday. And malam tadi kami borak macam kami ni tak pernah tak bercakap. Kalau free, aku dengan G pegi la majlis dia Sabtu ni. Kalau tak, tunggu majlis sambut menantu la kot. I'm so happy for him. Happy sebab InsyaAllah jodohnya sampai hari Sabtu ni. But mostly happy because he choose to call and tell me directly instead of invite dekat FB. Rasa dihargai je. I wish him all the best and siap pesan "make sure akad sekali je neh, malu ke orang kalau akad banyak kali". Haha. Saje nak bagi koho debor. Keh3.

B, Selamat Pengantin Baru. Semoga semuanya selamat. And semoga berkekalan dan diredhai Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Aku jadi makcik untuk anak2 mume cukup lah.

Wednesday, September 22, 2010

sudah di KL

Alhamdulillah.. Selamat sampai di KL pagi tadi. Dan selamat memulakan kerja pagi tadi. Hati masih tak bersemangat. Pinggang pon sakit. Banyak cerita nak update tapi penat dan lengoh naik bas dan hari yang hectic 2-3 hari lepas belum habis.

Glad to be back walau pon hati tak glad. Boleh ke gini?
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Kenapa ramai orang buat majlis kawin 9-10 OCt ni? Ada cuti panjang ke?

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

To all dear friends,

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sorry tak dapat nak tulis banyak mostly because line broadband cam sangat2 slow dari semalam and also banyak giler kerja nak buat. Selamat menziarahi sanak saudara, rakan taulan, orang2 sekampung. Pandu dengan cermat dan jangan lupakan yang Esa walau di mana jua anda berada.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: berbaju pink di pagi raya

Wednesday, September 8, 2010

Balik kampung (off topic sikit)

InsyaAllah malam ni akan bertolak balik ke kampung. Bas pukul 9. Harap perjalanan lancar dan selamat sampai ke destinasi.

Ingatkan nak bawak terus beg dari rumah ke ofis pagi tadi, tapi Ayahlong kata nak hantar ke stesen malam ni. So datang ofis macam biasa je. Kalau tak dengan beg galas, beg laptop and bag plastik berisi kuih tart, kuih cornflakes, kuih suji dan juga kek buah. Boleh tahan la beratnya. Konon taknak bawak balik banyak barang, penuh jugak lah beg masa aku packing malam tadi. Ni pon ingat balik jap lagi nak isi lagi satu beg dengan baju2 yang tak boleh pakai. Almari aku kat rumah Ayahlong tu dah sarat sangat.

Baju yang tak pakai tu bukan sebab aku makin gemuk ke ape ye kawan2, cumanya baru aku perasan sejak2 aku kerja ni baju kurung baru yang aku ada, ialah baju raya yang aku beli tahun lepas. Yang lain tu baju2 zaman Uni dan jugak zaman2 selepas tu before aku keje kat CRC ni. Banyak yang dah berbulu. Segan pulak nak pakai ke pejabat. Bukan nak melawa sangat tapi taknak lah nampak selekeh giler kan. So lepas raya ni terpaksa bershopping baju kurung baru. Patutnya beli time raya ni la baju murah sikit tapi memang tak sempat nak keluar shopping sekarang semenjak dua menjak buat part time ni.

Ke dikira membazir eh? Tak kot kan. Sebab dah lepas kira2 tinggal dalam beberapa pasang je yang masih elok dipakai. Yang aku dah takboleh and taknak pakai tu kesudahannya mak aku buat sarung bantal takpon buat balut pokok cempedak. Zaman sekarang ni kalau nak bagi orang kompem orang taknak. Kalau bagi duit orang terima. Lagi pon takkan nak bagi yang buruk kat orang. Tak baik macam tu. Kalau nak bagi kena bagi baru. Zaman aku kecik2 dulu kadang pakai jugak baju kurung yang mak2 sedara taknak pakai. Biasa lah masa tu susah sikit. Baju baru pon sekali setahun je. Untung sikit dua kali setahun. Time Raya Puasa ngan Raya Haji.

Tapi tengok kerajinan aku nak mengemas lagi sekali la lepas balik kerja nanti. Kalau tak, akan bertambah sarat la almari tu lepas aku ada masa beli baju baru. Hehe. Banyak pulak melalut. Padahal nak cerita pasal nak balik kampung malam ni. Rindu dah nak merasa angin kampung. Aku belum nak ucap Selamat Hari Raya lagi. InsyaAllah Ramadhan ada lagi satu hari esok. Nanti aku buat entry lain for Raya wishes. Till then, please doakan my safe journey balik kampung. Assalamualaikum.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Ittekimassu

Tuesday, September 7, 2010

Bulan masih Ramadhan


"Bulan masih Ramadhan, jangan Syawalkan ia"

Kata2 di atas tu aku petik dari SaifulIslam.com. Di saat excited nak sambut raya kita macam lupa yang kita masih berada di 10 hari terakhir Ramdahan. Hari-hari terakhir yang patutnya digunakan untuk beribadat sebanyak mungkin dan mencari Lailatulkadar. Semua dah teringat raya. Aku pun sama lah. Tak cakap kat orang lain. Peringatan untuk diri sendiri jugak. Alhamdulillah, terbaca blog SaifulIslam ni insaf sikit.

Orang lain dah balik kampung. Aku kat ofis lagi. Terasa nak balik sangat2. Tapi tiket dah beli. Nak tukar saat2 akhir ni tak payah lah. Tak ada dah. Nak balik dengan sepupu pagi esok, rasa macam tak best pulak kalau nak mintak cuti tambahan. Tak pe lah yang penting balik dan boleh beraya dengan family. Persiapan raya tak ada la. Lagi pon artikel kat atas tu mengingatkan jangan berlebihan sangat nak sambut Syawal. Biar sampai masanya dulu baru sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Sebenarnya bulan puasa ni, masih ada lagi sifat tak baik dalam diri. Semalam, bas aku naik terlanggar orang dekat traffic light. Aku tak tau sangat kejadian sebenar sebab aku tak bangun jenguk. Tak sempat. Tapi bunyi kuat jugak. Motor terkena dinding bas. Orang yang berdiri tu nampak la camna orang tu kena langgar. MASALAHNYA kat sini, driver bas tu langsung tak berhenti. Semua orang kat belakang dah bising2 dah kenapa driver bas tu tak berenti tengok. Tak tau la nasib orang tu. Hidup ke mati. Aku taktau. Rasanya teruk sebab ada Indian girl sampai tutup mulut terkejut and geleng2 kepala. Tapi takde darah terpercik. So aku harap sangat takde ape2. Aku ingat nak call polis. Tapi sampai saat ni aku tak buat apa2 tindakan. Mostly sebab aku tak nampak keadaan sebenar so taktau nak cerita apa kat brother polis tu nanti. Lagi satu maybe driver bas tu lepas hantar orang last dia pusing balik gi crime scene tu. Tapi ada satu bahagian jahat kat dalam diri aku, takpe lah, agaknya orang lain dah call. Dalam bas ada dekat 30 orang mesti la ada salah seorang dah amik tindakan. Tapi betul ke? Still tangan aku tak boleh nak amik telefon nak call. Berdosa ke aku? Aku just tak tahu the right things to do...

--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Ramadhan tahun depan akan berjumpa kah lagi?

Thursday, September 2, 2010

Done


I'm done with data cleaning. Dah dekat 6 bulan mata ni asyik mengadap excell file dengan beribu-ribu data kena "bersihkan". Hari ni rasa macam hepi sangat2 sebab semua dah settle and let's the statistician do their job ne. Me? I'm going to slack off. Haha. Just for a while.

But, just when I thought I can Googleing/blogging/Yahooing (is there such term?Hehe) as much as I can (as much as I want actually), dah bos suruh try prepare dummy untuk our report. Aduh. Memang tak suka. Masa final year tesis dulu pon struggle bukan main lagi. Inikan pulak National report. Dulu zaman student boleh lah copy paste sikit2 (padahal banyak je), cari journal pon ala kadar je. Sekarang? takkan nak buat perangai buruk pulak. Nak kena cari journal betul2, study, research balik before buat something yang akan effect the whole country kan. Cecece. Macam besar giler punya projek la pulak. Haha. Takde lah, cuma kena buat proper kan. Tak boleh tangkap muat je.

Actually dah tak ada mood untuk buat kerja. Duk teringat nak balik raya je dah ni. Excited semacam je. Padahal lambat lagi. And next week, my big boss dah masuk keje after almost a month not in the office. Tak tau nak expect apa. Just prepare for the worst. Past three weeks semua orang macam buat keje dengan tenang, perlahan-lahan je. Ye la takde dateline or orang yang nak kejar. Happy siot. Next week. Tak tau lagi camne. Like I said, just prepare for the worst and after that balik kampung and cuti 10 hari. Waah. Bestnye tak payah pikir pasal kerja.

Semalam dah pergi tukar duit raya. Ramai giler orang dekat bank. Kalau tak ingat nak bayar keta kompem balik ofis je. Malas nak tunggu. Pagi ni, Alhamdulillah ada rezeki dapat bonus raya. Tak expect pon dapat. Sebabnya pekerja kontrak ni susah sikit. Kalau dapat pon selalunya selepas ditolak bahagi dengan cuti and tempoh kerja. Ni dapat full Alhamdulillah. Boleh lah belanja lebih sikit untuk raya tahun ni. Jangan lepas raya papa sudah la kan. Hehe.

Done for today. I'm thinking of buying broadband (aku tau aku lah manusia jakun yang belum ada bb lagi). Nak broadband ape ekk. Servis mana better? Any suggestion?
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: RM 100

Wednesday, September 1, 2010

Ladies day out


Keluar berdating dengan Miss Labi yesterday.

Plan asal nak nengok The Last Air Bender. Dah siap reserved online lagi. Tapi lama sangat dok gi Times Square tempat nak beli tiket pon dok jupe kat mane. Buleh eh gitu. Haha. Last2 meround2 sambil usha baju Dek Pi. Dok jupe starang tapinya. Bawak je la kaki menapak round2.

Elok le tengah mengusha tu lalu kat kedai refleksologi. Aku walau pon nok try rasa takut2 jugak. Maklumlah first time. Aku punya perception ni, kalau bab2 urut mengurut ni terus terbayang rumah urut yang ada perempuan cun bagi khidmat melampau jek. Haha. Bayangan melampau kan. Tapi oleh kerana adenya Miss Labi di sisi aku pon berani kan lah diri aku yang sedikit penakut ni. Kedai tu pon suram semacam. Padahal lighting nak bagi orang tido kot.

Dah tu aku mengada takmboh orang laki urut kaki aku. Hehe. Gomen Miss Labi! Terpaksa kaki mung menahan tangan perkasa laki tu. Keh3. Tapi betollah, aku siap nak tido lagi. Best giler. Tu baru setengah jam and urut pergelangan kaki je. Kalau dapat urut satu badan lama2 mau tido terus kat situ gamoknye. Hehehe. Sape dok tau yang banyak sangat songeh konon2 taknak mengurut awal2 tu.

Lepas urut tu, aku rasa kaki ringan giler. Waaa..nak urut lagi je rasanya. InsyaAllah lepas ni nak buat full body massage pulak. Tapi kena cari tempat yang proper sikit la. Taku tengah sedap2 kena urut tu kena serbu pulak. Haha. Sokmo pikir bukan2.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Nikmatnya