Wednesday, October 27, 2010

Kenapa Aku Masih Solo?

kredit to iluvislam.com

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya. Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Jangan bersedih

Cinta untuk Nabila

Nama aku Nabilah. Tapi setiap kali aku introduce nama aku dekat orang, mesti orang akan nyanyi "Cinta untuk Nabila". Macam automatik je derang-derang ni akan nyanyi. Err, perlu ke nak nyanyi lagu ni??

Walau pun tak minat lagu ni, tapi dah jadi sangat familiar je dengan aku. Even penyanyi dia pon taktau sape. Nampak sangat korang ni hidup zaman 80-an sebab tau lagu ni kan, kan?Haha.

Apa kaitan entry ni? Saja lah nak cakap nama aku ada dalam lagu. Haha. Takde lah, sebenarnya dalam bas tadi ada pasang lagu ni. So terasa la nak buat entry ni.

Aku letak je la lirik lagu ni. And setelah digoogle nama penyanyi dia MELISSA. Ermm, kompem tak kenal.

Cinta Untuk Nabila

Artist: Melissa
Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila

Menyatakan cinta untuk Nabila
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: There is "h" in Nabilah

Monday, October 25, 2010

quit/holiday

Am I selfish? Maybe.

Cukup bulan ni aku akan quit keje part time aku. Walaupon aku sangat enjoy kerja tu, selepas fikir panjang, better kalau aku quit. Main reason aku kerja dulu pon sebab taknak duduk rumah time weekend. Now, almost 3 months working aku dapat wake up call la lebih kurang. Rasanya macam aku sangat-sangat selfish. Pentingkan kesenangan sendiri. Taknak berkorban.

Malam tadi aku balik, sedih je tengok muka maklong yang tahan ngantuk tunggu aku balik. Agaknya nak tidur risau sebab aku tak sampai rumah. Lepas tu tanya aku nak makan ke tak. Kalau nak makan dia siapkan. Aduh. Berfikir panjang aku. Betul ke tindakan aku selama ni. Petang ni aku balik, aku akan cakap la kat derang next week aku last keje. Harap derang happy. And lepas ni aku boleh tolong maklong time weekend. Tak tolong dia pon tolong basuh and jemur baju sendiri sudah lah.

Part of me still longing nak kerja kat situ. Banyak pengalaman manis. Pengalaman pahit tu rasanya dua je kot. Ke satu je. Kena marah dengan customer. Biasa lah tu. Buat-buat bodo je sudah. Semalam ada Pakcik Saleh dengan abang Saleh ni mesra giler. Sampai Kak Charan kate "ooo pandai eh Nabila ngoratkan mat saleh je". Haha. Takde niat pon macam tu ye. Dah customer tu nak bermesra alam. Aku sebagai pekerja yang baik kena la bagi senyuman yang manis dan tutur kata yang sopan. Hak3.

Tapi sejak kerja ni aku langsung takde masa untuk diri sendiri. Untuk orang lain apatah lagi. Aku tak rasa penat tapi aku berkejar-kejar je sekarang. Urusan dunia takpe lagi. Ini urusan ibadat. Kalau syif petang, dekat pukul 4 baru solat. Dengan setiap kali berurusan pon akan tersentuh jugak tangan dengan customer. Nampak kecik je kan. Tapi bila pikir-pikir tak tau la banyak mana dah dosa. Hehe.

Then now dengan penat lelah bekerja tu aku rasa aku mampu untuk pergi bercuti. Rehatkan badan. JOm Miss labi! Ayuh kita berbikini di pantai (atas bukan main cakap dosa pahala!). Looking forward for next week. Harap plan kami berdua menjadi.

Aku suka muka aku time holiday: macam ceria semacam je (perasaaaannn)


-cik kte btol2 backpack je kali ni and guna public transport je eh-



-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Tak sabar!

Friday, October 22, 2010

Recharged

Bateri aku dah recharge sikit hari ni. Maklumlah semalam lepas kerja keje keluar dengan Miss Labi and have a good laugh, a delicious Rak Thai Tom Yam and also the Ice Cream. What a magic friendship and delicious food can do to you ne. 90% of the tension dah terbang. Arigatou.

Aku ada bercakap dengan Miss Labi, jom pergi somewhere. Holiday. We're thinking of somewhere cheaper. Bali? Aku cadangkan Krabi. Tapi dua-dua pon penakut. Aku takut nak ke Bali sebab taku kena bom and gempa Bumi. Miss Labi takut nak ke Krabi sebab takut kene serang pengganas. Hehe. Then, we decide on Singapore. Macam takde problem, tapi maybe tukaran duit mahal sikit la. Pastu melalut nak ke pulau, Pulau Redang la, pulau ni la. Haha. Nampak dress cantik yang sesuai pakai kat tepi pantai mula la berangan. Macam biasa nak Jepun pon keluar jugak. Haha. InsyaAllah. Someday...

Aku baru je lepas tengok Hyakuman-en to nigamushi Onna/1 Million Yen Girl. You might find the page review HERE and HERE helpful. Basically cerita pasal soul searching/life searching. Rasanya semua orang pon boleh relate dengan cerita ni. Yang aku nak relate pasal entry ni ialah dalam movie ni, Suzuko tu akan pergi destinasi baru selepas simpanan dia cukup 1 Million yen. Selalu je tengok cerita camni. Tiba-tiba ambil keputusan keluar dari comfort zone untuk cari something new. Aku? Ada berani nak buat camtu?

Tak berani. Takde power untuk buat benda-benda camni. Sometimes ada jugak terpikir nak merantau, travel, tengok dunia (wah ayat!). Tapi tak berani. Tak berani nak tinggalkan kerja. Tak berani nak tinggalkan hidup tanpa gaji. Tak berani nak hidup kat tempat orang sorang-sorang. Apa pun tak berani. Huhu. Nak kumpul 1 juta ringgit? Itu pon tak berani. Tak yakin pon sebenarnya. Kalau orang yang berani, boleh je usaha berniaga ke nak dapatkan 1 juta ringgit. Tapi agaknya orang pon tak berani nak kumpul 1 juta ringgit sebab nanti bayar cukai, kerajaan guna duit nak buat bangunan 100 tingkat yang tak nampak pon kepentingannya pada masa ini. Prioritise PM. Prioritise! Listen la kat rakyat sekali sekala.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Our government kena recharged balik derang punye tujuan jadi wakil rakyat. Betul-betul mewakili rakyat ke?

Thursday, October 21, 2010

Motivasi


Lack of motivation.
Taktau rasa apa. Sad, bored, hated?
Nak something new tapi tak berani. Such a coward.
Kena balik kampung recharge bateri ni.
Lama tak balik gini lah jadinya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Heavenly Days by Yui Aragaki

Tuesday, October 19, 2010

Pengotor

Aku bukan lah pembersih sangat tapi aku boleh kata dengan yakin yang aku bukan pengotor. Kenapakah aku berkata sedemikian rupa?

Orang berkuku panjang - Dalam bas hari tu orang berkuku panjang ni kuku dia tu asyik je kena tangan aku. Bukan lah aku kisah sangat bersentuh-sentuhan di dalam bas tu, apatah lagi dia tu perempuan, tapi yang aku kisah bila kukunya yang panjang tu mencucuk-cucuk tangan aku. Dan bila aku mengerling ke arah kukunya itu, aduhai hitam. Bukan hitam sebab pakai pewarna kuku tapi taktau la. Berbagai jenis kotoran pon ade. Aku alih tangan, dia dekat, aku alih, dia dekat, les ke ape??
Cakap pasal kuku panjang ni aku memang anti. Sah-sah kalau Muslim. Macam mana la nak solat, basuh berak. Kalau makan dengan tangan lagi la haru senang-senang dapat title pengotor kelas pertama.

Pelombong bijih - Yang ni aku geram jugak. Banyak sangat kes jumpa. Dah sedap-sedap lombong bijih depan orang tanpa segan silu pastu siap jentik-jentik lagi. Tak boleh ke kalau melombong time mandi? Kelmarin lagi teruk, ade sorang mamat ni dah la makan epal dalam train berbunyi-bunyi mengunyah, tengah-tengah makan tu boleh melombong pulak. Adoi. Macam ini manusia pon ada ka??

Ketiak semerbak - Ini pon tak tahan boleh pening kepala. Kalau petang lepas kerja boleh la diterima lagi. Boleh kata dah penat satu hari kerja ketiak pon berbau. Tapi kalau pagi-pagi time pukul 7 tu memang melampau la kalau dah start semerbak. Tolong lah kesiankan orang yang nak kerja ni. Pagi-pagi dah pening kepala menahan bau tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: uwekkkk

Injection

Minggu ni dos injection Jpop aku terlalu tinggi. Thanks to Silentregrets sebab dah jadi supplier for my addiction. Haha.

First of all, NEWS came out with their latest single "Fighting Man". Baru je dengar malam tadi. Sebagai peminat tegar aku akan kata best. Tapi sebagai pengkritik, lagu dia lebih kurang sama dengan lagu before ni. Kalau sesiapa pernah dengar lagu NEWS mesti faham apa yang aku maksudkan. Tapi yang best bila tengok PV. Cute je Pi masa last dia peluk Ryo. Hua2. Aku try nak upload PV tu kat sini tapi tak boleh lah. Huhu. Tak dapat la nak tunjuk hairstyle Massu yang baru, kekiutan and kematangan muka Pi sekarang and muka malu2 Ryo ketika dipeluk Pi.

Pastu tiap-tiap malam aku tibai tengok cerita je. Ada yang best and ada yang kureng. Aku memang tak sempat nak buat review sebab banyak sangat cerita. Tapi kalau nak suruh aku cadangkan, aku rasa,
  • "must see" category ialah; Bandage (lagu best and rasa nak nangis 2 hari je), Swing Girls (sangat-sangat entertaining sampai adik aku ulang tengok 2-3x,. Sape yang takde semangat di syorkan tengok), Josee The Tiger and The Fish (sila rujuk entry tajuk ini), Summer Time Machine Blues (Aku suka plot dia. Macam cerita penyiasatan pulak walau hakikatnya bukan).
  • biasa-biasa je (tengok tanpa meninggalkan kesan tapi entertaining); arch Angel, Gigolo Wannabe, Gyakko Nine, Turtles Can Swim Faster Than Expected
  • Yang tobat taknak tengok dah sebab sangat menakutkan : Audition ~ citer yang scary giler bukan sebab menakutkan tapi sebab scene penderaan melampau!
  • Yang aku tengok tersekat-sekat and belum ada mood nak sambung; Akihabara, Crying Out Love in The Centre of The World, Crow Zero 1, Byakkotai ~ walau pon Pi berlakon mungkin sebab siter sejarah and slow sikit aku belum ade mood nak tengok.
Yang lain-lain dah didownload tapi tak ada masa untuk browse apatah lagi tengok full. Akan diupdate kemudian.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Genki, genki, genki

Monday, October 18, 2010

Guilty

Guilty as charged.

During lunch aku ada mengata seseorang. Lepas lunch, orang yang aku mengata ada buat something yang sangat baik kat aku. Rasa bersalah sangat. I shouldnt have said what I've said. Terlajak perahu boleh diundur kalau air tak deras sangat, terlajak kata walaupun sepatah yang cakap pelan-pelan pon memang tak boleh nak tarik balik.

Pengajarannya, jangan mengata orang. Walau pon orang tu tak tau, diri sendiri jugak yang akan rasa bersalah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I'm truly sorry

Thursday, October 14, 2010

Kembali

Aku sangka hatiku sekeras batu. Rupa tidak sama sekali. Huahua.
Aku kembali membuka Facebook aku. Hahaha.
Aku rasa sebab dah jadi rutin gatal je tangan tu nak login. Huhu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Masih bosan and tired

1st day

Hari ni aku puasa. 1st day puasa since last puasa bulan puasa hari tu. Konon nak puasa sunat Syawal masa lepas raya hari tu. Gusi pulak bengkak. Tak boleh nak puasa sebab mulut sakit and nak kena selalu minum air. Last2 Syawal dah habis pon.

Hari ni aku gagahkan jugak diri puasa. Yelah, kalau tak start ganti sekarang lambat pulak gantinya. Kalau buatnya ajal sampai puasa tak ganti lagi camne kan. Baiklah ganti cepat2.

Tapi, aku rasa memang aku tak berapa nak larat hari ni. Belum pon sampai time rehat, pukul 12.45 aku dah ke surau. Tidur. Time tidur ni la, aku siap mimpi makan macam-macam. Kejap beratur dekat kantin mana ntah, tengah pilih-pilih lauk. Sekejap dah kat Burger King tibai Whopper. Pastu kejap makan mee hun sup. Sedar-sedar orang yang dah balik lunch masuk nak solat baru aku terjaga. Memang berkualiti betul la tidur aku.

Taktau lah. Bangun tidur OK sikit. Mungkin sebab dah "makan" banyak kurang sikit letih. Hahah. Ni lah makanan aku tadi:





Pastu ni terasa sangat-sangat nak makan waffle tuk berbuka nanti.


Memang tak baik kalau puasa cakap lapar, letih dsb. Tapi aku hari ni memang betul-betul tak larat. Takpe lah. Anggap saja puasa hari ni latihan dulu. InsyaAllah, pahala semua tu urusan Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Waffle Blueberry campur Peanut

Monday, October 11, 2010

JBD

Semalam aku ditugaskan jaga kaunter JBD (Japanese Book Department). First time. Menggelabah pon ada. Sebab kat kaunter ni lain sikit. Mostly yang akan datang adalah Japanese. Nama pon JBD kan. Problemnya kalau ada yang tak berapa paham English tu susah lah sikit kalau nak explain promotion ke, ada diskaun ke, dan perkara-perkara sewaktu dengannya.

Aku pulak dengan vocabulary bahasa Jepun yang hanya dipelajari dari Jdorama memang hampeh lah. Kalau setakat "anou, sumimasen ga..." " hai, sou desu" "motto yukkuri hanashite kudasai" "iie, chigaimasu." "wakarimasen" "wakarimasu ka?" "arigatou" "chotto matte" laju je menyebut. Tu pon tak diketahui betul ke tak. Bantai je lah. Last aku "hai' dia pon "hai" (sambil angguk-angguk kepala). HAHA.

Kalau time F- san (nama sebenar tidak dapat dinyatakan) ada, Ok lah. Sedap je dengar dia cakap. Tak berkelip-kelip aku. Nampak sangat starstruck. Biar lah F-san tu bukan star pon tapi dia bos aku yang kakkoii giler. Haha. Cute je bila dia speaking walau hakikatnya tak berapa nak paham. Angguk-angguk saja lah.

Pastu kalau ada Malay yang beli buku Jepun tu geram je nak tanya, "adik paham ke, boleh tolong translate kan?" Hehe. Aku takde la buat camtu walau pon memang rasa nak buat kan. Ada sorang customer Indonesian ni beli 2 majalah, cover depan dia Yamapi and lagi satu NEWS. Aku rasa nak melompat je nampak senyuman Ryo yang menawan tu. Tapi sebab serius sangat customer tu aku pon tak tunjukkan ke'excited'an aku tu. Ada pulak 2 budak sekolah ni, beli majalah cover NEWS. Sorang beli cover Arashi. Terus aku "Eh, NEWS!" Terus budak dua orang tu gelak2. Takpe sama-sama memahami antara kipas-susah-mati kan dik..Haha.

Cakap pasal starstruck, ramai jugak la selebriti yang aku jumpa sepanjang kerja ni. Malas nak disebut nanti nampak macam aku ni peminat dia pulak kan. Pastu hari tu ada la kerabat diraja. Tapi aku layan macam biasa je. Pastu kawan-kawan aku cakap macam derhaka pulak tak panggil nama gelaran dia. Err..perlu ke? Bukan majlis formal pon. Dia datang pon pakai kasual. Kalau aku cakap aku tak kenal dia?? Haha
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: In the end..

Penat

Aku penat.

Penat fizikal memang ye boleh picit-picit, tapi penat minda and penat hati camne nak ubat?

Penat fizikal, aku rasa aku berjalan tak henti-henti. Kebetulan Selasa lepas washing machine rosak. Jadi start hari Rabu aku bangun pukul 5 pagi untuk menyental baju-baju. Nanti kesian maklong aku nak menyental baju-baju tu. Pastu petang Khamis maklong aku kena tahan kat wad. Jadinya pagi, tengah hari, and lepas balik kerja aku menapak ke wad yang mana agak jauh kalau nak dikira dari tempat aku kerja untuk jenguk maklong disamping bawa apa yang patut. Pergi kerja nasib baik ayahlong hantar sampai kat bas stop surau. Save dah sikit jalan kaki tu. Tapi balik kerja still kena menapak lagi nak sampai rumah. Kaki aku ni saiz 5, badan aku beratnya lebih kurang..erm..tak boleh cakap la (Hehe), jadi bayangkan lah kaki aku tu asyik menampung je berat badan aku ni. Lawan graviti lagi tu (ader ke tak lawan graviti?). Memang patut la penat kan.

Weekend aku keraskan hati nak pergi jugak kerja part time aku tu. Walau pon rasa bersalah takde orang nak jaga and kemas rumah. Nak redeem rasa bersalah tu, aku pon bangun awal masak nasi goreng before pergi kerja. Before pergi, mandikan budak 2 orang tu sebab ayahlong nak pergi majlis orang kahwin and nak bawak derang sebab of course lah takde orang jaga. So takde lah bersalah sangat kan, mak bapak derang pon tak cuti nak jaga derang. Aku takkan nak cuti pulak. Balik kerja, marathon lipat kain, kemas pinggan mangkuk, kemas bilik. Fuh, baru tau penatnya jadi housewife. Tapi yang happy sikit ada lauk kat dalam peti. So takde la berdebar nak masak. Just panaskan je.

Penat minda, aku bosan dah dengan ofis aku. Menyampah dah dengan kerja ni. Research, hasil yang dapat takkan sama dengan hasil yang diharapkan. Rasa all the hard work selama ni punah je. Sometimes, your superior nak something yang bukan-bukan, yang mudah jadi payah, yang payah bertambah payah. Datang 7.30 nak sesi rehatkan minda sebelum start keje pukul 8.30. Tapi dah beban dengan "To do list" untuk hari ini. Penat. To be frank aku sangat-sangat happy dengan kerja part time. Kerje yang ofis ni memang dah bosan sangat.

Penat hati; bila penat fizikal and penat minda hati nak jugak bercerita. Tak boleh nak cerita, penat sangat jadinya. Aduh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I'm like a bird by Nelly Furtado

Friday, October 8, 2010

I'm thinking

I'm thinking of closing my Facebook account. At the moment aku deactivate temporarily. Let's see how. If dalam masa terdekat ni aku tak rindu apa-apa pun kat FB tu it's time to let go. Hehe. Ntah apa2 je kan ayat.

Tapi aku harap sangat aku tak rindu nak buka. So that, lepas ni bleh permanently deactivate. Aku rasa FB sangat memboringkan sekarang. Annoyed dengan orang yang asyik tukar status selang 1 minit. Annoyed dengan orang yang tagged gambar ntah apa-apa. Annoyed dengan komen yang ntah apa-apa. Memang aku tau, sekarang ada privacy setting tu, tapi rasanya macam dah tak berminat je. If kalau activate balik pon just sebab nak lagi berhubung dengan kawan-kawan baik. Other than that, rasa better close je terus.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Boring

Josee, The Tiger and The Fish


Review from RamenLover (Asianmediawiki):

" "Josee, The Tiger, & Fish" is made more from the heart specifically for the regular folks and it is just brilliant. None of the wishy-washy Hollywood fairy tale endings in this one, but don't take this film to be an utterly depressing film. It's not. It reflects perfectly how the average person may respond to someone with a disability and regardless of how you feel towards their actions his actions strikes a nerve.

Beyond the story, you also have Satoshi Tsumabuki pre mega superstar giving as smooth of a performance as I have seen from him. But the person that will likely capture your heart in this film is Chizuru Ikewaki as "Jozee". You'll want to put her in a sack and take her home. As icing on the cake, and worth the price of admission alone, you also have Juri Ueno giving her only performance so far in her career as the evil bitch"

Review from za_kannushi (imdb.com):

"There are so many details that make this movie entertaining. The kid who glares dumbfounded at a naked girl waves at Tsuneo's little brother. The love hotel that turns into the inside of a virtual aquarium when you turn the lights off. The exceedingly delicious-looking food that Joze casually cooks. All these details make this movie a unique and fun experience.

When the movie was over, I found myself entertained by the comic aspects of the movie, but I was also deeply touched by the love story, that seemed so profound and real. This movie is both a light, romantic comedy as well as an intimate story about two people who develop and evolve through their relationship. In this regard, it is thematically similar to recent films such as "Lost in Translation" (2003), "Eternal Sunshine of the spotless mind" (2004) and the Japanese "Vibrator" (2003).

"Joze to tora to sakana tachi" is a rare and unique film experience. I implore you to see it."

My Review:
To be frank after watch this movie i feel very disturbed. The ending, the beach, the grandmother, Josee, Tsuneo, and even Kanae touch my heart deeply. For me, this is one of the best movie I've ever seen.

My Rating: 10/10 (got few flaws here and there, but all are forgiven)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Call me Kumiko.

Thursday, October 7, 2010

Battle

Perasan tak, everyday and everything pon macam battlefield kan. Macam this few days lambat masuk kerja. Hari Isnin tu dekat pukul 9 baru punch in. Sebabnya jalan Genting Klang tu jem giler. Tak bergerak-gerak. Siap tidur, bangun, tidur pastu bangun lagi, still stuck kat tempat yang sama jugak. Bila camni dah tak boleh buat apa dah. Bukan power diri sendiri dah. Up to pakcik polis trafik yang kawal jalan, up to traffic light yang bertukar hijau, up to driver bas kalau pandai cilok or cari jalan shortcut. Macam powerless and the only thing you can do is pray, berharap bos masuk lambat dari ko or semua orang pon masuk lambat. So takde la nampak sangat ko lambat kan. Hehe.

Semalam ade promotion kat Burger King. RM1 for Whopper burger. Mak aii. Murah kan. Kebetulan aku mintak keluar dengan bos nak pergi ambik cek dekat KLCC. Before tu kena pergi Bangsar. Ada meeting. So aku pon mengvolunteerkan diri untuk beli burger tu for 2 orang kawan kat ofis ni. Kebetulan memang nak pergi kan. Tapi the story morry nye, panjangnye line tu tak tau nak cakap. Macam ada festival or something je dekat BK tu. BK KLCC tu kan opposite dengan KFC, line beratur siap macam dah nak masuk KFC je dah. Dah la menunngu dekat 2 jam. Memang battle habis ah. Aku dah la sorang2, orang lain macam datang satu group. Ada yang sibuk ambik gambar hantar kat FB. Benda camni pon nak update kat FB eh (padahal aku same je, update jugak kat blog ni kan??::)). Bajet happening la tu. Battle kat FB pulak sape update lagi cepat eh. At the end, aku berjaya jugak dapatkan 3 Whopper tu. Macam husband Kak Rozi cakap, "sape2 yang sanggup beratur kat BK tu memang gigih dan tabah la". Aku la tu orangnya.KEH3.

Kalau kena cirit birit pon di kira battle jugak kan. Battle lama mana ko boleh tahan, secepat mana ko boleh sampai ke tandas, or sehebat mana dapat mengelak dari terburai. Ngehehe. Semalam aku rasa disebabkan aku minum coke perut aku memulas tahap gaban la. Memang sakit giler. Ingatkan dah balik keje tu OK la dah. Aku pon decide la nak ke Carrefour. Dekat Carrefour tu sempat la cari barang yang aku nak. Tapi tengah sibuk usha DVD Jdorama/Jmovie baru, tak nyempat2 sakit perut yang tahap nak terburai time tu jugak. Aku lari tak nampak orang dah. Dengan muka berpeluh2 menahan. Siap terlanggar sorang brader ni yang tengah jalan ngan awek dia. Bukan langgar sikit2, yang siap langgar dengan kelajuan 100km/jam tu (exaggerating!). Sorry la brader and aweknya. Wa memang tengah battle menahan time tu. Haha.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: "Battlefield" from Jordin Sparks

Tuesday, October 5, 2010

Terus terang

Biar lah aku berterus terang je kat sini. Right now at the ofis aku tak berapa hepi. Mungkin sebab dah masuk tahun ke-2 bekerja and perasaan bosan dah menghantui. Tapi sebab yang paling utama sebab masalah politik dalam ofis. It's OK la. As always I dont care. Really, I totally dont give a damn about the politics in the ofis. You want to be the "kerajaan" or "pembangkang", it's up to you.

I feel that I'm the type of person who's gonna do the right thing (you might disagree, but I dont care). I'm not saying that I'm right but what I'm saying is I'll always play by the rules. (OK aku admit aku pon ada jugak time berfacebook, baca surat khabar, download Jmovie and berblogging). Aku memang skema and tak skema at the same time. Hehe. To be frank aku jenis orang yang takkan melawan bos. Ala jenis apa yang bos cakap angguk je. Then kalau ada something yang ko disagree senyap dulu, cari bukti2 kukuh baru cakap kat bos. So far, aku survive.

The problem is, aku tak tau camne nak react bila orang cakap bos sayang aku. There, I'm saying it!. Bukan aku perasan eh. Korang yang suka cakap camtu. So aku just tulis balik apa yang aku dengar. Kalau korang nak tau aku pon sama je menggelabah cam korang. Takut kontrak tak renew. Yelah kalau takde kerja camne nak hidup. Tapi it's not fair la kalau kata2 korang buat aku rasa bersalah sepanjang masa. Padahal aku rasa aku tak buat salah. Tapi cakap2 orang buat aku serba salah. So I choose "SILENT" and of course blogging. Blog is like my diary. Senang tulis kalau Malas nak cakap. Aku bukan orang politik.

Just quote something from Anis LEmon:

Small mind discuss people,
Average mind discuss events,
Greater mind discuss ideas,
Greatest mind work in silence

Therefore, I choose to be Greater and Greatest!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Silence is the most powerful SCREAM

Friday, October 1, 2010

01*9732291

Aku bangun pagi ni dengan perasaan annoyed gler. Mana tak annoyed, dah la sakit and bengkak gusi, berdenyut-denyut, telinga pon berdengung je, pastu ada pulak makhluk Allah ni yang duk gatal2 miscall sampai pukul 2 pagi. Kalau mume, mume bengang dok?

Yang aku tak tahan, at first aku ingatkan dia call. Aku pon angkat la. Aku angkat je dia letak. OK. Sabar je lah ingatkan orang salah nombor. Masa tu dalam pukul 12 lebih nak dekat2 pukul 1. Dah la tengah syok layan Love Shuffle. Biasanya setiap kali lepas tengok Jdorama, mood aku akan baik, sengih ke telinga apatah lagi ceritanya romantik and lawak plus best giler. But, si pemilik no di atas, memang mengspoilkan mood aku.

Lepas tu dia call lagi. Aku angkat dia letak. Time ni darah aku dah mendidih 100 darjah Celcius dah. Tapi aku choose to ignore. Tak kuasa aku nak mesej nak tanya sape. Memang tu pon yang dia nak. Nak buat orang berteka teki. Nak buat style zaman budak2 dulu. Contoh:

A: sape ni?
B: Tekalah.
A:Sape?
B: Alah, takkan dah tak kenal kot. Kawan mg dulu
A: Tak tau lah, tak de nombor, cakap lah sape :)
.
.
.
.
dan mesej tu akan berlarutan sebagaimana tuan-puan sedia maklum sekiranya tuan puan pernah mengalami situasi seperti ini.

Ok kembali ke cerita asal,
Aku dah start nak lelap, bunyi mesej.

01*9732291: awk Xtdo lg k 2..

Aku balas: Sa
pe ni?col org mlm2 buta xckp plak.ada ati tnya tdo ke tak.

01*9732291: Mrah nmpk..mrh sgt kt sy k..?sy mtak mf byk2 la kt awk sbb gnggu org nk tdo.mf k..awk mf kx kt sy

Aku malas nak balas. Mampus ko la. Lepas tu rasanya aku terlelap.
Elok-elok ada lagi call. Aku pon GERAMMM yang amat. Time aku nak taip mesej nak maki hamun tu, dia call lagi. Sempat aku cakap HELLO..KO...dia dah letak dah.

Aku pon mesej: Ya Allah. Tolong lah. Sape ni?umur brape?taktau ke ni dah pukul brape. Kalau ada hal penting ckp je lah.jgn nk main mcm bdk kecik.

Terus takde balas and takde miscall dah. Aku ikutkan hati nak maki hamun lagi tapi pikir balik takut dia tu kawan2 aku ke, mau terus tak bertegur dah pasni kalau aku maki kaw2. Sebab tu aku reserve untuk tak sebut 5B (babi, bengong, bodoh, bahalul, beruk). Time tu dah pukul 3. Sakit tak hati bila korang nak tido tapi tak boleh tido?

Aku geram je nak print flyers

What say you?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Yeah, panda