Friday, May 11, 2012

Solat vs Sembahyang

Picture courtesy to Google

Solat vs sembahyang. Apa bezanya?

Aku ada terbaca somewhere tapi lupa dah kat mana. Katanya kita tak boleh sebut sembahyang sebab sembahyang bermaksud menyembah dewa dalam bahasa sanksrip. Tapi aku selalu rasa kenapa la nak pahamkan perkataan tu dalam bahasa sanskrip pulak. Dah bahasa Melayu kita paham sembahyang tu menyembah tuhan (dalam konteks muslim yakni Allah). Tapi setelah baca tu sedaya upaya try sebut solat je dah sekrang ni. Sebab kadang-kadang takut jugak walaupon pada fikiran aku tak ada salahnya sebut sembahyang kalau niat kita tu sembah Allah.

OK tapi cerita kat sini bukan aku nak bezakan solat dengan sembahyang dari segi maksudnya tu. Tapi nak cerita beberapa peristiwa pasal solat dan sembahyang ni.

Previous entry aku ada cerita pasal company aku ada main badminton setiap hari rabu kan. Time nya dari pukul 7 - 9 malam. And tau-tau je la kalau pukul 7 tu maghrib boleh dikatakan belum masuk waktu lagi. Jadinya samada aku stay kat ofis and solat maghrib dulu pastu baru pergi badminton or singgah Masjid Umar Al-Khattab dekat Bukit Damansara tu before pergi main.

Kadang-kadang ada colleague yang tumpang kereta aku. Tak pun aku tumpang kereta deme. Yang sedihnya bila singgah kat masjid ni deme boleh je pergi semata-mata nak tukar attire sukan je. Tak rasa malu or segan. Orang kalau dah alang-alang sampai masjid pergi la solat walau pon ko memang selalu tak solat. Ini sanggup je tunggu kat luar sampai aku siap solat. Apa la salahnya masuk and solat sekejap daripada tercongok tunggu depan tangga masjid. Malu la sikit kan.

Macam hari tu pergi main boling pon macam tu. Aku dengan 2 orang colleagues ni tumpang kereta colleague kitorang yang sorang lagi. Tiga-tiga orang ni Melayu (dalam konteks Malaysia ni maksudnya muslim lah). Main boling tu dari pukul 6-8 malam. Pukul 8 tu aku menggelabah lari ke surau nak Maghrib gajah. Dah lambat. Tapi 3 kawan aku ni boleh je tunggu aku kat entrance club tu sampai aku siap solat. Aku pon tak tau lah pikiran diorang macam mana. Bagi aku daripada penat menunggu baik lah masuk solat sekali kan.

Hari ni sebenarnya aku pergi meeting kat KOMTAR, Penang and lepas tu pergi site visit projek kat Kulim. Kebetulan hari tu ada terima komplen dari penduduk dekat area projek tu kata air dari projek kami ni mengalir ke area kuil. Jadinya aku and colleague singgah sekejap kat kuil tu nak cek keadaan. Betul lah kalau hujan air jatuh je area kuil sebab kawasan dia rendah. Tapi rupanya kontraktor dah settlekan dengan penjaga kuil tu pasal ni. Ok lah dah tak ada masalah.

Oh btw aku pergi visit tu skali dengan Mr. V and Mr. T. And diorang berdua ni India lah. Yang nak dijadikan cerita memandangkan dah sampai kat kuil, lepas dicuss pasal komplen tu dengan penjaga kuil diorang pon masuk kuil and "sembahyang" kejap. Tak sampai pon 5 minit. So apa yang aku nak cakap kat sini?

Nampak tak differentnya antara mereka berdua ni dengan colleague aku lagi satu ni. Setakat yang aku tau T ni memang not very religious la. Dia siap bantai sup lembu lagi hari tu masa kitorang kuar sama. Mr. V aku tak sure sangat religious ke tak. Tapi aku rasa dia lebih suka main politik dari pergi sembah menyembah ni.

Cuma bezanya aku rasa deme 2 orang ni ada rasa malu dekat penjaga kuil tu. Alang-alang dah sampai kuil apa salahnya pergi sembahyang kejap. Tapi kita ni muslim tak ada rasa malu. Boleh pergi singgah masjid nak buang air, tukar baju and parking kereta tapi tak solat. Malunya lah kan. Bukan susah pon. Bukan lama pon. Dah memang kewajipan kita solat tu.

Aku bukan lah baik sangat. Tapi bab solat ni aku tak akan tinggal melainkan tertidur tu lain cerita. Lambat solat nak dekat habis waktu pon ada. Malu dengan perangai solat aku yang kadang-kadang sambil lewa ni tapi rasanya tak sanggup lagi nak tinggal solat. Nak marah jugak dengan diri sendiri sebab pergi solat tapi tak terkeluar ajakan kat kawan-kawan aku ni ajak pergi solat sama-sama. Bukan apa, bagi aku diorang dah besar. Perlu ke diajak-ajak. Patutnya tahulah tanggungjawab masing-masing.

Setakat ni walaupon ramai collegue aku bukan muslim tapi bila pergi mana-mana aku cakap nak solat terus je diorang berhenti dekat RnR, masjid tak pun stesen minyak. Kalau aku senyap je tak cakap apa-apa diorang yang siap tanyakan aku tak nak solat ke. Sampai hari aku period pon mati-mati Mr G suruh aku gi masjid. Kebetulan tempat kitorang lunch tu sebelah masjid. Aku cakap nanti lah. Dia pulak cakap pergi lah sekarang. Aku cakap nanti lagi. Dia cakap pergi je la sekarang. Sudahnya terpaksa la jugak cakap aku period time tu. Terus dia gelak.

Sebenarnya tak susah pon nak solat. Kawan-kawan yang bukan muslim ni memahami je kalau kita cakap. Kita dah lama duduk dalam Malaysia ni. Bukan diorang tak tahu kita muslim ni solat 5 kali sehari. NAK atau TAKNAK je.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Mengharapkan solat yang khusyuk

3 comments:

anasu no haha said...

Betul tu Naa..antara NAK dengan TAKNAK je..
aku pun kadang-kadang konpius dengan Melayu sebelah aku ni..takkan piyed lama bebenor?
and kadang-kadang dia gi SOLAT (hehe) jam 3 lebih tu pahtu petang keluar opis lambat, aku tertanya-tanya sempat ke sampai rumah dalam jem nih? Bersangka baik, anggap dia sempat sampai je lah. Kadang-kadang dia kuar gi meeting then balik opis dah jam 4 lebih. 4.40 aku tengok dia gi solat..so aku assume dia zohor kat luar and nak gi wat asar je lah..
nak bising pun, dia lagi tua dari aku kot..aku nak cakap lebih, takut memang dia ada masalah period tak menentu ke..bersangka baik je lah..huhu

MadianiMamat said...

betul tu na...aku sgt3 setuju.. aku biase nye kalau keluar dgn org tu n tgk die tak ambik berat hal smayang, lepas tu aku mesti mcm mls je nak kuar dgn die..

naa-chan said...

Acik: tu lah. Kadang2 kita bersangka baik je lah.

Adik: Kalau dia tumpang kita ok la. Kalau kita tumpang dia buatnya dia wat dok layan je mmg sakit ati la.

AKu pernah gi jalan TAR pastu aku kata aku nok g solat jap buleh je member aku suruh jamak. Ade ke ajaran lagu tu. Gi jalan TAR je kot bukannya musafir pon.