Monday, May 10, 2010

A Daughter, A Sister, A Wife, A Mother

As a daughter,
Sebagai anak bongsu aku rase adik bradik mak take things for granted. Memang dari muda sampai la kahwin mak tak pernah tinggalkan kampung. Zaman muda sibuk tolong Tok. Pagi2 pegi noreh nganTok. Siap menoreh pikul plak susu getah nak gi buat getah keping. Musim padi pulak ikut tolong kat sawah. Zaman dulu mane ade mesin lagi. Sume guna tulang empat kerat.

Zaman Tok aku sakit mak jaga sampai la akhir hayat .Tak sikit pon dia rasa beban.Tak merungut. Sampai skang dia asyik cakap dia sangat hepi dapat berbakti pada mak dia sampai akhir hayat. Tapi time tu aku tak bape ingat. Masa Tok meninggal aku darjah 3.

Masa Cek, aku memang ingat. Arwah kembali ke Rahmatullah Februari 2009. Arwah Cek masa tu dalam 82 tahun. Memang 2 bulan sebelum tu, sikit2 tak dapat berjalan sampai la terlantar and just dapat minum susu je. Tapi mak tetap jaga. Tilam kencing mak tetap basuh. Adik bradik lain balik sekala sekala takde pon tolong mandikan ke ape. Tolong merimaskan rumah ada la. Mana mak aku nak kene jaga orang sakit, nak masak tuk sume orang tu makan. At the same time jaga Pok Ngoh lagi. Banyak berendam air mata je mak dengan perangai adik bradik dia. I wish derang baca entry ni.

As a sister,
Sampai sekarang mak masih lagi jaga Pok Ngoh. Nak kencing kene tarik pegi lubang, nak makan kene angkat, nak baring kene baringkan, even nak pusing ke kiri atau kanan pon kene orang tolong. Bayangkan dengan kudrat perempuan dia tiap2 hari tarik Pok Ngoh aku yang berat gler tu. Aku yang sekali sekala tarik ni pon macam nak terputus urat2.
Nak pegi mane2 pon tak boleh lama2. Pikir ' Abang aku ade kat rumah, kalau terberak macam mane? Kalau terkencing macam mane? Takkan nak biar duduk dalam taik ngan air kencing....'
Tapi stil takde adik bradik offer nak jaga bergilir2. Semua pon beralasan bila cakap nak bergilir jaga. Sedeh btol.

As a wife,
Walau pon penat menoreh balik tetap prepare lauk tuk Ayah. Malam2 walau pon kaki sendiri yang bengkak tetap picit kaki Ayah. Kaki sakit terhencut-hencut tetap pegi menoreh sebab nak tolong Ayah sara keluarga. Sedehnya bila kenangkan kegigihan mak. Da besar ni, aku memang nak bagi mak senang je. Taknak dah tengok mak susah.

As a mother,
Tak pernah bezakan kasih sayang antara kami adik beradik. Mintak la apa pun akan cuba ditunaikan. Bergolok bergadai tu perkara biasa. Tak pernah berkira pasal pelajaran anak2. Yang penting semua keperluan cukup. Selalu kata biar la mak susah asalkan anak2 mak tak susah macam mak nanti..

Dia, Hasnah binti Yusoff..A very excellent Daughter..A very excellent Sister..A very excellent Wife..A very excellent Mother...

---------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Selamat Hari Ibu

3 comments:

anasu no haha said...

acik likes this =)
aku sbnrnya lama dh kagum dgn Moknah..

naa-chan said...

Nok kabo MOknah la..

anasu no haha said...

HAHAHAHA..sila2..kembang hidung!