Monday, July 19, 2010

Lost Treasure

Balik kampung hari tu aku hantar CPU gi format. Ni dah kali kedua format. Tapi sebab ada budak nakal kat rumah everytime format pon jadi hang balik PC tu. Biasa la budak tengah naik. Ade je game baru yang dia nak install kat PC buruk tu. Pulaknya thumbdrive dia tu berjuta-juta virus pon ada. Adeii. Bila aku tanya tuan kedai format tu dia kata virus melampau2 and banyak file yang tak boleh diselamatkan lagi.

Nasib baik lah semua video2 klip Jpop aku ada lagi. Tapi yang ni boleh je download lagi sekali kan. Yang memang dah tak de gambar2 start dari Zaman universiti sampai la kenangan2 aku di PLKN. Video aku menembak guna M-16 pon dah hilang. Baru berangan nak upload kat blog ni. Geram. Nak ketuk kepala budak dua orang tu memang tak guna pon. Lagi sengih2 tanpa perasaan bersalah ada la.

Bercakap pasal treasure hilang ni, aku teringat pasal DVD Jdorama aku yang orang pinjam tapi tak pulang. Sampai sekarang aku teringat-ingat lagi kat semua cerita kesayangan aku tu. Aku rasa orang yang tak paham sentimen value memang boleh buat selamba badak je. Boleh je cakap kat aku "Oloh Na, DVD je, buleh beli hok lain", Memang boleh beli tapi semua tu pakai duit. Dah la semua cerita kesayangan aku. Gokusen 1, Gokusen 2, My Boss My Hero, Attention Please SP: Hawaii, Proposal Daikusen SP. Citer best blake tu weh. Aku harap sangat kalau orang ni boleh pulang (ganti balik, sebab aku kompem dia dah hilangkan) DVD aku tu. Aku tak de harta lain, tu je la harta aku. Ha3.

Tapi kalau dah hilang kompem tak dapat balik dah. Just yang ada ingatan dalam kepale je.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I Love my "buddy" so much

No comments: