Aku terpikir nak cari rumah sendiri (sewa la bukan beli).
Bila pikir banyak perkara kena pikir lagi bertambah stress.
Macam mak aku kata, "Baiklah duduk dengan Ayoh Long, senang, mak pon dok riso, selamat".
Macam Ayah Long aku kata "Nasib baiklah Na duduk sini, ada jugok teman, kalau dok Along ngan Mak Long la terkumat-kamit dua orang"
Bila mengenangkan balik 2 ayat di atas aku rasa baik je aku stay je. Tapi banyak je lagi alasan yang membuatkan aku nak blah je..
- Bila weekend aku nak je lepak sepanjang hari dengan tak mandi, rambut serabai, taik mata bertempek (biar la tak senonoh pon). Baring tengah2 rumah sambil layan DVD Jepun. Nyanyi lagu kuat-kuat. Buat yoga terbaring meniarap. Makan megi sambil tengok TV.
- Bila weekend aku nak je keluar dari pagi sampai petang/malam tanpa perlu risau nak kena balik cepat. Even hari biasa pon aku nak je lepas keje pegi gym ke, pegi tengok wayang ke, pegi makan ke.
- Aku nak je pakai baju tido je sepanjang hari. Ini kalau sepupu aku ade jadinya weekend tu aku langsung tak bukak tudung la. Rimas jugak. Rambut pon tak sempat kering.
- Aku pening la duduk rumah kecik. Walaupon dah dekat setahun aku still rasa rumah flat sangat sempit. Aku ni dah biasa duduk rumah kampung, ruang tamu luas, bilik luas, dapur luas, laman luas. Pening sangat bila keluar bilik, situ lah ruang tamu and dekat2 situ la jugak dapur. Sah2 kalau ada orang datang, lagi la tak dapat nak bernafas je rasanya.
- Bila pagi2 breakfast tersedia, balik keje baju dah siap basuh and lipat, makan malam dah siap masak. Aku jadi malu. That's why bila weekend aku cuba sedaya upaya untuk kemas rumah, jemur baju walau pon hakikatnya aku sangat malas. Aku malu sebab aku tak pandai masak. And yang paling malu bila masak megi pon mak long suruh abang sepupu aku yang masak. Aku pandai je setakat masak megi, nasi goreng tu. Tapi mesti sebab dia ingat aku tak tau dia tak suruh aku buat. Malu!
Problem jugak untuk aku nak menyuarakan hasrat nak duduk sendiri. Rasa tak tercakap je nanti. Dengan Pakcik and Makcik aku tu tak sihat. Macam aku ni melarikan diri la pulak. Tapi aku macam dah tak tahan je. Aku nak bebas!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Bebas berlari.
9 comments:
na, aku phm perasaan mu sbb aku penah alami even duk dgn parents and penah kn kongsi bilik walaupun kejap...
aku tau sgt perasaan tu...dan perasaan tu la yg buat aku nangis kdg2...huhu
Tu lah dik.
aku srabut dok aroh doh ni.
Nak blah je wase.
Tapi tu la..
Nok nangis sungguh.Tensen. Ade blake.
Sabo na..mesti ade hikmah di sebalik sume tu...igt tu je...
buat baik kat org tua, insyaallah tuhan balas baik kat kite....aminnnn
tp aku dl mmg nangis je la kejenye...hehehe
aku pun paham perasaan mu na..nak buat gape2 serba salah and time ni serius rasa hipokrit gila..kena pulak aku ni jenis bila jadi benda gini aku akan jadi benci kat diri sendiri sbb kena hipokrit..huhu
meh la na pindah sama aku..kita cari rmh yg tengah2..huhu
Adik,
Aku ingat gitu la. Berkhidmat tuk org tua.
Mok aku pon kate sabar lah, ade hikmah. Lagi pon deme dua orang tu ibarat mok ayoh aku jugok. Jadi dokleh derhaka.
Miss labi,
Mmg pon. Hipokrit gler. Rase nok maroh pon senyum. Kalu rmh sndri lame doh ngamok.
Kalu nok pindah byk kene pkir. Doh la dua org tu sakit. Tak dok income. At least kalu aku ddk bleh gok tlg care. v income sket2.
yelah op? bila keadaan gini koho serba salah..adei..
dugaan belaka ni..
tapi dugaan pun kdg2 senak gak hati..huhu
aku tumpang susah hati T.T
Senok.
Maunye dok senok.
Tapi pagi ni mok aku v nasihat sket.
Lega sket walau pon persaan memberontak tu still ade.Huhu.
aku dok tau nk comment nape na...
aku cume bolh kate sabor je la na...
huhu...
aku tau mu seorang yg baik...
dan seorang yg kuat...
miss_ummi,
Hoho..tu ah mie, tgh bersabor dan cuba menyucikan hati yang busuk.keh3.
Baik?Kuat?Huhu.Malu je wase.
Post a Comment