Thursday, July 8, 2010

Anak, Mertua, Menantu

Memang tak dinafikan mertua ngan menantu memang susah je nak ngam. Ni biasanya kes mak mertua ngan menantu perempuan la. Mesti ade je adegan2 mertua vs menantu yang tak berapa best berlaku. Tapi apa pun sebagai menantu memang kena hormat mak mertua. Bila da kawen mak mertua tu da jadi macam mak sendiri la. Tak boleh derhaka. Memang la aku macam pandai cakap je. Sebab tak merasa lagi ada mak mertua. Tapi kalau aku tak boleh nak sayang macam mak sendiri pon aku akan hormat sehormat yang boleh.

Pasal anak pulak, kalau aku ditakdirkan ada anak, aku sebolehnya tak akan suruh mak mertua aku jaga. Mak aku pon aku tak akan mintak, aptah lagi mak mertua. Kalau mak aku offer mungkin aku akan pertimbangkan la (Hehe). Sebabnya tak kesian ke kat mak2 kita. Da la dulu time kita kecik da jaga kita, pastu dah tua ni nak suh jaga anak kita pulak. Orang tua memang la suka cucu. Tapi setakat jaga camtu je la, jangan la nak suruh orang tua tu macam baby sitter or pekerja nursery.

Aku kenal sorang menantu perempuan ni. Memang la dia bekerja. Aku paham bab tu. Mak mertua dia yang jaga anak2 dia time dia and husband pegi keje. Yang bab ni pun aku paham. Yang aku tak paham..
  1. Bila menantu ni yang sepatutnya habis keje kul 5 tak balik2 ambik anak sebab nak tunggu husband dia yang habis keje kul 10 habis keje baru boleh balik rumah or pegi kuar ngan kawan dia sampai malam.
  2. Bila mak mertua call pukul 4 cakap anak sakit, pukul 9.30 malam baru nampak muka.
  3. Bila mak mertua akan masak lebih and hantar makanan kat rumah, tapi menantu tak pernah ada effort untuk masak something bagi kat mak mertua.
  4. Bila hari minggu ada je aktiviti, tapi tak penah jenguk mertua, tanya khabar walaupun tahu mertua tak sihat.
  5. Bila mengharapkan orang jaga anak pada masa dia boleh jaga.
  6. Bila pukul anak and tengking anak depan mertua.
  7. Bila mertua bagi anak keropok boleh je rampas time2 tu jugak sebab taknak anak makan.
Aku rasa semua di atas tu bukan sebab mak mertua jahat, tapi sebab menantu yang ignorance. Aku just berharap menantu ni sedar and bila mertua dah stat panahan laser berapi jangan salah kan orang. Salahkan diri sendiri!

Mungkin kalau orang berkenaan baca blog ni, Dia akan berubah dan lebih menghormati mertua ATAU mungkin dia akan bergaduh ngan aku, ATAU dia dah taknak hantar anak ke rumah mertua lagi ATAU dia dah tak bagi aku pegang anak dia. Walau apa pun semua di atas satu pon tak merugikan aku. :))

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Isteri dan anak solehah

2 comments:

anasu no haha said...

pada aku, idup bekeluarga kena jugok amalkan konsep kepimpinan melalui teladan..kalau mak mertua yg jahat, kita ttp jgk tunjuk baik dgn harapan insyaAllah nanti mak mertua pun baik2 je dgn kita, and vice versa..
kalau x reti2 nak baik gak tu bukan maksudnya kita x cukup baik tp dia yg x layak utk kita..

naa-chan said...

btol2..mmg la mertua tu susah nak ngam..tapi klu menantu tu prangai teruk sangat mmg patut pon kena..