Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Merdeka Malaysia


SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!

I just hope WE (yes here I mean all races OK ) could live in harmony, joy, peace and unity. Let's make our differences that unite us all.

Just wanna share this blog (title: Merdeka Month). I like his articles so much.

"I love this land. I do...really really do. No matter how much you don't like me for being here with asking me to go back to the mainland china or my ancestor is not from this land, how bad/dangerous/dirty/uncivilised/corrupted you are, how other people criticize you, I am still very very happy to be a Malaysian."

In this country is not only us Malays, there are Chinese, Indians, others Bumiputras. They are Malaysian too. My Merdeka resolusion this year: I don't care what your races are, I just want us to be Malaysian. Proud to be Malaysian and bersyukur hidup di Bumi bertuah ni.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Selamat Hari Merdeka

I know that look...

It's just a matter of time before I bump into somebody yang aku kenal masa aku berpart-timing. Aah. Bunyi macam orang pasang dua je. Satu pon takde ada hati nak berangan pasang dua eh.

Weekend hari tu aku bumped not only one, but three people yang aku kenal. Kenal suam2 suku je. Still, arrghh..that look in their eyes. Disturbing..and annoying at the same time. OK2. I know I'm judging people, but hell, I live for almost 25 years and I know that looks. Damn!

Sorang tu, junior aku masa kat KMB. And jumpa balik kat UTM. Aku kat surau nak solat Asar. Ada la orang cuit aku time aku tengah nak pakai telekung tu. Dia tegur aku, katanya dia dah nampak aku kat Kino tadi tapi tak tegur. Aku pon Owhhh je. Dia tanya keje ape kat Kino. Aku pon jawab part time. Malas nak explain. No need to explain actually. Aku nampak je kat mata dia tu. Translation: Dia ni tak dapat keje ke sampai kena jadi cashier, belajar tak pass ke, pointer teruk ke....bla..bla..semua assumption yang mampu aku buat ketika itu.

Lagi dua orang budak UTM jugak. Bukan budak cos aku tapinye pernah la bertegur sapa dengan yang perempuan. Yang laki tu takde la, bertegur pon acuh pon tak acuh je. Tak sama league agaknya time U dulu. Terus tanya "Ko buat apa kat sini? Keje kat sini?", aku pon tunjuk je name tag aku yang bertulis PART- TIMER tu. Dah tu ko keje mane? tak puas hati lagi tu nak tanya. jugak Aku pon apa lagi "PEGAWAI PENYELIDIK Q41" Nah amik ko. Siap gred lagi aku bagi. HAHAHA. Ok la tipu je. Melebeih2 sket. Hehe. Takde la aku cakap sampai camtu. Aku just jawab RO kt HKL. Paham le tu kan.

Sebenarnya sejak aku part time ni, aku tak gemar benor kalau jumpa orang yang aku kenal. Aku tak suka bila orang pandang slack jek. Menyampah je rasanya. Lagi satu bila semua orang assume aku nak kawin. Biar lah aku memang takde duit untuk kawen pon tapi aku takde la desperate benar nak buat majlis besar2 sampai sanggup buat part time. Buat ala kadar sudah.

Aku memang susah nak explain kenapa aku buat part time. Aku memang tak de reason. Just a place nak escape time weekend. Jumpa kawan baru. And minggu ni la paling happy sebab rasa best giler keje. Aku pon dah OK ngan colleagues2 aku. Macam baru jumpa the other side of me and also new world yang aku boleh escape dan jadi different person but jadi diri sendiri at the same time di samping mencuci mata tengok orang2 hensem. Hehehe.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Sekai ni hitotsu dake no hana

Friday, August 27, 2010

Pakwe ku curang

Sedih betul la. Baru malam tadi giler bayang, pagi ni dapat tau dia curang pulak. Adoii pakwe aku ade awek lain rupanya. Maybe la. Tadaaa...click HERE and also HERE. Anyway I'm happy for you Ryo kun.(Nok buh Ryo chan tapi tengah frust.HAHA) As long she's good and suitable for you. Kih3. Padahal tak tahu kompem betul ke dok rumors tu.

Malam tadi tengok berjaya jugak tengok niini no koto wo wasurenaide. Waaa..Bapak sedih. Lama dah dok nangis puas2. Malam tadi memang kaw2 punya air mata meleleh. Mata pon bengkak.
Aku malas nak buat review sebab kan jadi spoiler kepada sape2 yang belum tengok. So aku just sertakan gambar2 from scene je ye.

-Pakwe ku yang memang hensem-


- Keisuke with his mother -


-Niini happy moment with Yuji-


-Family day out picture after they stop the treatment-




-Moment sedih yang sangat sedih.Waaaaaaaaaaaaaaa-

Overall citer ni sangat2 la sedih. But Still cannot surpass 1 litre of tears. 1 litre of tears is like the crown king of tear jerking dorama.

My Rating: 10/10.
Still giving perfect score as I always love Ryo. Haha. Bias heh? No lah. I think this is the best RYo-chan acting ever.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I wont forget you Niini

Wednesday, August 25, 2010

Terasa

Hari ni dah hari ke berapa puasa ye? Aku dah lost track dah. Tiba-tiba rasa sangat nak balik kampung. Nak puasa kat rumah. Adeii. Konon la mampu bertahan sampai 8hb ni. Sepatutnya minggu lepas balik kampung, tapi atas hal2 yang tak dapat dielakkan tak jadi la baliknya. Lagi pon da dapat keje part time tu, mana boleh balik dah. Nak taknak kena la tunggu jugak 8hb ni. Terasa nak makan bubur lambuk. Waa. Dengan ikan percik. Dengan sayur air. Dengan ikan singgang. Dengan ikan bakar. Waaa..Panjang lagi list ni.

Badan pon terasa tak sihat. Meleleh je hingus nih. Tu la ofis ni macam duk dalam peti ais je. Bersin je la manjang. Pakai baju dua tiga lapis pon sejuk lagi. Nak tido je mata ni. Haha. Pagi tadi pon aku tido dalam bas. Sampai ofis awal setengah jam terus gi sambung tido kat surau. Aku dah 3 hari tak jadi citizen yang baik. Selalunya aku akan baik hati je offer seat aku kalau ada makcik2 yang tak dapat tempat duduk. Tapi 3 hari ni, naik je bas aku terus je tido. Sorry la, jadi selfish sikit.

Terasa nak pegi laut. Ni penangan tengok Catch a Wave. Best je tengok orang surfing. Tapi peristiwa Banana Boat masih lagi menghantui. Aku rasa aku dah jadi fobia mandi laut. Takut je. Padan muka dengan orang jakun naik Banana Boat macam aku. Nasib baik lah dok jadi nape2. Semua orang pon ingat aku dah kojol dalam air. Sampai skang aku kadang2 rasa ada dalam air, macam masa aku paut kat bot tu. Fobia2. Terasa lagi masa aku duk blurp..blurp.. dalam air tu. Memang peristiwa paling memalukan dan mengerikan. Dah lah tayangan kat depan semua staff CRC. Dok sajenye memalukan aku di tempat kerja. Harap2 orang dok ingat doh peristiwa tu. Huhu.

Btw, Catch A Wave ni baru beli jumaat lepas. Sekali dengan Code BLue season 2 and Niini no Koto wo Wasurenaide (Dont forget about Niini). Tapi yang dua ni tak sempat tengok lagi. Excited jugak nak tengok sebab Yamapi and Ryo. Cuma takde masa lagi. Macam tak brapa nak proper lepas terawih layan jdorama pulak. Hohoho. Terasa gatal sekejap.


Catch A Wave

My Review:
Another movie starring Haruma Miura, together with Rosa Kato, Ryo Kimura, Gaku Hamada and Naoto Takenaka. It's about 3 friends Taiyo, Taguchi and Kobayashi on their summer vacation in Shonan. There they met Duke Kawahara at the beach in unexpected circumstance. They have an agreement with Duke: they work as a part timer at Duke surf shop, and Duke teach them how to surf. So start la cerita belajar surfing, Taiyo also meets Julia. Ni cerita pasal derang belajar surfing and jugak falling in love for the first time.

Overall best jugak. Cuma Haruma muda lagi kot masa ni, suara pon macam budak perempuan lagi. Other than that, citer ni best dan sesuai di tonton oleh semua lapisan masyarakat. Cuma ada jugak la scene babes yang berbikini di tepi pantai. Jadi tak berapa elok mata memandang. Melainkan kalau memang jenis mata keranjang.

Yang menariknya, dia tunjuk pasal western community dekat Yokosuka. Quite surprise sebab tak sangka ada community western yang besar camtu kat Jepun. Macam bukan kat Jepun tapi macam kat mana2 negara omputih je. Aku try google pasal Yokosuka ni, dia US Navy Base. Tapi tak banyak information dapat. Tak tau lah kalau sekadar dalam movie je. Ada sapa2 boleh bagi info?

My Rating: 6/10

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Catch me if you can

Tuesday, August 24, 2010

Betul ke? Huahua

Kata-kata keramat di pagi hari Selasa ini:

"Nabila, you nampak dah KURUS lah. Muka pon nampak KURUS."

Baca baik2. K.U.R.U.S.
Betul ke? Hahaha. Muka kurus? Adakan zaman dagu berlapis akan berlalu? Haha. You wish!

Betul ke dok tunggu la aku timbang japgi. Rasa hati macam nak percaya. Logik akal pon macam nak percaya. Hahaha. Bagi lah reward kat diri sendiri untuk bergembira sekali sekala. Bukan senang orang nak kata aku dah kurus SIKIT. Sikit pon sikit la. Tak boleh turun 10kg, turun 1 kg pon jadi la kan.

Yang membuatkan aku percaya tu adalah kerana kita di bulan puasa. Mungkin kurang sikit makan tu yang kurus sikit. Sikit je ye. Lagi pon aku kan bekerja keras di hujung minggu. Sepanjang 7 jam aku berdiri je melayan customer. Berfaedah jugak lah ke atas pengurangan lemak berbanding kalau tido and jadik potato couch je weekend tu. So mungkin ada logiknya ungkapan yang tersebut di atas tu ye.

Believe it or not? Believe it..:))

----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Nak jadi "The Biggest Loser" jugak

Salah puasa

Perasan tak..orang, kadang2 aku pon suka salahkan puasa.

Contohnya, kalau tersasul or tersalah cakap, mesti orang tu cakap "biasalah, bulan puasa". Padahal bulan tak puasa pun selalu je tersalah/tersasul apatah lagi termengumpat.

Kalau badan tak larat sikit "biasalah, bulan puasa". Bulan tak puasa pon ada jugak datang sakit demamnya. Apsal tak kata "BIASALAH, BULAN TAK PUASA".

Kalau mengantuk time keje "biasalah, bulan puasa". Padahal bulan tak puasa sama je time mengantuknya.

Kalau malas nak buat kerja "biasalah, bulan puasa". Padahal bulan tak puasa pun kalau datang time malas tu malas jugak. Dah memang dasar pemalas kan. Hehe. Keras sikit bunyi ayatnya.

Ni lah yang selalu jadi. Aku pon kadang2 ada jugak cakap macam ni. Rasanya kene brenti lah. Insaf diri sikit. Bulan puasa bulan mulia. Bulan penuh rahmat. Kenapa nak jadikan macam bulan azab pulak. Patutnya bulan Ramadhan ni la kita jadi makin kuat, bukan makin banyak alasan. Betul tak?

-----------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Sahaja aku puasa kerana Allah Taala.

Monday, August 23, 2010

Gigi malas

-Gambar sekadar hiasan-

Bukan gigi aku malas mengunyah. Aku yang malas bekerja tambah macam tak bape sihat. Proses penumbuhan gigi bongsu berlaku lagi untuk yang keberapa ribu kali (exaggerating sket!). Lambat btol nak tumbuh complete. Tu yang gusi sakit bercampur bengkak. Sebab tu mulut rasa payau. Lagi2 pula di bulan puasa ni. Hehe.

Ni sebenarnya mengantuk giler. Mata keje tengok jam sebab tepat kul 1 nak sprint pegi tido kat surau. Tak larat. Semalam part time syif malam. Time berbuka aku hentam air lemonade sambil jalan menuju ke surau. Memang buruk perangai minum sambil berjalan. Apatah lagi berjalan yang lebih kurang macam berlari. Tapi mana sempat weh. Rehat setengah jam je. Mana nak solat, mana nak makan. Last2 perut aku sakit mencucuk. Terkejut sebab air lemonade yang tajam menusuk perut yang kosong di kala Maghrib itu.

Pagi tadi aku tido dalam bas siap ternganga mulut lagi. Dok tau lah, kalau ada orang berkenan terus tak jadi tengok gaya aku tido. Nape yang ngantuk sangat pon aku tak tau. Semalam before gi kerja sempat lagi buat tat nenas. Ye kawan2, aku yang tak pandai memasak ni, telah pon berjaya membuat tat nenas pada minggu kedua berpuasa. Sila la jeles. Aku ngaku la, aku tolong adun bahan je. Tu pon maklong aku yang letak bahan, sebab tangan dia tak larat dah, aku tukang kepuk telor and sebatikan adunan tu. Ok la tu kan. Kira ada jugak air tangan aku ni. Lepas tu tolong gulung semua. Tapi tak tau la sedap ke tak aku tak rasa lagi. Jadi di bawah ni aku sertakan gambar tat nenas google. Yang aku buat tak sempat nak amik gambar. Tapi lebih kurang la dengan yang aku buat.


-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Gigi rajin time nak mengunyah tat