Tuesday, August 24, 2010

Salah puasa

Perasan tak..orang, kadang2 aku pon suka salahkan puasa.

Contohnya, kalau tersasul or tersalah cakap, mesti orang tu cakap "biasalah, bulan puasa". Padahal bulan tak puasa pun selalu je tersalah/tersasul apatah lagi termengumpat.

Kalau badan tak larat sikit "biasalah, bulan puasa". Bulan tak puasa pon ada jugak datang sakit demamnya. Apsal tak kata "BIASALAH, BULAN TAK PUASA".

Kalau mengantuk time keje "biasalah, bulan puasa". Padahal bulan tak puasa sama je time mengantuknya.

Kalau malas nak buat kerja "biasalah, bulan puasa". Padahal bulan tak puasa pun kalau datang time malas tu malas jugak. Dah memang dasar pemalas kan. Hehe. Keras sikit bunyi ayatnya.

Ni lah yang selalu jadi. Aku pon kadang2 ada jugak cakap macam ni. Rasanya kene brenti lah. Insaf diri sikit. Bulan puasa bulan mulia. Bulan penuh rahmat. Kenapa nak jadikan macam bulan azab pulak. Patutnya bulan Ramadhan ni la kita jadi makin kuat, bukan makin banyak alasan. Betul tak?

-----------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Sahaja aku puasa kerana Allah Taala.

2 comments:

anasu no haha said...

yep..banyak dengar..taktau nape ramai lagi yang masih belum matang wapun usia dah lanjut..hurmmm :|

naa-chan said...

Btol. Aku pon kadang2 tersasul jugak.