Friday, November 12, 2010

Lawatan sambil belajar 3

Day 3,

Bangun pon dah lambat. Breakfast tak sempat. Pakcik Z call untuk pick up tapi dah siap cakap akan bawak kami ke satu tempat. Bersiap dan terus ke kedai Ciknah untuk brunch. Dah nak siap makan pakcik Z pon sampai.

Maka kami pon dibawa ke St. John Hill. Siap jumpa couple "I Know What You Did Last Summer lagi". Bukan Freddie Prince Jr ngan Sarah Michelle Gellar. Ni couple baik punya. Time takde orang tak ingat dunia. Dah tau tempat tu tempat orang datang melawat yang korang tak reti nak behave tu kenapa. Kan sia-sia kantoi.

- St. John Hill-

Lepas tu Uncle Z bawak kitorang ke kedai nasi beriani sedap katanya. Tapi tak makan lah sebab baru je lepas makan. Lagi pon kami dua orang memang tak minat sangat nasi-nasi beriani ni. Uncle Z beli la murtabak kambing buat bekalan perjalanan kami.

Sempat jugak singgah ke Masjid Selat (btol ke? tak brape sure);


Ada jugak Uncle Z bawak kitorang ke kampung portugis. Yang ni tak amik gambar. Pusing-pusing duduk dalam kereta je. Lagi pon dah lambat. Takut miss train pulak.

Sampai kat stesen Tampin train belum sampai. Lebih kurang 1/2 jam jugak delay. Sempat kitorang balun murtabak dulu. Dalam train aku tidur siap berdengkur. Hehe. Tapi perjalanan tak puas hati sebab panas giler dalam train tu. Tambah pulak pening kepala agaknya sebab makan daging kambing. Pulak tu ada budak menangis dari Tampin sampai la KL. Hoho. Pening kepala den.

Itulah sajalah cerita 3 hari aku.

Bye2 Melaka. Till we meet again.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: What after this?Kundasang?

Lawatan sambil belajar 2

Hari ke-2 di Melaka.

Tempat yang mula-mula dituju adalah kapal besar tu. Seronok jugak naik kapal tapi tak berapa nak seronok ramai sangat anok-anok nyet (translation: budak-budak kecik). Maklumlah musim lawatan budak-budak sekolah. Budak-budak tak sekolah macam kitorang ni pon nak tumpang jugak lah. Nak amik gambar banyak nampak kepala derang ni je.


Banyak sebenarnya lagi gambar dalam kapal ni. Tapi macam biasa lah malas nak edit and upload.

Lepas melawat kapal dan muzium maritim kitorang bergerak ke bangunan A Famosa dan kawasan sekitarnya. Hehe. Ade cerita kelakar di sebalik A Famosa. Lenguh jugak aku manjat bukit tu. Agak-agak turun jugak 1kg.

-cuba cari di mana Labi dan Labu?-

Selepas turun dari kubu tu terus ke Muzium:

Lepas Muzium pergi makan dekat Dataran Pahlawan food court yang sangat la ramai orangnye. Lama jugak tunggu nak dapat order. Berpeluh-peluh you.
Siap makan kitorang ke Mahkota Parade untuk solat Zuhur (jamak seklai dengan asar lah. Musafir kan). After that, main boling lah. Satu game je. Tu pon banyak masuk longkang. Strike haram la. Haha.

- Yang sebelah kiri tu tu lane kitorang ye-

- jurugambar yang tak bertauliah itu-

After boling, adik aku balik ke IKM. Aku dan Miss Labi meneruskan agenda seterusnya iaitu nonton wayang. LIFE AS WE KNOW IT. Tipikal romantik komedi. Tapi along the way this is the one worth watching. At the end I found myself crying. Huu..bukan I sorang je ye.

-picture from onlinemovieshut-

Lepas je wayang terus ke agenda yang ditunggu-tunggu iaitu massage. Tapi sedikit frust dengan servis sebab bapak sakit urut kaki aku! Masa aku pergi yang dekat Times Square hari tu takdenye sakit camni sekali. Yang ni, aku rasa kaki aku makin sakit adalah. huhu.

Lepas massage terus ke kedai Cik Nah cari makan. Then merayap kejap kat pasar. Miss Labi beli cencaluk aku beli kerepek je. Balik bilik makan jeruk sambil layan Toy Story 4. END.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Josh memang cute....wahhh...

omedetou

Tahniah untukkku adikku sempena result UPSR yang cemerlang.
Semoga terus berjaya setiap kali periksa.
Jangan jadi macam kakak mu ini yang SPMnya hancuss.
Hahaha.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Teringat masa amik result UPSR dulu.

Thursday, November 11, 2010

Call me stupid

Call me stupid or whatever.
Tapi aku memang tak tau apa itu Gantt chart.
OMG. Stupid ke. Macam semua orang tahu je. Aku sorang je tak tau ke.
Ni betul-betul mencabar ke"pandai"an aku.

It's not like when you cakap kat kawan you yang Josh Duhamel tu husband Fergie. and she goes like ooo.Hehe. Example je darling.

Ni macam orang yang taktau Albert Einstein tu sape. Or E=mc kuasa dua.
Am I stupid. Dont think so.
It just me not knowing. Right?hehehehe.

For those yang sama macam aku please klik HERE for Gantt chart info.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:I can pretend that I knew

Wednesday, November 10, 2010

Lawatan sambil belajar 1

Aku dulu masa kecik-kecik time lawatan sekolah tak pernah lagi ke Melaka. Dah besar-besar ni baru ada peluang nak melawat Melaka. Tapi bak kata omputih Better late than Never.

Actually masa diskusi bersama Miss Labi tak sebut pon pasal Melaka. Time tu berangan nak ke Kundasang. Paling dekat pon Langkawi. Tapi biasa lah buat keputusan drastik nak gi Melaka. Dekat dan affordable. Hehehe.

Kitorang choose nak naik train (KL sentral-Tampin). FYI ni first time aku naik train except lrt dan yang seangkatan dengannya lah. Aku muka excited tak ingat. Naik pulak satu coach dengan tourist Jepun. Terasa macam orang Jepun la pulak sebab penuh dengan derang yang cakap Jepun je. Yang tak tahan masa sampai stesen tu ada la yang ajak kitorang bergambar. Aku dengan gatalnya keluar sebaris ayat. Terus derang cakap Jepun dengan aku. Aku dengan menggelabah terus lari. HAHAHA. Bodoh je rasa.

- Miss Labi buat cool. Kat sebelah tu Uncle and Auntie Jepun-

-Aku senyum lebar setelah sampai ke Tampin/Pulau Selebang-

Dari Tampin, kitorang naik kereta sewa Pakcik Z. Untung juga la jumpa Uncle Z ni sebab dah jadi tourist guide kitorang tak rasmi. On the way ke Bukit Katil (homestay yang aku book tapi at the end tak jadi sebab tak jumpa tempat dan budak in charge tu tak angkat tepon), dia dengan baik hati tunjukkan kitorang "rumah 100 tahun".

-Gambar tak berapa menarik sebab amik dari dalam kereta-

Oleh sebab problem nak mencari Homestay "penipu" kitorang decide terus ke bandar Melaka and try cari hotel lain. Pusing punya pusing sampai Uncle Z dah berpeluh-peluh akhirnya dapat lah Hotel RS Park. Ok la kot. Lagi pon walking distance; tak jauh dengan tempat-tempat menarik yang lain.

Lepas mengisi perut yang dah berbunyi lagu Metallica tu pakcik Z pon mahu mengundurkan diri. Tapi before tu dia hantar la kitorang ke China Town dulu. Tapi before tu lagi dia bawak kitorang ke Villa Sentosa. Villa Sentosa ni kira living museum la. Time kat sini jumpa ngan Aussie tourist and Mr. Johnson. So sama-sama menolong. Kitorang ambik gambar derang, derang ambik gambar kitorang.



- Gambar luar rumah-

Antara barang-barang yang dipamerkan dalam rumah tu (aku tak amik banyak sangat rupanya):

Pengantin Aussie, Malay and Indian:

-Mr Johnson boleh kahwin empat lagi hari tu-



Time petang ni dah tak ambik gambar sebab nak tunggu esoknya. Cameraman akan datang menolong. Haha.

Lepas tu kitorang merayap-rayap la kat bandar Melaka. Dari Jonker Walk ke Bangunan Stadhuys, pastu masuk Dataran Pahlawan cari air cond. Haha. Cari stoking pon ye. Konon nak tengok wayang tapi takde cerita. Cari tempat massage dah penuh. Tapi book untuk esoknya. Maklumlah esok nak jalan-jalan lagi satu hari.

Lepas tu ke kedai Ciknah melayan tomyam. Balik hotel layan DVD The Last Air Bender. Itu je lah untuk hari pertama.=p

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Nihon?

Monday, November 8, 2010

In a bad mood

Gomen!

I supposed to update about my holiday with Miss Labi at Melaka. Tapi hari ni aku memang in a very bad mood.

First, when I came into the office, urgh I just so fed up. Guess holiday to Melaka cant do much. Aku patut pasni pegi holiday ke Jepun, tak pun Karambunai. Haha. Baru kalau terkena tembakan bertalu-talu kat ofis aku boleh senyum je.

Second, budak yang homestay Bakti tu ada mesej. Cakap dia tak dapat pon duit deposit yang aku masukkan. Masalahnya memang aku dah masukkan. Aku tipu ke dia tipu. So bengang. Bukan masalah duit. Tak dapat balik pon macam dah tak kisah. Tapi masalah integriti. Kalau dia kata aku tak masukkan duit tu, maknanya aku ni penipu lah?

Third, aku nampak someone online. Aku geram je nak tembak dia. Dia owe an explaination kat aku. Tapi dia tak tegur, aku pon malas nak tegur. Tapi aku geram bila dia tak tegur. Paham ke aku cakap ni?

aiih. Esok aku nak ceria balik. Nanti update gambar time gi Melaka. BESTTT. 1000x thumbs up. Hehe. Maybe boleh view Miss Labi punya page dulu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Bila nak dapat keje lain ni??

Thursday, November 4, 2010

Bercampur baur

Lama tak update. Ade ke orang rindu nak tunggu update saya ni?

Saya sibuk sikit minggu ni sebenarnya. Hari Selasa and semalam tak masuk ofis sebab ada meeting kat luar. Hari isnin tu kelam kabut prepare apa yang patut untuk meeting. Dah prepare sejak bulan lepas lagi, tapi last minute ada je lagi benda tak cukup. Penat sikit nak memenuhi demand bos yang nak meeting tu perfect and smooth. Nak impressed a lot of people so kena la bekerja keras kan.

Excited giler walaupon penat bekerja. Esok kan nak berholiday bersama-sama dengan Miss Labi. Sangat-sangat looking forward to it.

But, dah ada dua orang yang spoilkan mood untuk bercuti esok. Frust pon ada. Rasa macam orang tak memahami je. This vacation just supposed to be about ME having a good, nice and relaxing weekends with my bff. Me and HER only. Bila ada orang nak ikut saya terpaksa la cakap NO.

My cousin nak ikut. Saya rasa dia bergurau je nak ikut tapi terus la saya cakap, saya nak pergi ni backpacking, bukan naik kereta, nanti dia tak larat nak jalan dan kompem merengek je. Saya taknak serabutkan kepala nak jaga budak time saya nak relax. Selfish ke? Saya rasa tak. Pastu boleh pulak mak dia kata "Ooo pergi Melaka boleh, pergi melawat rumah makcik sendiri tak boleh". Tiba-tiba keluar benda macam ni. Saya tau lah saya dah lama tak menjenguk makcik tapi, tak payah lah pedas sangat kata-kata tu. Terasa saya makcik!

Adik saya kat Melaka nak datang KL time Deepavali. Saya kata saya nak ke Melaka. Kalau nak datang saya tak ada lah. Jadinya saya nasihatkan dia tak payah datang. Dia pon tanya "dok tak mboh ajok adik ke jalan etek". Saya pon jawablah, kalau muat bilik ajak, kalau tak muat tak ajaklah. Lagi pon takkan lah nak ajak dia lelaki nak join kitorang yang perempuan ni. Terus merajuk kata "taknak ajak sudahlah". Saya kata lah, datang lah berjalan-jalan dengan kitorang time siang tu. Tapi malam balik lah IKM balik. Terus senyap je. Suka hati lah. Memang taknak ajak. Kalau nak ajak pon sebab nak suruh jadi cameraman je. Saya kakak yang jahat ke? Hahahaha.

BTW, saya lupa nak cakap. Saya tak jadi berhenti kerja part time. Hehehehehe. Saya rasa mungkin sebab ni semua orang bengang kot. Kali ni saya nak jadi selfish!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: sopan tak SAYA??