Friday, November 12, 2010

Lawatan sambil belajar 2

Hari ke-2 di Melaka.

Tempat yang mula-mula dituju adalah kapal besar tu. Seronok jugak naik kapal tapi tak berapa nak seronok ramai sangat anok-anok nyet (translation: budak-budak kecik). Maklumlah musim lawatan budak-budak sekolah. Budak-budak tak sekolah macam kitorang ni pon nak tumpang jugak lah. Nak amik gambar banyak nampak kepala derang ni je.


Banyak sebenarnya lagi gambar dalam kapal ni. Tapi macam biasa lah malas nak edit and upload.

Lepas melawat kapal dan muzium maritim kitorang bergerak ke bangunan A Famosa dan kawasan sekitarnya. Hehe. Ade cerita kelakar di sebalik A Famosa. Lenguh jugak aku manjat bukit tu. Agak-agak turun jugak 1kg.

-cuba cari di mana Labi dan Labu?-

Selepas turun dari kubu tu terus ke Muzium:

Lepas Muzium pergi makan dekat Dataran Pahlawan food court yang sangat la ramai orangnye. Lama jugak tunggu nak dapat order. Berpeluh-peluh you.
Siap makan kitorang ke Mahkota Parade untuk solat Zuhur (jamak seklai dengan asar lah. Musafir kan). After that, main boling lah. Satu game je. Tu pon banyak masuk longkang. Strike haram la. Haha.

- Yang sebelah kiri tu tu lane kitorang ye-

- jurugambar yang tak bertauliah itu-

After boling, adik aku balik ke IKM. Aku dan Miss Labi meneruskan agenda seterusnya iaitu nonton wayang. LIFE AS WE KNOW IT. Tipikal romantik komedi. Tapi along the way this is the one worth watching. At the end I found myself crying. Huu..bukan I sorang je ye.

-picture from onlinemovieshut-

Lepas je wayang terus ke agenda yang ditunggu-tunggu iaitu massage. Tapi sedikit frust dengan servis sebab bapak sakit urut kaki aku! Masa aku pergi yang dekat Times Square hari tu takdenye sakit camni sekali. Yang ni, aku rasa kaki aku makin sakit adalah. huhu.

Lepas massage terus ke kedai Cik Nah cari makan. Then merayap kejap kat pasar. Miss Labi beli cencaluk aku beli kerepek je. Balik bilik makan jeruk sambil layan Toy Story 4. END.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Josh memang cute....wahhh...

1 comment:

anasu no haha said...

bukan kiut, tapi very hot okey! errr i mean josh duhamel hehehe