Thursday, November 4, 2010

Bercampur baur

Lama tak update. Ade ke orang rindu nak tunggu update saya ni?

Saya sibuk sikit minggu ni sebenarnya. Hari Selasa and semalam tak masuk ofis sebab ada meeting kat luar. Hari isnin tu kelam kabut prepare apa yang patut untuk meeting. Dah prepare sejak bulan lepas lagi, tapi last minute ada je lagi benda tak cukup. Penat sikit nak memenuhi demand bos yang nak meeting tu perfect and smooth. Nak impressed a lot of people so kena la bekerja keras kan.

Excited giler walaupon penat bekerja. Esok kan nak berholiday bersama-sama dengan Miss Labi. Sangat-sangat looking forward to it.

But, dah ada dua orang yang spoilkan mood untuk bercuti esok. Frust pon ada. Rasa macam orang tak memahami je. This vacation just supposed to be about ME having a good, nice and relaxing weekends with my bff. Me and HER only. Bila ada orang nak ikut saya terpaksa la cakap NO.

My cousin nak ikut. Saya rasa dia bergurau je nak ikut tapi terus la saya cakap, saya nak pergi ni backpacking, bukan naik kereta, nanti dia tak larat nak jalan dan kompem merengek je. Saya taknak serabutkan kepala nak jaga budak time saya nak relax. Selfish ke? Saya rasa tak. Pastu boleh pulak mak dia kata "Ooo pergi Melaka boleh, pergi melawat rumah makcik sendiri tak boleh". Tiba-tiba keluar benda macam ni. Saya tau lah saya dah lama tak menjenguk makcik tapi, tak payah lah pedas sangat kata-kata tu. Terasa saya makcik!

Adik saya kat Melaka nak datang KL time Deepavali. Saya kata saya nak ke Melaka. Kalau nak datang saya tak ada lah. Jadinya saya nasihatkan dia tak payah datang. Dia pon tanya "dok tak mboh ajok adik ke jalan etek". Saya pon jawablah, kalau muat bilik ajak, kalau tak muat tak ajaklah. Lagi pon takkan lah nak ajak dia lelaki nak join kitorang yang perempuan ni. Terus merajuk kata "taknak ajak sudahlah". Saya kata lah, datang lah berjalan-jalan dengan kitorang time siang tu. Tapi malam balik lah IKM balik. Terus senyap je. Suka hati lah. Memang taknak ajak. Kalau nak ajak pon sebab nak suruh jadi cameraman je. Saya kakak yang jahat ke? Hahahaha.

BTW, saya lupa nak cakap. Saya tak jadi berhenti kerja part time. Hehehehehe. Saya rasa mungkin sebab ni semua orang bengang kot. Kali ni saya nak jadi selfish!

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: sopan tak SAYA??

1 comment:

anasu no haha said...

SOPAM gilerrrrr hahahahaha..
aku pun eksaited nih..sengaja aku x announce nak gi mana sbb pasni mesti ada wat ayat merengek nak ikut ke gape..hahahaha

ajak lah pija sekali masa jalan2 ari sabtu tu..buleh jadi kamerameng hihihi..