Tuesday, April 19, 2011

Budak-budak

Sape minat AF? Sila angkat tangan! Aku seyes tak minat. Rancangan-rancangan menyanyi terkinja-kinja (oopss!) ni so not my taste. AF yang aku pernah layan sikit time Zahid and Farah. Seyes seriau masa Farah nyanyi lagu Mengapa. Tu je lah kenangan aku dengan AF. Pastu memang tak tengok sampai sudah lah.

Tapi semalam tiba-tiba nak kenal Erol AF9 (tak sure ejaan betol tak). Sebab apa? Rupa-rupanya dia tu 'kekasih aku'. Haha. Ni Aimin punya kerja la. Dia tengok AF si Erol tu menyanyi lagu Cinta untuk Nabila. Terus dia cakap 'ini kekasih makcik'. Tergelak-gelak aku dengar mama dia cerita. Tau pulak nama makcik dia Nabilah. Dia ingat makcik dia sorang je ke Nabilah dalam Malaysia ni. Budak2 memang comel.

Aimin ngan Dina yang suka menempek ngan makcik
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Rindu kat Adik Wan sayang

Thursday, April 14, 2011

Tweet. Tweet

image from smashingmagazine

Ok. Confession. Akulah manusia zaman batu yang belum ada akaun twitter.
Nak gelak? Nak mengutuk? Silakan. No hal. Aku tak marah. Seyes.

Sape boleh ajar aku camne nak master dalam twittering ni. Setakat sign up account tu sape-sape pon boleh. Problemnya aku tak berapa paham konsep dia. Part aku follow orang paham lagi. Part kalau ada orang follow aku tu aku paham lagi rasanya. And serius aku malas nk google instruction ke ape. Ye aku ni orang yang suka disuap je. hehe.

Aku pernah sign up account. Sudahnya tak reti camne. Aku delete balik akaun tu. Ok sensei2 semua now time to teach student yang nak baru belajar ni.

Incase you wondering why kenapa aku nak buat twitter. Saje je. Aku ingat nak follow artis. Yeah alasan yang hampeh giler. Hehe.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Tweet. Tweet

Monday, April 11, 2011

Getting lost will help you find yourself


p/s: Received this from a friend. Sorry taktau nak bagi kredit kat sape. Please don't sue me.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I'll stop

Sunday, April 10, 2011

Anata, Gomenasai!

HAPPY BIRTHDAY YAMAPI!!!

Picture from newslover

Gomen ne Pi Chan. Forgot to celebrate on the 9th April. Omedatou for your 26th birthday. Thanks to spill milk for the translation. Click here for more NEWS addiction.

Now the serious part yang tak ada kaitan dengan Yamapi dan juga tajuk.
For the 1000th time (exaggerating), I've been fooled by this one person. I wish I could cry 1 liter of tears (haha. Pinjam tajuk dorama), so that it wont hurt this much. I thought we are doing OK. But suddenly all this! I'm sorry I just cant forgive you anymore.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Pernah tak korang rasa nak menangis tapi tak boleh menangis?

Saturday, April 9, 2011

Yokatta

Alhamdulillah. Yokatta ne.

My cousin (the one that I mention in the previous entry), now dah discharge and balik rumah. After 2 weeks in ICU and unconscious he's a bit blur. Katanya penat dia tidur tapi mak tak kejut-kejut pon suruh dia pergi sekolah.

Even though he cant recognise most of us at least he's awake now. Boleh bercakap and masih kakkoi seperti dulu. Cuma ambik masa kot nak kenal semua orang sebab dah lama sangat "tidur". And InsyaAllah boleh kembali seperti biasa. Cuma nasihat doktor jangan tinggal dia sorang-sorang risau takut terjatuh. Semoga cepat sembuh. Bersyukur sangat-sangat.

Tadi ke Time Square mencari Nodame Final Stage. Kecewa dah sold out. But happy jugak sebab dapat berborak ngan satu couple Jepun ni pasal Nodame. Hehe. Lama dah tak berborak pasal Jdorama. Lama jugak tak tengok dorama sebab player rosak. Huh. What to do. Tengah bankrap. Layan My Soju je la dulu.

Aku pon tak tau apa aku melalut ni. Yang pasti Yokatta ne..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Genki by LANDS

Monday, April 4, 2011

Aku Gila Kuasa

Yup aku "Power crazy". But with boundaries lah.

Kat sini bukan bermaksud aku gila nak jadi bos ke apa. Tapi aku kadang-kadang nak je buat semua kerja sendiri sebab honestly aku tak berapa nak percaya dekat orang. Kita nak cepat orang buat terhegeh-hegeh. Kita nak lain orang buat lain. Kita rasa dah betul sampai kat orang jadi salah pulak. Kita kata urgent orang buat lewa. Dah tu macam mana?

Aku memang tak perfect. Kompem punya. Semua pun manusia biasa je kan. Tapi dengan perbuatan boleh nilai sama ada orang buat kerja dengan integriti ke main-main. Serius or sambil lewa. Kadang-kadang karenah orang buat aku tak paham. Dedikasi kerja diorang tahap mana.

Hari ni team aku memang totally screwed! Sebab call letter yang kitorang hantar kat respondent rupa-rupanya terperap kat meja orang yang bertanggungjawab mengepos surat. Bukan 2 hari. Tapi 2 minggu ye kawan-kawan. Patut lah tak ada satu pon reply slip dari negeri tu. Rupanya surat tak sampai . Diorang nak reply macam mana. Meeting tu 13hb ni. Hari ni dah 9hb. Yabê! Terus bermati-matian kitorang call semua respondent tu. Nasib baik tahu hari ni. Kalau tahu next week memang tak tau nak cakap lah. Ada yang kena buang keje agaknya.

That's why ada baiknya kalau tak mengharapkan orang. This is a good lesson untuk team aku. Supaya cepat-cepat follow up walaupun sesibuk mana pon. Then kena sentiasa tau ada orang memang kene cucuk bontot selalu baru dia nak gerak. Therefore kita kena jadi proaktif. Sentiasa follow up dan cucuk bontot orang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Thanks Ajis for faxing all the letter

Friday, April 1, 2011

Aku gatal

Aku gatal nak upload gambar ni sebab aku serius tak ada topik nak menulis.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Rajin tak aku kat ofis ?