Friday, October 22, 2010

Recharged

Bateri aku dah recharge sikit hari ni. Maklumlah semalam lepas kerja keje keluar dengan Miss Labi and have a good laugh, a delicious Rak Thai Tom Yam and also the Ice Cream. What a magic friendship and delicious food can do to you ne. 90% of the tension dah terbang. Arigatou.

Aku ada bercakap dengan Miss Labi, jom pergi somewhere. Holiday. We're thinking of somewhere cheaper. Bali? Aku cadangkan Krabi. Tapi dua-dua pon penakut. Aku takut nak ke Bali sebab taku kena bom and gempa Bumi. Miss Labi takut nak ke Krabi sebab takut kene serang pengganas. Hehe. Then, we decide on Singapore. Macam takde problem, tapi maybe tukaran duit mahal sikit la. Pastu melalut nak ke pulau, Pulau Redang la, pulau ni la. Haha. Nampak dress cantik yang sesuai pakai kat tepi pantai mula la berangan. Macam biasa nak Jepun pon keluar jugak. Haha. InsyaAllah. Someday...

Aku baru je lepas tengok Hyakuman-en to nigamushi Onna/1 Million Yen Girl. You might find the page review HERE and HERE helpful. Basically cerita pasal soul searching/life searching. Rasanya semua orang pon boleh relate dengan cerita ni. Yang aku nak relate pasal entry ni ialah dalam movie ni, Suzuko tu akan pergi destinasi baru selepas simpanan dia cukup 1 Million yen. Selalu je tengok cerita camni. Tiba-tiba ambil keputusan keluar dari comfort zone untuk cari something new. Aku? Ada berani nak buat camtu?

Tak berani. Takde power untuk buat benda-benda camni. Sometimes ada jugak terpikir nak merantau, travel, tengok dunia (wah ayat!). Tapi tak berani. Tak berani nak tinggalkan kerja. Tak berani nak tinggalkan hidup tanpa gaji. Tak berani nak hidup kat tempat orang sorang-sorang. Apa pun tak berani. Huhu. Nak kumpul 1 juta ringgit? Itu pon tak berani. Tak yakin pon sebenarnya. Kalau orang yang berani, boleh je usaha berniaga ke nak dapatkan 1 juta ringgit. Tapi agaknya orang pon tak berani nak kumpul 1 juta ringgit sebab nanti bayar cukai, kerajaan guna duit nak buat bangunan 100 tingkat yang tak nampak pon kepentingannya pada masa ini. Prioritise PM. Prioritise! Listen la kat rakyat sekali sekala.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Our government kena recharged balik derang punye tujuan jadi wakil rakyat. Betul-betul mewakili rakyat ke?

Thursday, October 21, 2010

Motivasi


Lack of motivation.
Taktau rasa apa. Sad, bored, hated?
Nak something new tapi tak berani. Such a coward.
Kena balik kampung recharge bateri ni.
Lama tak balik gini lah jadinya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME:Heavenly Days by Yui Aragaki

Tuesday, October 19, 2010

Pengotor

Aku bukan lah pembersih sangat tapi aku boleh kata dengan yakin yang aku bukan pengotor. Kenapakah aku berkata sedemikian rupa?

Orang berkuku panjang - Dalam bas hari tu orang berkuku panjang ni kuku dia tu asyik je kena tangan aku. Bukan lah aku kisah sangat bersentuh-sentuhan di dalam bas tu, apatah lagi dia tu perempuan, tapi yang aku kisah bila kukunya yang panjang tu mencucuk-cucuk tangan aku. Dan bila aku mengerling ke arah kukunya itu, aduhai hitam. Bukan hitam sebab pakai pewarna kuku tapi taktau la. Berbagai jenis kotoran pon ade. Aku alih tangan, dia dekat, aku alih, dia dekat, les ke ape??
Cakap pasal kuku panjang ni aku memang anti. Sah-sah kalau Muslim. Macam mana la nak solat, basuh berak. Kalau makan dengan tangan lagi la haru senang-senang dapat title pengotor kelas pertama.

Pelombong bijih - Yang ni aku geram jugak. Banyak sangat kes jumpa. Dah sedap-sedap lombong bijih depan orang tanpa segan silu pastu siap jentik-jentik lagi. Tak boleh ke kalau melombong time mandi? Kelmarin lagi teruk, ade sorang mamat ni dah la makan epal dalam train berbunyi-bunyi mengunyah, tengah-tengah makan tu boleh melombong pulak. Adoi. Macam ini manusia pon ada ka??

Ketiak semerbak - Ini pon tak tahan boleh pening kepala. Kalau petang lepas kerja boleh la diterima lagi. Boleh kata dah penat satu hari kerja ketiak pon berbau. Tapi kalau pagi-pagi time pukul 7 tu memang melampau la kalau dah start semerbak. Tolong lah kesiankan orang yang nak kerja ni. Pagi-pagi dah pening kepala menahan bau tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: uwekkkk

Injection

Minggu ni dos injection Jpop aku terlalu tinggi. Thanks to Silentregrets sebab dah jadi supplier for my addiction. Haha.

First of all, NEWS came out with their latest single "Fighting Man". Baru je dengar malam tadi. Sebagai peminat tegar aku akan kata best. Tapi sebagai pengkritik, lagu dia lebih kurang sama dengan lagu before ni. Kalau sesiapa pernah dengar lagu NEWS mesti faham apa yang aku maksudkan. Tapi yang best bila tengok PV. Cute je Pi masa last dia peluk Ryo. Hua2. Aku try nak upload PV tu kat sini tapi tak boleh lah. Huhu. Tak dapat la nak tunjuk hairstyle Massu yang baru, kekiutan and kematangan muka Pi sekarang and muka malu2 Ryo ketika dipeluk Pi.

Pastu tiap-tiap malam aku tibai tengok cerita je. Ada yang best and ada yang kureng. Aku memang tak sempat nak buat review sebab banyak sangat cerita. Tapi kalau nak suruh aku cadangkan, aku rasa,
  • "must see" category ialah; Bandage (lagu best and rasa nak nangis 2 hari je), Swing Girls (sangat-sangat entertaining sampai adik aku ulang tengok 2-3x,. Sape yang takde semangat di syorkan tengok), Josee The Tiger and The Fish (sila rujuk entry tajuk ini), Summer Time Machine Blues (Aku suka plot dia. Macam cerita penyiasatan pulak walau hakikatnya bukan).
  • biasa-biasa je (tengok tanpa meninggalkan kesan tapi entertaining); arch Angel, Gigolo Wannabe, Gyakko Nine, Turtles Can Swim Faster Than Expected
  • Yang tobat taknak tengok dah sebab sangat menakutkan : Audition ~ citer yang scary giler bukan sebab menakutkan tapi sebab scene penderaan melampau!
  • Yang aku tengok tersekat-sekat and belum ada mood nak sambung; Akihabara, Crying Out Love in The Centre of The World, Crow Zero 1, Byakkotai ~ walau pon Pi berlakon mungkin sebab siter sejarah and slow sikit aku belum ade mood nak tengok.
Yang lain-lain dah didownload tapi tak ada masa untuk browse apatah lagi tengok full. Akan diupdate kemudian.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Genki, genki, genki

Monday, October 18, 2010

Guilty

Guilty as charged.

During lunch aku ada mengata seseorang. Lepas lunch, orang yang aku mengata ada buat something yang sangat baik kat aku. Rasa bersalah sangat. I shouldnt have said what I've said. Terlajak perahu boleh diundur kalau air tak deras sangat, terlajak kata walaupun sepatah yang cakap pelan-pelan pon memang tak boleh nak tarik balik.

Pengajarannya, jangan mengata orang. Walau pon orang tu tak tau, diri sendiri jugak yang akan rasa bersalah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I'm truly sorry

Thursday, October 14, 2010

Kembali

Aku sangka hatiku sekeras batu. Rupa tidak sama sekali. Huahua.
Aku kembali membuka Facebook aku. Hahaha.
Aku rasa sebab dah jadi rutin gatal je tangan tu nak login. Huhu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Masih bosan and tired

1st day

Hari ni aku puasa. 1st day puasa since last puasa bulan puasa hari tu. Konon nak puasa sunat Syawal masa lepas raya hari tu. Gusi pulak bengkak. Tak boleh nak puasa sebab mulut sakit and nak kena selalu minum air. Last2 Syawal dah habis pon.

Hari ni aku gagahkan jugak diri puasa. Yelah, kalau tak start ganti sekarang lambat pulak gantinya. Kalau buatnya ajal sampai puasa tak ganti lagi camne kan. Baiklah ganti cepat2.

Tapi, aku rasa memang aku tak berapa nak larat hari ni. Belum pon sampai time rehat, pukul 12.45 aku dah ke surau. Tidur. Time tidur ni la, aku siap mimpi makan macam-macam. Kejap beratur dekat kantin mana ntah, tengah pilih-pilih lauk. Sekejap dah kat Burger King tibai Whopper. Pastu kejap makan mee hun sup. Sedar-sedar orang yang dah balik lunch masuk nak solat baru aku terjaga. Memang berkualiti betul la tidur aku.

Taktau lah. Bangun tidur OK sikit. Mungkin sebab dah "makan" banyak kurang sikit letih. Hahah. Ni lah makanan aku tadi:





Pastu ni terasa sangat-sangat nak makan waffle tuk berbuka nanti.


Memang tak baik kalau puasa cakap lapar, letih dsb. Tapi aku hari ni memang betul-betul tak larat. Takpe lah. Anggap saja puasa hari ni latihan dulu. InsyaAllah, pahala semua tu urusan Allah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Waffle Blueberry campur Peanut