Friday, October 22, 2010

Recharged

Bateri aku dah recharge sikit hari ni. Maklumlah semalam lepas kerja keje keluar dengan Miss Labi and have a good laugh, a delicious Rak Thai Tom Yam and also the Ice Cream. What a magic friendship and delicious food can do to you ne. 90% of the tension dah terbang. Arigatou.

Aku ada bercakap dengan Miss Labi, jom pergi somewhere. Holiday. We're thinking of somewhere cheaper. Bali? Aku cadangkan Krabi. Tapi dua-dua pon penakut. Aku takut nak ke Bali sebab taku kena bom and gempa Bumi. Miss Labi takut nak ke Krabi sebab takut kene serang pengganas. Hehe. Then, we decide on Singapore. Macam takde problem, tapi maybe tukaran duit mahal sikit la. Pastu melalut nak ke pulau, Pulau Redang la, pulau ni la. Haha. Nampak dress cantik yang sesuai pakai kat tepi pantai mula la berangan. Macam biasa nak Jepun pon keluar jugak. Haha. InsyaAllah. Someday...

Aku baru je lepas tengok Hyakuman-en to nigamushi Onna/1 Million Yen Girl. You might find the page review HERE and HERE helpful. Basically cerita pasal soul searching/life searching. Rasanya semua orang pon boleh relate dengan cerita ni. Yang aku nak relate pasal entry ni ialah dalam movie ni, Suzuko tu akan pergi destinasi baru selepas simpanan dia cukup 1 Million yen. Selalu je tengok cerita camni. Tiba-tiba ambil keputusan keluar dari comfort zone untuk cari something new. Aku? Ada berani nak buat camtu?

Tak berani. Takde power untuk buat benda-benda camni. Sometimes ada jugak terpikir nak merantau, travel, tengok dunia (wah ayat!). Tapi tak berani. Tak berani nak tinggalkan kerja. Tak berani nak tinggalkan hidup tanpa gaji. Tak berani nak hidup kat tempat orang sorang-sorang. Apa pun tak berani. Huhu. Nak kumpul 1 juta ringgit? Itu pon tak berani. Tak yakin pon sebenarnya. Kalau orang yang berani, boleh je usaha berniaga ke nak dapatkan 1 juta ringgit. Tapi agaknya orang pon tak berani nak kumpul 1 juta ringgit sebab nanti bayar cukai, kerajaan guna duit nak buat bangunan 100 tingkat yang tak nampak pon kepentingannya pada masa ini. Prioritise PM. Prioritise! Listen la kat rakyat sekali sekala.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Our government kena recharged balik derang punye tujuan jadi wakil rakyat. Betul-betul mewakili rakyat ke?

No comments: