Tuesday, November 30, 2010

Bad Service 2

Cukup-cukup lah entry sedih aku. Korang baca pon nak termuntah kan. Mesti dalam hati kata jiwang giler minah nih. Sebelum korang kata biarlah aku betulkan anggapan korang tu. Aku bukan minah jiwang tapi sekali sekala kene gak jiwo2 ni. Haha. Ke guane boh?

Ni aku nak entry pasal kebengangan aku terhadap segelintir penjawat awam ni. Dari semalam nak buat entry aku nih. Tapi semalam kan tengah jiwang karat nak menaip pun takde mood. Nak dijadikan cerita ada dua kejadian. Sebelum ni pun aku dah ada post pasal bad service nih.

Kelmarin kakak aku punya tunang punya kereta kena pecah. Yang hilangnya satu beg berisi dokumen. Banyak jugak lah dokumen yang penting. Agaknya "pemecah kereta" itu ingat tu beg laptop kot. Kalau tak apekejadahnya nak ambik beg tu. Beg free Avon je pun. Bukan boleh jual.

Pagi semalam aku pun temankan lah kakak aku ke balai polis untuk buat report. Kalau aku sebut nama balai tu sia-sia je kejap lagi jadi isu negara pulak. Memang niat nak report pasal kehilangan dokumen tu. Bukan nak report pasal kereta kena pecah. Yang kena pecah tu bukan kereta kami pon. Dah lah ni first time nak buat report. At least bagi lah "pedoman" pada kami yang tak tahu ni.

Layanan memang dah fail. Sambil ambil statement duduk slouch kat kerusi macam orang kenyang lepas makan. Taip sepatah berborak dengan pegawai kat sebelah. Taip. Borak. Taip. Borak. Yang paling fail siap suruh kitorang buat laporan dokumen tu hilang kat rumah. "Senang sikit kerja" katanya. Alasannya kalau hilang sebab kereta kena pecah dah jadi kes pecah kereta bukan kehilangan dokumen. Dah tu tadi apasal tak cakap??? Pastu senang-senang nak suruh orang menipu. Mana integritinya?

Aku yang bengang ni apa lagi. Terus buat aduan kat e-aduan pdrm website. Takut jugak lah. Tapi biar lah sebab geram. At least aku buat something kan. Bukan sekadar membebel kat blog je.

Pastu semalam jugaklah seorang yang bertaraf penjawat awam kat tempat aku tu buat hal. Bukan semalam je. Memang dah selalu sangat lah. Biasa lah pegawai kontrak tak layak nak buat apa-apa pun. Siapa lah kami ni kan. Kerja bagai nak rak pun layanan yang dapat memang menyedihkan. Hantar email tu ok lah memang kerja dia. Tapi yang paling tak OK bila ada one of us pertikaikan email tu terus keluar ayat yang tak profesional langsung. Kata dah pergi induksi bagai. Ini ke hemah engkau sebagai penjawat awam? Kerana orang macam ko lah ramai penjawat awam dilabel dengan label yang stereotype "malas, kurang ajar, kurang mesra, makan gaji buta, tak produktif"...nak aku tambah lagi ke? Contohnya macam kat sini la. Ini yang dalam statistik. Yang tak masuk statistik berlambak je lagi rasanya.

Berubahlah. Ramai je lagi yang layak kerja. Kalau macam ni lah perangai ko sampai bila-bila pon orang tak respek penjawat awam! Kalau ko tak belajar hormat orang, orang pon tak akan hormat ko. Ko kata nak berambus kan, so suit yourself. Apakata cc email tu kat bos. Biar kena marah sama-sama!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Sometimes you just lucky

4 comments:

anasu no haha said...

gaji depa rendah kut, tu yg sokmo hangin heheeh

naa-chan said...

maybe la kot cik.
Tapi ade je hok molek.
Hok cacat sebab hok dok berapa molek ni lah.

Lemon said...

1st of all:

Polis mmg cmtu. ive made reports a few times already - ic ilang, car accident, modem broadband ilang, bla3 (u know la kan.. skrg ni even small2 thing pun need police reports) kadang2 aku siap nak tolong type report aku tu. kalau aku cikgu, da lama aku potong dengan pen merah pastu betulkan ejaan. b.r.i.b.*.r.y pun ada gak. dat's y la im SO skeptical.

tapi yang baik pun ada. bukan xde.. ;)

2nd of all:

aku berdoa aku BERJAYA menjawat jawatan awam supaya aku blh bagi servis lagi baik daripada mereka itu. bak kata sorang ex-gomen.. mentaliti "aku rajin pun gaji aku camtu. aku malas pun gaji aku camtu. baik aku bermalas2an" masih TEBAL lagi.

what to do.. k, la. gtg. kang ada aku wat post kat sini lak aih. hahahaha. tc, cik Naa.

naa-chan said...

Memang masalah sikap.
Rasanya sistem dah ok dah kot.

That's y they should hire people like us kan. Haha.