Tuesday, August 10, 2010

Selamat berpuasa

Biarlah lirik lagu ni mentafsir entry kali ni.

Harapan Ramadhan
by: Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua. Sama sama lah kita berusaha mencari puasa yang diredhai Allah bukan sekadar berlapar dan menahan dahaga. Tingkatkan amal ibadat dan InsyaAllah istiqamah sehingga bulan-bulan seterusnya. Dengan izin Allah, moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Selamat berpuasa to Miss Labi, Ain Guzzle, miss_ummi, MadianiMamat, medai a.k.a Nida

Mimpi yang menakutkan

Aku mimpi aku kahwin. Tapi aku tengok pengantin lelaki for the first time masa nak akad nikah je. Kiranya pilihan keluarga. Kalau ikutkan muka dia aku kenal tapi nama dia nama orang lain yang aku kenal jugak. Biasa la mimpi kan complicated sikit. Mengarut dan pening. Dari jauh nampak hensem. Yang pelik dalam mimpi tu aku yang kena akad dengan jurunikah bukan pengantin lelaki. Dah siap akad tu pengantin laki pon mai duduk kat aku. Hulur tangan. Aku pun sambut. Siap cakap lagi, we touch each other for the first time. Bongok je rasa.

Time dekat tu baru aku perasan telinga bertindik, kulit dia menggelupas (macam orang jarang mandi) and muka jerawat macam orang tak pernah cuci muka. Terus aku lepas tangan. Menyesal. Lepas tu watak pengantin laki hilang camtu je. Orang cakap dia ada keje, dia kena pegi tangkap ular terlepas. Btw melalui mimpi tu aku dapat tahu dia kerja dengan Jabatan Perhilitan.

Pastu scene bertukar. Suasana jadi kelam kabut. Kereta polis datang serbu kedai kat depan rumah aku. Polis tu kata "lari, lari, selamatkan diri!". Aku dengan budak tempat keje aku (dok tau la bila masa watak dia ni muncul) pon lari sekuat hati. Nampak jet pejuang berlegar-legar kat udara. Ada sebijik kapal terbang tentera sebesar alam kat atas kepala. Kapal tu lepas peluru berpandu kat arah kitorang. Aku lari sekuat mungkin. Tapi peluru tu kena jugak kawan aku tu. Aku tak pandang belakang dah terus lari sampai kat tepi bukit. Bawah bukit tu gaung. Ingatkan selamat la kalau terjun gaung rupa-rupanya keliling bukit tu dah penuh helicopter tunggu nak tembak sapa yang nak terjun. Aku tak tau nak buat apa, terjun jugak and start la berdas-das peluru ditujukan kat aku. Time tu la aku terbangun. Terus rasa takut yang amat. Mengucap. Istighfar. Siap pasang telinga nak dengar kot2 memang ada bunyi kapal/jet.

Masa terjaga tu aku tengok jam pukul 5. Berbelah bahagi nak bangun tahajud ke. Kalau ikutkan takut memang ingat nak bangun je. Pastu tengah-tengah pikir tu rupanya terlelap balik. Kali ni mimpi juga. Mimpi kat dalam Star LRT gotong royong bersihkan karpet. Haha.

Aku pon tak tau la apende maksud mimpi ni. Sampai pagi teringat-ingat lagi time kena tembak tu. Time tunggu bas elok pulak bas lambat. Lambat la sampai ofis. Kat ofis tu tengah semangat2 nak keje, si mangkuk hayun tu pulak telefon. Da menyepi dekat 2 minggu ada hati telefon aku. Terus tak de mood and nak nangis! Mimpi2. Ada kaitan ke?

--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Nak makan kuew tiau yang kat food court KLCC tu.

Monday, August 9, 2010

I'm Back

Setelah menyepi sejak hari Khamis, pagi ni excited ke pejabat. Tujuannya nak cek email, facebook, blog dan semua benda yang seangkatan dengannya. Dengan telefon masih lagi kene bar, ye tuan-tuan gaji belum masuk dan hutang dengan Celcom tak dapat la dilunaskan dengan cepat. Nak kontek orang pon tak dapat. Orang pon susah nampaknya nak kontek aku kalau aku tak memulakan dulu.

Kadang-kadang dalam friendship terasa macam aku terhegeh-hegeh, excited nak meneruskan persahabatan. Wish Happy Birthday dan apa jua sebab untuk kontek. Tapi reply dari sahabat 2 ni kadang2 menusuk hati. Terasa dengan layanan acuh tak acuh. Kesudahan aku amik keputusan tak akan memulakan dulu. Biarlah kalau dia ada hal dia lah yang kontek aku. Bukan niat nak memutuskan silaturrahim kerana tiada tempat di sisi Allah bagi orang yang memutuskan hubungan saudara. Mungkin sahabat itu dalam kesibukan dunia atau mungkin lebih baik lagi sibuk menguruskan ibadat menuju ke jalan Allah. Walau kadang terasa akan dihubungi bila hanya ada majlis kawin yang KENA dihadiri, atau juga kerana dia perlukan pertolongan. Mungkin juga tujuan bersahabat untuk waktu susah sahaja. Tak patut aku buruk sangka ni. Mungkin ada kekangan kot. Mungkin juga line telefon macam aku, kena bar. Banyak urusan yang kena diuruskan ke. Aku pon tak tau berapa banyak kemungkinan aku cipta untuk menyedapkan hati yang berprasangka. Apa pun dengan sahabat baik lain yang sentiasa menemani dan memahami aku cukup bahagia dah rasenya.

Melalut entry ke dimensi lain. Padahal hanya nak bercerita yang aku dah boleh access communication walau pon hanya di pejabat. Tunggu lah, esok gaji masuk akan aku lunaskan hutang piutang dunia. Atau aku patut terminate sahaja line dan kembali ke prepaid. Kekok pulak rasanya japgi.

Hujung minggu, aku berkursus. Menarik sangat-sangat. Biostatistic. Alangkah hebatnya otak manusia. Lagi hebat Pencipta otak manusia. Allahu Akbar!. Banyak pengetahuan baru bagi bukan orang statistic macam aku. Walau pon otak aku tak sehebat mana; susah juga nak menerima ilmu complicated (patut aku cakap ilmu interesting macam Prof speaker tu). Apatah zaman statistic dah lama ditinggalkan sejak tahun pertama universiti. Tepu dah.

Tapi yang tak menarik, tandas di hotel takde air. Kat sinki ada je. Tapi macam mana nak berhadas. Problem pula. Kami ni bukan kat padang pasir, di Malaysia yang kaya dengan air, di dalam tandas pun ada air, tetapi tak dapat nak guna. Apalah salahnya disediakan gayung. Ain jika adanya gayung tidak setaraf pula dengan hotel. Gayung patutnya di kolah masjid sahaja. Agaknya. Surau pun ada di basement. Terasa hina. Aku ni negara mana? Patutnya surau dimuliakan.

Bila mula bercakap pasal surau, teringat surau2 di shopping complex, bagusnya ada surau. Bersyukur. Tapi alangkah baiknya kalau telekung dan sejadah sentiasa dijaga dan bersih. Tapi padan lah sapa suruh tak bawak telekung sendiri! Orang dah sediakan sudah cukup baik. Ataupon pakai sajalah menutup aurat sepenuhnya. Tak perlu lagi bertelekung cukuplah dengan pakaian di badan. Aduh. Malu. Aurat aku masih tak dijaga sempurna. Masih lagi terbuka.

Argh. Macam mana mahu mengaku bersyukur kalau komplen sahaja dah sepanjang ni.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Perlakuan tak melambangkan pemikiran

Grieving

-Michan that we all love dearly-
(He will be missed)

Malam tadi baru tahu Michan tak doh doh. Kena langgar kereta. Sampai berkecai. Mok kate dah dekat 2 minggu tapi dok ingat nok kabo.

Sedihnya. Malam dok leh tido teringat ke Michan. Rasa sedih. Dik Wan lagi la sedih. Ayah pon sedih. Mak pon same. Awal2 dok sanggup nak kabo ke adik Michan kena langgar. Kate Michan gi cari awek. Last2 budak kecik tu keje tanya je bakpe Michan dok balik2 terpaksa la jugak kabo. Terus dia kata "Michan adik takdok doh, sedihnye adik, sedihnya adik".

Ni first time family aku bela kucing. Before ni da ada la Michan (adik aku semua kucing pon dia bagi nama Michan). Tapi sekejap je pastu hilang. Dok dan la nak rasa sayang. Tapi Michan yang ni, memang sayang sangat2. Dah la siap beli susu, whiskas. Mana pernah family aku layan kucing sampai gitu skali.

Even mak aku yang tak suka kucing pon rase kehilangan. Kalau dok, pagi2 bangun mesti Michan duk gesel2 kat kaki mintak susu. Whiskas dia ada separuh balang lagi. Nak cari kucing lain bukan senang. Michan ni kalau nak kencing or berak dia mesti keluar rumah. Sokmo cari tikus. Cari cicak. Ni dah dekat 2 minggu Michan takdok, mak kate banyok doh cicok kat dumoh tu.

Sedih macam mana pon, kena ingat semua tu ketentuan Tuhan. Pengajaran untuk yang masih hidup.

"Setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati".

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Adik kata nak bela singa pulok pasni.

Thursday, August 5, 2010

Part Time

I am applying for a part time job.

Main reasonnya of course la nak habiskan masa terluang yang banyak tu dengan benda berfaedah. Tu reason tersurat la. Reason yang tersirat sebab nak kurangkan masa di rumah so kuranglah sikit tekanan or kemurungan or whatever.

The main reason jugak sometimes aku rasa life macam a bit meaningless. I am not living my life to the fullest. Weekend aku terbuang gitu je. Menambah lemak ada la. Nak berdating ngan pakwe, pakwe tak de. Nak berdating ngan kawan2 bukannya tiap2 hari. Baiklah masa2 terluang tu diguna untuk benda lain selain melangut depan TV je sepanjang hari.

Oleh kerana tak mau ada regret di kemudian hari, better aku start buat something. So ni just langkah awal la. Mungkin duit yang dapat tu membolehkan aku apply Japanese language course ke (Ni memang visi and misi yang belum tercapai), pegi travel ke, menambahkan saving ke. Berangan dulu tak salah kan. Hehe.

Lagi pon mungkin dengan keje part time ni aku bleh expand sket aku punya social network. Bukan yang versi virtual macam online social networking tu. Real la baru best sikit. Haha. Boleh jugak tambah kontek untuk apply keje baru ke nanti. Ni bukan setakat menyelam minum air dah tapi menyelam sambil minum air, sambil korek hidung, sambil makan chewing gum. Haha. Bapak pengotor.

Jadinya kawan-kawan tolong lah doakan aku dapat keje ni ye. Kalau dah dapat aku cakap le nanti keje ape. At the time being biar lah rahsia. Kalau gajinye ada lebih aku belanja le mume2 makan steambot. And dont worry, aku akan cuba bahagikan masa untuk berdating dengan kawan2 semua. Huahuahua.

Baru berangan je ni. Harap-harap jadi kenyataan.

------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: I am away for a course this weekend. Looking forward for my interview this coming Sunday.

Tuesday, August 3, 2010

Naoko

Mareng disebabkan kemurungan yang melanda aku amik keputusan merayap ke Jusco Wangsa Maju lepas keje. Biasanya kalau aku tengah stress kalau dapat lepak bookstore and kedai DVD memang lega sket. Even dekat MPH tu semua mags dia balut dengan plastic dapat baca frontpage pon rasa macam best je. Aku memang cita-cita nak jadi librarian la.

Pastu pegi Speedy cari DVD citer yang best pada pandangan mata dan hati aku. Ingat nak beli chick flick je, tapi takder yang menarik. Last2 puas membelek-belek aku amik keputusan nak beli High School Musical 2. Tang2 tu jugak ada ramai customer masuk. Rase segan and malu la pulak nak beli High School Musical (Tengok. Control. Konon tak nak orang kata suka tengok citer camtu). Nak bayar pon segan ngan cashier hensem. Aku pon dah segan sangat tu kononnya, decide nak keluar je la. Time nak keluar tu ternampak la DVD Naoko ni. Yang penting sebab nampak gambar Ueno Juri dengan Haruma Miura. Walau pon takde sinopsis kat belakang DVD tu (ade tapi tulisan Cina) aku gamble je la beli. Pelakon pon macam best je.

And kesudahan ceritanya memang best. Dah la tengok dalam gelap sambil makan Big Apple donut. Memang buruk perangai. But every time after watching "Sports Movie" macam Remember The Titans, Bend It Like Beckham, H2 dorama (just to name a few) mesti akan ada semangat balik. Walau pon sekadar movie/drama, banyok buleh belajar. Insaf pon insaf kadang2.


More details about this movie, click HERE.


My Review:
Naoko is a story about Naoko Shinomiya (Ueno Juri), a girl with asthma. The movie starts with the scene on the boat where Naoko and her parents on their way to an Island (not sure) for treatment (away from the city for fresh air). This is when Naoko saw Yusuke running at the riverside. His athletic figure captivates her eyes. But, at that time, ( just my opinion ) Naoko feel jealous when saw Yusuke running, so she try to jump out of the boat; actually not so sure, maybe she just sit at the edge (but it looks like she want to jump) before actually felt down into the sea. Yusuke father saved her but he himself drowned because of the big wave. Because of this, Yusuke hates Naoko.

Six years later, they meet each other again at a Marathon competition. Naoko decides to become a manager to help Yusuke, a gifted runner, and they embark on training together to heal their sorrows from the past.

Panjang lagi ceritanya tapi malas nok tulis panjang2, spoil plok kekgi.

Aku suka movie ni. Bukan je ada good values tapi the scenery was beautifully captured. The cheering people, the team, the sea and the most important is Hamura Miura as Yusuke Iki and Tsurube Shofukute as coach Tenzen Nishiura. Hamura san macam professional athlete je dalam movie ni. Ke dia memang atlit? And the marathon event tu pon macam real je. Euno Juri as a girl with ashtma pon jadi (not that I have any doubt about her acting skills). She's always one of my favourites Japanese actress. Overall: Thums up!

My Rate: 8/10

-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: What's the point of running?

Monday, August 2, 2010

Kemurungan

Warning: Ayat-ayat dibawah mungkin terlalu jiwang and self-centered bagi manusia yang masih dalam paras sedar dan waras.

Aku masih lagi dalam tahap kemurungan melampau. Kejadian2 semalam masih lagi menghantui pikiran dan perasaan. Hati sebu. Fikiran tepu. Jiwa celaru. Hari tak mampu rasanya nak mencantikkan diri. Langkah tak lagi bermaya. Semangat tak lagi membara.

OK.OK.STOP! Aku pon sedikit geli baca ayat sendiri.

Tapi betol la. Sepanjang minggu lepas tensen je manjang. Tapi hari ni paling teruk kot. Tak pernah2 aku datang keje sememeh tahap cipan. Tapi hari ni dengan baju tak iron, tudung tangkap muat, kasut pump yang memang tak sesuai giler ke pejabat, muka tak touch up. Masuk2 ofis masam je. Tak lalu nak ucap Good Morning ke ape.

Aku pon tak tau mane menghilang semua mood aku. Mane pegi semangat keje yang mebuak-buak 5 bulan lepas. Mane pergi masuk keje awal dan balik lewat. Mane pergi keskemaan aku. Hilang dah semua. Rase nak rebel je manjang. Semangat takde, nak buat ape pon tak jadi.

Yang pasti peristiwa mareng memang buat semua mood aku jatuh kat kaki dah. Penyelesaian pon aku tak nampak. Sabar? tu je kot yang boleh dibuat time skang. Tapi sampai biler. Nak tunggu aku naik mereng ke? Telefon pulak kene blok (tu la gatal sangat main FB guna web phone. Bil melambung2. Tambah lagi stress). Nak mengadu pon tak boleh. Nasib la mak tersayang call malam tadi. Boleh la menangis puas2. Macam budak kecik pon ade. Tak pe la. Pepehal pon hanya mak yang memahami anak.

Oh Hati bile la nak jadi baik..

------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Hati busuk melampau