Setelah sekian lama meghilang dan menyepikan diri, aku ter'rajin' nak mengupdate blog pada hari ni.
Aku bukanlah menghilang ke mana tapi balik kampung. Biasalah orang busy nak kawen memang hidupnya busy memanjang je. Mana nak settle pasal kad, pasal door gift and yang paling penting pasal urusan nikah dengan pejabat agama. Penat jugak lah aku menaiki bukit ke pejabat agama untuk settle urusan permohonan nikah.
Semalam pergi pejabat pos, nak pos kad jemputan untuk kawan-kawan. Adoii bapak mahal setem sekarang ye. Beli 10 keping dah RM10. Sebab kata abang kat kaunter tu kad kahwin kena beli setem harga RM 0.80. BTW aku dah mintak ke alamat korang???Hehehehe. Korang nak ke datang? Aku pengapit je. Belum nak jadi pengantin lagi. Hehe. Tapi itulah, dah pengantinnya jauh di seberang laut terpaksa lah aku yang kat seberang ini settle kan semua untuk orang seberang sana. Tolong apa yang patut.
Kebetulan balik kali ni agak lama. Seminggu jugak lah. Awal-awal tu balik sebab orang besar suka sangat team Malaysia menang bola. Bagi cuti sehari. Aku bengang sebenarnya pasal cuti tu. Bukan lah tak suka team bola menang tapi ape kejadah pulak sampai satu negara kena cuti (Ni sebenarnya ayat seorang yang banyak kerja hujung tahun tak settle pastu tiba2 kena cuti pulak). Macam tak berapa relevan je bagi cuti sebab bola. Ni pendapat aku la. Tapi komplen tu dah lama berlalu sebab ada sahabat yang baik menumpangkan aku balik ke kampung. Berbaloi lah cuti yang diberi oleh kerajaan itu. Kalau tidak mereput lah aku keboringan di KL menghabiskan 3 hari cuti.
Selepas 3 hari balik KL. Keje Isnin and Selasa pastu malam Selasa balik semula ke Terengganu. Nak hantar adik aku ke SESMA. Cuaca di Terengganu memang tak nampak matahari. Hujan memanjang. Langit ibarat kelabu sekelabunya. Hari Khamis budak-budak bergembira sebab tak payah sekolah. Banjir. Air pon naik sampai atas jalan dah. Aku apa lagi turut sama berpesta macam orang lain. Yang dalam gambar di bawah itu bukan aku ye.



Bagi orang yang tak pernah kena banjir mesti rasa macam stress je. Tapi bagi orang yang memang tiap-tiap tahun InsyaAllah banjir ni dah tak ada apa dah. Masuk musim bah prepare la beras, sardin cukup-cukup. Just incase tak boleh nak gi kedai. Bila banjir rasa macam pesta air la pulak. Kalau korang tak percaya tengok lah gambar yang aku ambik dari facebook Teacher Maspah kat atas tu. Teringat pulak zaman kecik-kecik time banjir je sibuk cari tayar lori nak buat perahu. Tak dapat tayar batang pisang pon jadi. Tapi yang plaing syok main air atas jalan raya. Haha.
Ni rumah atuk aku. Atas rumah Tok Che. Bawah rumah Ki.
Ni tempat permainan banjir time kecik-kecik dulu.
Ni tempat permainan banjir time kecik-kecik dulu.
ME: Paling takut kena gigit lintah



2 comments:
umah aku nyaris je nak banjir....tiap2 tahun kalih doh...hehe
adik,
tu lah. kalih doh kan awok2 beloh kite nung.
Ibarat benda biasa je doh.
Rose,
aku xamik gambor tu yg xleh nk enterpreme etek tuh.hehe.
Post a Comment