Friday, January 28, 2011

Selemah Iman

Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran,
maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya,

jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya,
dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya.
Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman

(Hadits riwayat Imam Muslim).


Selemah-lemah Iman.

Peristiwa 1:
Tahun lepas. Dalam komuter dari mid valley. Sepasang couple. Perempuan bertudung. Lelakinya kulit macam aku. So aku kira mereka berdua ni Islam lah. Koman-koman pon kompem Melayu (kata macam ni sebab kadang-kadang orang kita lebih pentingkan adat dari ibadat). Dengan bersesak-sesak dalam train tu muka aku kat belakang kepala perempuan tu. Yang tak best, boleh pulak budak lelaki tu nak cium awek dia. Dah perempuan tu mengelak terus kepala dia terkena dahi aku. Sudahnya kepala aku terdongak, budak dua orang tu tak kata apa. Yang perempuan tu senyap. Yang lelaki siap buat cubaan ke-2, ke-3 dan seterusnya. Walau pon tak berjaya cubaannya itu tapi, apekebodo sangat lelaki tu. Tak tau ke dalam train. Tak payah nak tunjuk romantik la. Yang perempuan pulak apekebodo apsal tak tampar je muka lelaki tu? Yang aku pun sama bodoh. Patutnya aku ambik kasut ketuk kepala sekor2. Ape punya orang nak beromen tengah orang bersesak-sesak entah.

Peristiwa 2:
Minggu lepas. Dalam LRT ke KLCC. Sepasang couple. Kulit macam aku. Cakapnya Melayu. Aku bajet Islam lah. Train tak sesak pon. Tinggi je dari aku (aku memang tak sampai nak pegang pemegang, jadinya selalu duduk dekat dinding atau tiang) so aku bajet tangan dia sampai je nak pegang pemegang tu. Tapi dia pilih nak peluk pakwe semelekat yang boleh. Pusat bertemu pusat. Melekat macam octopus dekat batu. Dah tu sempat comolot dan usap-mengusap. Daring. Makcik Cina kat sebelah aku pon mampu pandang je. Semua yang berhampiran pun mampu pandang. Aku ni pulak memang rasa nak ketuk kepala derang dengan majalah tapi niat je lah. Sudahnya diam dan meyumpah dalam hati. Sama macam orang lain, mampu pandang je.

Peristiwa 3:
Semalam. Dalam bas balik rumah selepas kerja. Sepasang couple. Kulit macam aku. Perempuan bertudung. So aku bajet Islam lah. Tengah bersesak-sesak dalam bas. Lelaki tu pegang muka perempuan tu, "kenapa jerawat ni?" sambil usap-usap muka dengan jari. Muka antara muka jarak satu inci pon tak sampai. Apa tak pernah tengok jerawat ke? Tak boleh tunggu dah kahwin baru belek jerawat? Kalau dah kahwin tak boleh tunggu balik rumah? Makcik sebelah buat tak nampak. Aku buat tak perasan.

Itu lah aku. Lemah. Selemah-lemah Iman.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Bercinta sampai ke Syurga

1 comment:

naa-chan said...

btol. Aku dalam hati mmg nk tegur. Tp last2 suara tersekat kt kerongkong je.
Kan tegur klau dia tak buat apa2 OK la. Kang tiba2 ajak geng mai pukul aku dok ke naye. Muka scary je sorg2.