InsyaAllah malam ni akan bertolak balik ke kampung. Bas pukul 9. Harap perjalanan lancar dan selamat sampai ke destinasi.
Ingatkan nak bawak terus beg dari rumah ke ofis pagi tadi, tapi Ayahlong kata nak hantar ke stesen malam ni. So datang ofis macam biasa je. Kalau tak dengan beg galas, beg laptop and bag plastik berisi kuih tart, kuih cornflakes, kuih suji dan juga kek buah. Boleh tahan la beratnya. Konon taknak bawak balik banyak barang, penuh jugak lah beg masa aku packing malam tadi. Ni pon ingat balik jap lagi nak isi lagi satu beg dengan baju2 yang tak boleh pakai. Almari aku kat rumah Ayahlong tu dah sarat sangat.
Baju yang tak pakai tu bukan sebab aku makin gemuk ke ape ye kawan2, cumanya baru aku perasan sejak2 aku kerja ni baju kurung baru yang aku ada, ialah baju raya yang aku beli tahun lepas. Yang lain tu baju2 zaman Uni dan jugak zaman2 selepas tu before aku keje kat CRC ni. Banyak yang dah berbulu. Segan pulak nak pakai ke pejabat. Bukan nak melawa sangat tapi taknak lah nampak selekeh giler kan. So lepas raya ni terpaksa bershopping baju kurung baru. Patutnya beli time raya ni la baju murah sikit tapi memang tak sempat nak keluar shopping sekarang semenjak dua menjak buat part time ni.
Ke dikira membazir eh? Tak kot kan. Sebab dah lepas kira2 tinggal dalam beberapa pasang je yang masih elok dipakai. Yang aku dah takboleh and taknak pakai tu kesudahannya mak aku buat sarung bantal takpon buat balut pokok cempedak. Zaman sekarang ni kalau nak bagi orang kompem orang taknak. Kalau bagi duit orang terima. Lagi pon takkan nak bagi yang buruk kat orang. Tak baik macam tu. Kalau nak bagi kena bagi baru. Zaman aku kecik2 dulu kadang pakai jugak baju kurung yang mak2 sedara taknak pakai. Biasa lah masa tu susah sikit. Baju baru pon sekali setahun je. Untung sikit dua kali setahun. Time Raya Puasa ngan Raya Haji.
Tapi tengok kerajinan aku nak mengemas lagi sekali la lepas balik kerja nanti. Kalau tak, akan bertambah sarat la almari tu lepas aku ada masa beli baju baru. Hehe. Banyak pulak melalut. Padahal nak cerita pasal nak balik kampung malam ni. Rindu dah nak merasa angin kampung. Aku belum nak ucap Selamat Hari Raya lagi. InsyaAllah Ramadhan ada lagi satu hari esok. Nanti aku buat entry lain for Raya wishes. Till then, please doakan my safe journey balik kampung. Assalamualaikum.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
ME: Ittekimassu
2 comments:
semoga mu dapat perlindungan Allah sepanjang perjalanan balik =)
Alhamdulillah telah selamat sampai.
Post a Comment