Tetapi di kala bosan tiada keje and aku baca The Star online ternampak la pasal Park Yong-ha suicide ni.
Winter Sonata star dies in apparent suicide. More news HERE
Actually semasa demam Winter Sonata dulu, aku tak demam pon kat Bae Yong Jun tapi aku demam kat si Park Yong Ha ni la. Sebab aku rase dia nye senyum lawa.Aku geram btol ngan Yu Jin sebab tak pilih sang Hyuk time tu.Besa la, kes tak puas hati ngan ending..aku memang camtu...
Macam cter My Girl aku tak suka jugak ending dia..HAHAHA
Actually banyak je cter aku tak suka endingnye...lenkali la cter...
Pepun pity jugak sebab life dia end this way.
Pengajaran untuk yang hidup.
Bagi yang Muslim ingatlah,
Sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda:
“Barang siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka tangannya akan menusuk besi itu ke perutnya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Barang siapa yang meminum racun untuk membunuh dirinya, maka dia meneguk racun itu di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Dan barang siapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung untuk membunuh dirinya di neraka jahanam dan kekal di dalamnya.”
Biasanya orang yang melakukan perkara terkutuk itu disebabkan kecewa atau tidak sanggup menempuh ujian hidup atau seumpamanya. Walau bagaimana berat ujian yang ditimpa, sebagai seorang yang beriman hendaklah menghadapinya dengan sabar. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah SWT) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat…”
Begitu juga surah yang sama ayat 214 bermaksud:
“Adakah kamu patut menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang sudah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka sudah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda), dan serangan penyakit, serta digoncang (oleh ancaman bahaya musuh) sehinggalah berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada berserta: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah SWT?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah SWT itu dekat (asalkan kamu berpegang teguh kepada agama Allah SWT).”
-------------------------------------------------------------------------------------------------
4 comments:
aku baru tahu..serius terkejut..wapun bukan peminat.. byk dah rasanya bintang korea ni suicided..sayang je sbb bakat ada..isk2
tu ah..
Hok puan dlm Taegukgi tu pon bunuh diri jgk...
that's why byk tubik brite kate mslh suicide kt Korea and Jepun parok bdo'oh doh leni...
tu lah na..aku baru cek gambar satni hak mana se lee eun joo..tambah terkejut sbb xtau langsung..lawa kemain lg padahal..huhu
hok jadi awek abg dia tu..
Ho sungguhnya..lawo kemain lagi..
Post a Comment